Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, October 12, 2008

JALAN RAYA


Lewat pagi tadi aku didatangi muridku Syahidah. Minggu lepas aku memberitahu murid sekelas, kalau mahu duit raya datanglah beraya di rumah ummu. Ramai yang berkata "nanti saya datang."Adam siap dengan waktu terperinci lagi. "Nanti saya datang sabtu petang pukul empat setengah". Mohon maaf pada ibu bapa jika ada anak yang merengek minta dihantar ke rumah ummu mereka.

Hari Khamis Syahidah memberitahu yang dia akan datang pada hari Ahad bersama Shazwan. Kebetulan Shazwan adalah kawan kepada anakku Izzuddin. Sebenarnya aku tidaklah berapa mengharap yang mereka ini betul-betul akan datang ke rumah. Faham-faham sajalah kata-kata anak-anak. Mereka cakap begitu begini sedangkan ibu bapa mempunyai agenda sendiri. Ternyata sebelum jam dua belas, Syahidah dan Shazwan datang. Sebaik pintu pagar aku buka, Syahidah tersengih-sengih sambil mendepangkan tangan menunggu pelukanku.

Syahidah adalah salah seorang "orang kuat" Jannatul Aad. Dia seorang anak yang bijak bercakap sebijak dirinya. Kadang-kadang aku menyuruhnya ke depan menggantikan aku memulakan kelas dengan doa dan hafalan. Sering pula dia menawarkan dirinya berebut-rebut dengan Huda dan Hanis sekiranya aku lupa untuk memanggilnya ke depan.

Syahidah seorang "business woman". Emaknya mempunyai kebun buah naga. Setiap kali musim buah naga dia akan mencanangkannya kepada setiap guru. Aku beli juga tapi anak-anak aku tak berapa suka makan buah naga. Ada sekali dia bertanya padaku, ummu tak mahu beli buah naga lagi ke. Aku cakap, tunggulah dulu. Dia cakap kalau ummu tak suka makan buah naga, ummu buat ice blended. Taruk buah naga. Sedap. Aku yang dengar menelan air liur. Kebetulan pula dalam bulan puasa. Kawan-kawannya ada juga yang terpengaruh dengan kempennya. Satu hari Omar bawa duit nak beli buah naga. Hebatnya "business woman" ini.

Syahidah, ummu doakan masa depanmu yang terang seterangnya hatimu.

Mulai Julai aku sudah jarang datang ke kelas. Tugasku diambil alih oleh Intan. Selepas itu aku lebih kepada tugas meronda ke premis-premis yang lain. Bila aku datang menjenguk, mereka semua berebut-rebut memelukku sambil merengek bertanya kenapa ummu lama tak datang. Ummu pergi mana. Terpaksalah aku mereka berbagai alasan. Memang aku rapat dengan anak-anak kelasku. Kepada anak-anak sekelian, nak duit raya, datang rumah ummu he..he..

Inilah wajah-wajah anak-anak Jannatul Aad. Yang paling atas itulah Syahidah.


























No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...