Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label maryam qaisara. Show all posts
Showing posts with label maryam qaisara. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

Monday, February 18, 2013

maryam qaisara

Sudah dua tahun dua bulan.
Lasaknya bukan main.
Cakap belum keletah kerana di rumahnya sunyi sepi. Aku selalu menyuruh emak dan ayahnya menghantar maryam ke rumah aku untuk mendengar percakapan orang.  Tapi biasalah. Kejap datang lamaaa tak datang.
Aku juga menyuruh dia dihantar ke taska.  Tak payah lama-lama.  3 jam cukup.  Tapi biasalah.  Kejap hantar lamaa tak hantar.
Sekarang ni ayahnya balik ke kedah atas urusan. Maryam bersama uminya dan baby tinggal di rumah aku sementara ayahnya balik.

Lasaknya bukan main.
Hiasan aku entah berapa biji pecah berderai.
Nasib baik tak luka.
Almari aku kejap dibuka kejap ditutup.
Semalam pisang satu sisir dikupasnya. Bukan dimakan tapi saja seronok-seronok mengupas kulit pisang. Dia buat kerja tu senyap-senyap orang tak tahu.  Kalau aku tahu boleh aku ambil pisang tu buat cekodok.












ibundo



Sunday, May 1, 2011

Ceria

Maryam Qaisara sudah tidak menangis lagi seperti dulu.  Menangis-menangis yang normal biasalah.  Menangis masa nak tidur. Menangis masa lapar nak minum. Menangis sikit-sikit mintak diambil.


Hampir sebulan yang lalu, selepas n3 aku mengenai Maryam, seorang sahabat suami aku datang ke rumah untuk mengubati sawan tangisnya. Didoakan juga air untuk diminum dan dibuat mandi.

Pada masa yang sama pb menelefon aku memberi satu petua yang belum pernah aku dengar sebelum ini.
Lepas mandi petang, pakaikan baju terbalik.  Bahagian luar ke dalam. Yang dalam keluar.

Ummi Maryam amalkan petua ini bersama-sama dengan doa sahabat itu. Alhamdulillah, serasi.






Maryam mkin ceria.
.
.
.
.
.

Faris pula semakin sembuh dan petang semalam sudah mula main kejar-kejar dalam wad.

p/s selamat bercuti buat semua.

kakpah

Tuesday, April 5, 2011

Maryam Qaisara

Jarang dapat ambil gambar Maryam. Sukar untuk mendapat moodnya. Kebanyakan masa jaganya habis dengan tangis.





Seorang dua anak aku masa kecil dulu ada juga yang terkena sawan tangis ini. Aku akan membawanya berubat dengan arwah makngah Molah, emak saudara aku di jemapoh. Makngah akan tawarkan air untuk dibuat minum dan mandi.  Alhamdulillah. Mungkin sebab serasi.






Suami aku buatkan penawar juga. Adalah kurang sedikit tapi masih dalam tahap yang membuatkan ibunya tensyen.  Jumaat lepas kami mahu membawa Maryam berjumpa ustaz rashid tetapi dia pula ada hal di Brunei.






Kalau Maryam berada dalam mood baik, dia akan senyum-senyum dan mengeluarkan suaranya bila diagah. Dan suara itu akan bertambah nyaring dengan muka yang tercemek-cemek menangis. Hm alahai..


Maryam cepat besar ye sayang.  Kesian umi.

kakpah

Thursday, February 17, 2011

Tangisan

Suami mencuit-cuit belakang aku. 'Tu..nangis tu..'  Dan dengan tidur yang terganggu, aku buat-buat bodoh, membiarkan tangis itu bertukar menjadi satu jeritan nyaring. Kononnya untuk mengajar ibu muda menguruskan anaknya sendiri. Apabila jeritan itu berlarutan, naluri keibuan aku tersentuh dan aku keluar mengambil Maryam dari tangan ibunya.

Dah minum?

Dah.




Aku mengetuk-ngetuk lembut perutnya, mengambil minyak angin dan menyapu perut, belakang dan tapak kaki. Aku sandarkan Maryam di bahu, menepuk-nepuk lembut belakangnya dan mendodoikannya dengan selawat nabi.  Raungan Maryam bertukar menjadi tangisan, sendu dan terus senyap sehingga tertidur dalam dakapan aku.

Aku letakkannya di tempat tidur dan aku kembali ke pembaringan, terkebil-kebil susah untuk melelapkan mata semula.





Aku membuka bungkusan kiriman emak.  Ada rendang daging, jamu mustika ratu dan kain bengkung panjang berjela. Nota yang diselitkan dicelah kiriman itu aku buka dan baca. Antaranya; lepas bersalin jangan lupa makan jamu ini dan pakai bengkung semasa dalam pantang.

Aku melahirkan anak sulung jauh dari mata emak dan aku sungguh merasa keseorangan. Walaupun suami ada membantu serba sedikit tetapi dia juga sibuk dengan kuliah. Aku, seorang anak bongsu yang tidak pernah memegang anak kecil akhirnya pandai sendiri. Nasib aku baik kerana anak sulung aku tidak banyak kerenah dan ragam. Aku 'hidup' walaupun di tempat orang.



Belum sempat aku melelapkan mata aku mendengar tangisan Maryam semula. Dan aku memekakkan telinga. Terdengar ibunya mendodoikannya dengan bahasa yang aku saja yang paham.

Sehingga hampir subuh Maryam tidur di antara lena dan tidak, di antara tangis dan senyap. Aku melihat ibunya sudah berada di pinggir gangguan emosi. Mungkin malam tadi dia dapat tidur beberapa picing sahaja. Bukan aku tak kesian tetapi aku mahu dia tahu bahawa bukan senang menjaga anak kecil. Bukan senang menjadi ibu.



Apasal kau menangis dik.

Penatlah ngah.

Emak kau dah balik ke.

Dah ngah.  Dah dua minggu mak di sini. Kesian abah tinggal sorang kat kampung.

Aku baru saja selesai menyidai baju bila sepupu aku ngah ngonit datang bersama anaknya Nida. Ketika itu baru dua tiga minggu aku melahirkan anak yang kelima dan anak-anak yang lain masih kecil-kecil serta perlukan perhatian aku. Pembantu rumah tidak ada.  Semuanya aku kena buat sendiri.

Aku tersungkur dengan kepenatan dan tekanan perasaan.  Menggogoi-gogoi aku menangis dan puas ngah ngonit memujuk aku.  Akhirnya dia meninggalkan anaknya Nida untuk membantu aku sementara aku mendapat pembantu rumah yang baru.



Belum sempat aku solat subuh kedengaran tangisan Maryam disambut pula dengan raungan siibu.  Berlari aku mendapatkan kedua-duanya. Aku ambil Maryam dan membawanya turun ke ruang solat. Aku biarkan ibunya melayan perasaan.



Bukan senang menjadi ibu.
Bukan semua ibu mendapat bayi yang tidak banyak meragam.
Bukan semua bayi berjaga siang dan tidur sebelah malam.
Maryam berjaga malam dan tidur lena di siang  hari.
Berjaga malam sahaja kalau tidak menangis masih boleh diterima ibunya.

Kadangkala aku terlupa bahawa ibunya bukan seorang yang normal seperti aku.

Wednesday, January 19, 2011

mbekkkk

Salam.

Ora adus koyo wedhus.
Itu yang cikgu aku ajar masa aku belajar bahasa jawa.

Bila orang tak mandi, akan dikata macam kambing. 
Bila ada orang lalu dan hidung kita menghidu bau tengik ketiak, kita cakap bau macam kambing.

Walaupun kambing dikaitkan dengan bau busuk, harga kambing tetap naik. Orang yang suka makan daging kambing tetap tercari-cari daging kambing.

Sekarang harga kambing satu ekor enam ratus lebih.
Agaknya kalau kambing-kambing ini hari-hari mandi, bersyampoo, bergrooming bagai... mungkin harga naik sampai seribu lebih.  Agaknya lah.


Friday, January 14, 2011

BENTAN

Salam
Menurut kata kak Rahimah


Bentan terjadi kalau waktu selepas bersalin kita terambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras.
Selalunya badan akan rasa seram sejuk dan ada yg boleh pitam jika terlalu teruk.

Cara mengubatinya :
Cepat-cepat sapu minyak panas( minyak untuk urut sewaktu dalam pantang )di seluruh badan. Pakai baju panas, bersetokin dan berselimut.

Jika ada pembantu, minta mereka gosokkan sedikit kunyit hidup dengan kapur makan lalu di sapu pada kuku kaki dan tangan.

Minum air kopi panas untuk panaskan badan dari dalam. Bertungku juga elok jika anda boleh bangun atau ada seseorang yang boleh membantu ketika itu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Orang yang tak bersalin boleh bentan tak. 
Aku rasa aku ni tengah bentan hehehe... sempat lagi kau nak ketawa kakpah.  Maaf tak boleh nak menjawab komen dalam n3 sebelum ni.
BENTAN.

Wednesday, January 12, 2011

Balik

Salam.

Masa duduk makan-makan di cafe hospital pantai tu, aku berborak dengan kirin dan imah sambil mengutuk rasa makanan yang kami sedang makan.  Harga mak datuk punya mahal.  Rasa hampeh. Menu of the day yang kirin makan i.e mihun sup rasanya macam direndam dalam air panas saja. Terpaksa ditokok tambah dengan kicap dan cili potong baru dapat diterima tekak.

Untung ek diorang yang dapat tender ni.  Lubuk duit. Orang dah tak boleh lari kat mana dah.

Patient punya makanan pun diorang sediakan ek mak.

Ye la. Just imagine berapa ramai punya patient kat sini.  Semua cafe ni konker. Dan berapa ramai pulak sedara mara patient yang terpaksa makan kat sini.

Wuih.. kalau macam tu kita kena cari tender macam ni la. Banyak boleh masyuk..

Banyak la korang punya masyuk. Ingat senang ke nak dapat tender macam ni. Lobi mesti kuat weh. Mesti ada politik ni.

Bual punya bual akhirnya licin juga pinggan. Memang kami telah diajar supaya tidak membazir. Walaupun tak sedap, rezki tetap rezki. Hasben aku cakap makan mesti licin.  Ayah mereka cakap, jangan makan tak habis.
Allah tak suka.

Begitulah selama beberapa hari di sana.  Yana memang dah tentulah ada menu dia sendiri. Untuk kami yang menunggu dan bertandang ni kadang-kadang siti akan bekalkan kami makanan untuk lunch.  Kalau ada lebih, tahan sampai dinner. Tapi kadang-kadang juga, tekak melebih-lebih daripada perut.  Ada-ada saja yang nak dicari di bawah. Dah tahu mahal, dah tahu tak sedap, tapi masih nak beli juga. Entah-entah diorang ada letak pelaris ke hape. (Aku ada dengar cerita yang kedai mamak ni laku sebab mamak ni taruk singlet yang dah ada peluh dalam periuk gulai mereka.  Tapi aku tak pecaya.  Korang pun jangan percaya jugak hehe).

Akhirnya setelah beberapa hari berkampung di hospital, yana dan baby Maryam dah boleh balik ke rumah.  Setelah gedebak gedebuk selesaikan bil, ambil ubat-ubat dan gift, dah hampir zohor juga kami bertolak dari hospital. Maryam Qaisara lelap sepanjang jalan.  Hajat nendanya untuk menunjukkan udara berjerebu, kenderaan yang berderetan, mat  rempit yang mencelah di antara kereta dan lori, bas dua tingkat yang memecut laju di lorong kanan, tidak kesampaian. Sudahnya, mimpi Maryam Qaisara beradun dengan mimpi nendanya.

Apabila sampai di rumah dan melihat aku mengendong Maryam Qaisara, Faris menggulingkan badan di atas lantai sambil menangis. Nenda bukan lagi milik Faris seorang. Faris sekarang terpaksa berebut berkongsi kasih dengan Maryam Qaisara.


Tuesday, January 11, 2011

11.1.11 bukan milik Maryam Qaisara

Sakit? aku bertanya yana.

Sikit, katanya sambil menunjukkan jari isyarat.

Jam sudah hampir ke pukul enam petang.  Mereka yang menunggu di ruang menunggu semakin resah.  Aku keluar masuk labour room sebab yang ditunggu masih relek-relek di atas katil. Dan sudah pastinya perut semakin lapar. Di dalam bilik sejuk yang dinginnya memamah tulang temulang kerap benar pula perut minta untuk diisi. Aku menyuruh hisyam membeli makanan untuk nanti berpiknik piknik selepas maghrib dalam bilik yang telah kami tawan itu.

Tidak lama selepas jam enam, doktor Idora masuk.

Masih belum buka banyak. Baru 4 cm. Dan dia memecahkan ketuban. Selepas itu keajaiban semakin hampir.

Pukul lapan yana sudah kerap menyeringai kesakitan.  Muka merah berkerut setiap kali kontraksi. Ada kalanya aku lihat ada air mata meleleh di hujung kelopak. Aku dapat merasakan sama kesakitan yang diharunginya.

Memang sakit, aku mententeramkannya sedangkan sebenarnya hatiku luluh melihat dia bertarung begitu. Nurse memberinya suntikan untuk mengurangkan rasa sakit tetapi melalui pengalaman aku, suntikan itu lebih kepada menyedapkan rasa hati.  Sakit tetap sakit. Bila sakit semakin kerap, yana diberi gas untuk disedut.  Aku menyuruhnya menyedut dalam-dalam.

Pada jam 10.16 malam pada 10.11.2011 Maryam Qaisara lahir ke dunia. Dunia yang banyak cabaran dan pancaroba ini. Akan kami sediakan perisai buatmu sayang bagi menangkis segala onak dan duri dalam kehidupan.









Welcome to the world.  Welcome to the family. Kami menyediakan kasih sayang yang melimpah ruah buatmu. Kepada yana, sekeluarga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana menghadiah kami Maryam Qaisara, seorang permaisuri yang akan sentiasa bertakhta di hati kami.

Maka beruntunglah anak-anak perempuan yang diberi peluang merasai kesakitan melahirkan zuriat.  Kesakitan yang dirasai oleh ibu ibu ketika melahirkan mereka. Juga beruntung jugalah anak-anak lelaki yang diberi peluang untuk menyaksikan kelahiran kerana walaupun tidak merasai kesakitan itu tetapi dapat melihat betapa sengsaranya ibu ibu melahirkan mereka. Keinsafan membantu untuk kewujudan kasih sayang yang berkekalan terhadap ibu dan bapa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...