Po'i (pergi) lah main jauh-jauh. Kang datang Aghop gilo kang dipangkeh (penggal) e kopalo tu, dimasuk e dalam guni.
Masa tu memang ada orang gila yang kadang-kadang lalu melalui jalan depan rumah aku. Nama dia maarof tetapi orang kampung panggil dia Aghop. Seingat aku, orangnya teramatlah kotor seperti bertahun-tahun tidak mandi dan dia selalu memikul guni yang penuh berisi di bahunya. Emak aku cakap dalam guni tulah Aghop isi kepala budak yang dah dipenggalnya. Aku memang percaya sungguh. Tapi aku masih juga ke hulu ke hillir dengan kawan-kawan. Bila emak aku menjerit dan menyebut nama Aghop baru aku mencicit lari pulang.
Gila. Selalu dikaitkan dengan orang yang tidak waras pemikirannya yang kadang-kadang membuat kita jadi gila juga kerana memarahi orang gila seperti yang pernah aku alami.
Woi!!. apahal ni.. Ketepi..ketepi.. kang kena langgar kang.
Masa itu aku tengah nak berhenti di traffic light dan tak semena-mena ada seorang gila yang siap tersangkut pelbagai plastik di badannya melompat ke tengah jalan raya menghadang kereta aku. Nasib baik aku sudah memperlahankan kereta sebab nak berhenti. Kalau tak, memang nahas.Hmmmm.. sedap gila.
Apa ni cakap benda tak elok ni.
Ala.. biasalah ayah. Ayah ni punnnn!!..
Tak baik cakap gila kat makanan tau..
Kitorang dah tengok transfomers tau. Seronok gila!!!
Ala.. apasal tak ajak.
Perkataan gila sudah bertambah erti penggunaannya bagi anak-anak muda. Ia merujuk kepada sesuatu keadaan yang extreem. Aku risau mereka terbawa-bawa menggunakannya dalam karangan bahasa malaysia mereka yang tentu akan tambah memeningkan kepala cikgu-cikgu.
Namun, ada satu perbuatan yang dipanggil kerja gila yang tersangatlah kita takuti. Dan kerja gila ini dibuat oleh mereka yang ada sakit mental juga kerana kalau mereka tak mengidap sakit mental ini, mereka tidak akan membuat kerja gila.
Bukan sakit mentalkah kalau:
Orang meludah dalam setiap bungkus air soya yang dijualnya ditepi jalan. Apa motif?
Sumber: Mimi menangkap video orang yang membuat perbuatan terkutuk ini. Berlaku di gerai menjual air soya depan shell seksyen 1 bandar baru bangi.
Orang menyapu ayam kfc di tapak kasut sebelum menggorengnya.
Sumber: u tube
Orang yang menggunakan gunting untuk mengunting bulu hidungnya sedangkan gunting itu jugalah yang digunakan untuk mengunting plastik aiskrim yang dibeli anak-anak sekolah. Kemudian menngelap bulu hidung yang telah melekat di gunting itu ke tuala sedangkan tuala itu jugalah tempat dia mengelap gunting yang telah basah apabila mengunting plastik aiskrim.
Sumber: blog hasben. Kawan dia tengah menunggu anak balik dari sekolah di sekolah jalan 2.
Orang yang berkahak ke atas burger yang dipesan oleh customer hanya kerana customer itu banyak cekadak.
Sumber: anak buah sendiri yang pernah berkerja di McD
Orang yang memasukkan semula coke yang tertumpah ke dalam bekas air kerana tadinya motorsikal terhentak di dalam jalan yang berlubang menyebabkan coke melimpah keluar. Dengan selamba dia menyerahkan McD kepada pelanggan yang memesannya.
Sumber: anak buah sendiri yang pernah berkerja di McD
Pikir-pikirkanlah. Salam Rabu. Harini tak bisu.
ibundo





