Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, November 14, 2008

CuTi

Cuti sekolah tiba juga akhirnya. Hari ini hari terakhir sekolah untuk sesi 2008. Bagi kebanyakan murid, mereka sudah berada di dalam mood cuti sekolah sebaik sahaja habis peperiksaan akhir tahun. Sejak minggu lepas lagi sudah ramai yang tidak ke sekolah. Alasannya, dah tak belajar.

Minggu lepas saya bertemu kawan yang juga seorang guru di sebuah sekolah menengah. Waktu itu dia sedang sibuk membeli udang, sayur, itu dan ini. Bila ditanya, jawabnya : besok ada peraduan masak di sekolahnya. Bukan murid yang bertanding tapi guru-guru. Jelasnya, murid dah tak ramai yang datang sampaikan guru dah tak tau nak buat apa.

Di tadika pun begitu juga. Minggu ini murid-murid sesi petang semuanya dibawa ke pagi sebab dah tak ramai. Tapi pagi tadi bila saya ke Centre, ramai tak ramai pun agak-agak lebih juga daripada separuh yang datang. Kira ramailah tu. Mungkin sebab last day. Anak-anak yang enam tahun nak ucapkan selamat berpisah dengan guru masing-masing. Saya rasa sungguh terharu bila anak-anak ini datang bersalam, memeluk dan mencium saya. Apabila saya mahu beredar kerana ada urusan, anak-anak melambai-lambai sehingga ke luar kelas. "bye..bye ummu. I love you". Ish..ish.. sedihnya.

Cuti sekolah ni bagi orang-orang macam saya yang banyak benda nak buat, terasa sekejap sahaja. Pagi petang siang malam, dah sampai hujung tahun. Tapi bagi mereka yang tak banyak urusan, akan terasa boring lah sebab lama sangat. Rasa saya, anak-anak tak akan rasa boring sebab cuti sekolah inilah mereka bebas dari buat kerja-kerja sekolah. Harap-harap ibu bapa pantau-pantau lah anak-anak tu ye. Jangan bagi relek sangat. Nanti masuk sekolah tahun depan dah lupa apa yang dah belajar.

Cuti-cuti sekolah ini juga musim jalan-jalan makan angin. Anak dah siap tanya dah, nak jalan pergi mana cuti sekolah ni. Sebenarnya dah tak tau nak pergi mana sebab dah round satu Malaysia. Balik-balik pergi kat tempat tu jugak. Susah-susah sangat kita makan angin kat alamanda je lah. Tak pun kita ke tesco je. Selamat bercuti!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...