Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, December 28, 2008

Aku Sayang ..................

Adik beradik mak ada empat orang. Mak nombor dua dan maklang nombor tiga. Aku rapat dengan maklang sejak dari kecil. Semasa aku belum ke sekolah, mak dan abah akan hantar aku ke rumah maklang di Kuala Lumpur bila tiba musim ke sawah. Emak dan abah tak mahu aku merayau-rayau di lopak sawah bila mereka sibuk menanam padi.

Kemudian, setiap kali cuti sekolah aku akan ke rumah maklang juga. Sekiranya abah tidak menghantar aku ke Kuala Lumpur, maklang akan balik ke kampung mengambil aku. Dan aku membesar di antara Kuala Pilah dan Kuala Lumpur.

Aku sayang maklang macam aku sayang emak. Walaupun maklang jenis yang kuat berleter dan kuat komplen, aku tetap sayang maklang. Aku simpati dengan maklang bila suaminya berkahwin lain di luar pengetahuan maklang. Bila akhirnya maklang mendapat tahu, suaminya sudahpun beranak pinak dengan isterinya yang baru. Selepas itu berlakulah perpisahan di antara maklang dan suaminya. Tapi maklang terus tinggal di rumahnya di Damansara Heights yang kemudiannya dijual setelah berbelas tahun berseorangan di situ.

Pada bulan Mac 2007 maklang mengikut anak tunggalnya ke Houston, Texas. Aku dan suami berjumpa dengan maklang beberapa hari sebelum dia berlepas ke sana. Apabila bersalaman semasa mahu pulang dia berkata kepada aku "entah dapat jumpa lagi ke tidak". Aku memeluknya erat.

Seminggu selepas maklang pergi, emak meninggal dunia. Maklang aku dengar tidak berapa sihat juga. Ada beberapa kali dia menelefonku dari sana. Setiap kali bercakap, kami berbual panjang. Sememangnya maklang suka berbual telefon panjang-panjang. Ada-ada saja yang dibualkannya.

Bulan Jun lepas, aku mendapat berita dari anaknya yang maklang meninggal dunia setelah koma beberapa jam. Rupa-rupanya pelukan kami itu adalah pelukan terakhir. Aku kehilangan maklang yang aku sayang macam emak aku sendiri. Aku kehilangan maklang yang aku tidak nampak kuburnya. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

Kelmarin, Lisah anak maklang bersama-sama dengan anak-anaknya datang ke rumahku. Lisah cuti beberapa minggu dan semasa aku menulis entry ini dia sudahpun pulang semula ke Houston. Kedatangan mereka membuatkan aku teringat-ingat kepada maklang.

Ini Adam cucu maklang. Cakap omputih saja.



Yang ini Sabrina. Pun berabuk cakap omputih. Aku pun tegeliat-tegeliat lidah nak cakap dengan diorang ni.


Lisah cakap cucu-cucu maklang ini selalu teringatkan dia. Kalau Adam teringatkan neneknya, dia akan termenung dan demam beberapa hari.

Al Fatihah buat maklang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...