Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, October 26, 2008

PENYAKIT

Banyak penyakit yang senang nak cari penawar. Kalau demam, kadang-kadang makan panadol sudah hilang demam. Kalau tak baik juga, pergi jumpa doktor. Ada penyakit pula boleh dikurangkan kalau amalkan diet yang betul. Cuma terpulang pada kita sama ada mahu mengamalkannya ataupun tidak. Bagi penyakit yang agak kronik, ia memerlukan pemantauan dan cara pengubatan yang berpanjangan dan berterusan pula. Pokoknya, apa juga penyakit, kita cuba mencari penyelesaian untuk mengubati penyakit tersebut sama ada cara moden ataupun tradisional.

Ada satu penyakit yang ubatnya kena cari pada diri kita sendiri. Penyakit ini kerap menyerang manusia dan ia juga tergolong dalam senarai penyakit tahap serius. Penyakit ini adalah suka berburuksangka dengan orang lain. Petanda awal penyakit ini ialah menanam sikap prejudis terhadap seseorang sejak mula dia melabuhkan matanya pada orang tersebut. Orang yang berpenyakit ini menilai sesorang itu dari cara orang itu bercakap, berpakaian, berjalan dan serba serbinya. Kemudian ia membuat konklusi bahawa orang itu begitu begini. Apabila sudah tertanam prasangka begini, sekiranya berlaku apa apa yang tidak diingini maka orang yang dinilai sebagai buruk tadilah yang menerima akibat tuduhan melulu.

Orang yang berpenyakit ini juga akan merasakan bahawa dia sahajalah yang benar dan orang lain sentiasa salah. Dia akan sentiasa mencari kesalahan orang lain. Dia tidak akan mencari kesalahan yang ada pada dirinya.

Kepada rakan, adik-adik, anak-anak, jauhi penyakit berperasangka buruk ini. Ubatnya ada pada diri kita sendiri. Kita manusia yang tidak sempurna. Kita melakukan kesalahan. Jangan suka mencari kesalahan orang sahaja. Cari jugalah kesalahan kita. Kalau kita menyalahkan orang, orang juga akan menyalahkan kita. Kalau kita mengata orang, orang juga mengata kita. Kalau kita memburukkan orang, orang juga memburukkan kita. Bagi pengidap penyakit ini, ubatilah sebelum kronik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...