Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, November 21, 2008

LATIHAN AMALI

Hari Isnin depan dua pelajar dari Kolej Islam Antarabangsa (Anak UIA) akan buat praktikal di Taska Arriyadh. Mereka adalah pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak. Sudah ramai juga kalangan pelajar yang membuat praktikal di taska kami. Antaranya pelajar-pelajar dari Universiti Malaya yang juga mengambil jurusan yang sama. Setiap tahun kami juga didatangi perserta-perserta kursus Awal Asuhan Kanak-kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pelajar-pelajar dan perserta-perserta kursus ini memerlukan tempat untuk mereka menjalankan latihan amali. Apa yang diberitahu oleh pelajar UIA kepada saya, ramai antara rakan-rakan mereka tidak mendapat tempat untuk mereka jalani latihan ini. Oleh kerana tempat-tempat latihan hanya di kawasan lembah kelang sahaja, maka pilihan mereka adalah terhad. Mereka diberikan senarai taska-taska yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlah pelajar yang ramai menyebabkan pilihan tidak mencukupi. Apatah lagi ada pula kalangan pengurus taska yang berdaftar ini enggan membenarkan pelajar-pelajar membuat latihan di tempat mereka. Kesihan anak-anak ini.

Saya tidak faham kenapa mereka enggan memberi kerjasama. Pada saya kedatangan mereka ini tidaklah menyusahkan. Mereka mahu mempraktikkan apa yang mereka sudah pelajari dan dalam masa yang sama juga perkerja-perkerja taska dapat pula menimba ilmu dari mereka. Saya mengalu-alukan kedatangan mereka dan sesiapa juga yang mahu datang ke taska saya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...