Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, November 15, 2008

SHopPiNg-SHopPiNg UnTUk TaDikA?

Menyentuh tentang cuti sekolah juga, masa inilah ibu bapa mencari tadika ataupun taska untuk anak-anak mereka. Ramai juga yang menelefon saya. Kebanyakannya menyoping-nyoping. Mereka bertanyakan tentang yuran bulanan, yuran permulaan masuk, tentang program dan sebagainya. Perlu saya nyatakan di sini bahawa saya telah menubuhkan Aulad ini sudah berbelas tahun. Yuran yang kami letakkan adalah wajar dengan mengambil kira juga pengalaman kami.

Guru saya ramai yang veteran. Ada yang sudah bersama saya selama berbelas tahun juga. Sudah masak dengan kerenah anak-anak. Sudah masak dengan kerenah ibu bapa. Sudah masak juga dengan program-program yang ada di tadika ini.

Ramai yang bertanya sama ada kami menggunakan bacalah anakku untuk mengajar anak-anak membaca. Kami tidak menggunakan bacalah anakku. Kami gunakah kaedah seperti yang digunakan oleh bacalah anakku. Kami gunakan kaedah phonic. Kami ada buku sendiri untuk mengajar membaca iaitu buku BACALAH AULAD. Kaedah phonic ini adalah satu kaedah dimana anak-anak diperkenalkan dengan bunyi-bunyi huruf. Bunyi-bunyi ini digabungkan untuk membentuk sukukata. Sukukata ini bila digabungkan akan membentuk perkataan pula. Kami juga menggunakan kaedah 'look and say'. Kami menggunakan kad-kad imbasan untuk sukukata-sukukata. Apabila anak-anak melihat sukukata tersebut, ia akan terus menyebutnya.

Kaedah yang sama juga kami gunakan untuk mengajar membaca Bahasa Inggeris. Sila baca entry yang terdahulu berkenaan mengajar membaca BI. Saya sudah terangkan bagaimana caranya untuk mengajar membaca BI.

Ada juga yang bertanya, nanti bolehkah anak mereka membaca. Semuanya terpulang pada keadaan. Keadaan anak sendiri banyak mengambil peranan. Sekiranya anak sudah cukup bersedia dan dapat menerima segala ajaran guru, insyaAllah. Tambahan pula kalau ada bantuan yang mencukupi dari pihak ibu bapa sendiri. Melalui pengalaman, sekiranya anak sudah mempunyai asas, mereka akan dapat membaca dalam masa tiga bulan. Sekiranya anak bermula dengan zero dan tidak ada pula bantuan dari rumah, maka proses pembelajaran akan bergerak agak lambat. Tapi itupun terpulang kepada anak juga. Bagi anak-anak yang cerdik dan dapat menyerap ajaran dengan cepat, mereka dapat membaca dalam masa yang kami targetkan iaitu dalam jangka 3 bulan. Apa-apa pun sebenarnya ibu bapa banyak memberi peranan dalam menentukan cepat lambatnya proses pembelajaran anak-anak. Mesti ada hubungan dua hala: guru - ibu bapa. Sekiranya mengharapkan guru sahaja, anak-anak tetap akan belajar juga tetapi lambatlah sedikit.

Untuk ibu bapa yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang tadika, silalah datang ke premis yang berhampiran. InsyaAllah kami ada semasa cuti sekolah. Untuk kepastian, telefon dahulu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...