Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, October 15, 2008

MENYAMPUK

Satu perangai anak-anak yang kadang-kadang membuat kita rasa kurang senang ialah 'menyampuk'. Kita pun pernah menjadi anak kecil dan rasa-rasanya kita dulu pun suka menyampuk.

Cuba ingat-ingat. Bila mak kita sedang berbual-bual dengan jiran ke, makcik-makcik ke, kita suka sangat curi-curi dengar. Apatah lagi kalau diaorang tu tengah bergosip, lagilah cuping telinga kita kembang. Lepas tu, tanpa sedar kita menyampuk perbualan mereka. Kalau nenek aku yang tengah bercakap masa tu, menyembur air liur dia menyergah aku. "Ekau jangan nak molampam". Molampam tu istilah orang kampung aku la. Maknanya aku jangan le menyampuk cakap orang tua-tua. Kena syoh..syoh.. pergi main jauh-jauh.

Bila kita berbual, terutamanya isu-isu sensitif, berhati-hatilah. Kalau anak-anak kita ada pada waktu itu besar kemungkinan dia akan pasang telinga. Mungkin juga dia akan menyampuk perbualan kita.

Satu waktu dulu aku tengah bercakap dengan pembantu rumah di dapur. Masa itu anak aku yang lelaki semuanya masih bersekolah rendah. Aku memberitahu pembantu yang kami mahu melawat kawan suamiku yang kena rompak. Anak aku berlari masuk ke dapur sambil berkata "ha apa mak? Mak nak pergi kedai cetak rompak? Man nak ikut...Man nak ikut".

Itulah dia anak-anak. Suka sangat menyampuk cakap orang tua.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...