Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, December 4, 2008

Jadilah pendengar kepada luahan rasa anak-anak

Untuk menyelami perasaan anak-anak, kita perlu meletakkan diri kita setaraf dengan mereka. Kita juga dulu asalnya adalah kanak-kanak. Bagaimanakah cara kita berfikir ketika itu? Sepanjang-panjang perhubungan saya dengan beratus-ratus anak tadika ini, terdapat jugalah beberapa situasi yang mahu saya kongsikan bersama anda.

satu

Ketika saya sedang duduk di satu sudut di dalam kelas, saya didatangi seorang kanak-kanak perempuan. Sambil meletakkan tangan kanannya di keliling leher saya, anak itu berkata:

"Ummu, malam tadi ayah marah emak saya" Dia memandang tepat ke muka saya.
Saya memegang pinggangnya dan meraihnya duduk di atas pangku.

"Emak nangis" katanya lagi tanpa saya bertanya.
Dia diam. Dan saya pun diam mencari kata-kata yang patut saya katakan.

"Kenapa ayah marah emak" saya telah cuba untuk tidak menjaga tepi kain orang. Ah, soalan apa lah pula yang terpacul ini.

"Entah" jawabnya pendek.

"Emak nangis. Saya pun nangis." katanya lagi.

Saya terus memujuknya.


dua

"Awak nak tau, ayah kita pukul mak kita"

"Kenapa pulak"

"Entah"

"Ayah kita tak de pun pukul mak kita"

"Kenapa e ayah kita pukul mak kita"

"Awak tanyalah ayah awak"

"Taknak lah. Nanti dia marah"

Perbualan itu terus bersambung. Saya terus memasang telinga.


tiga

"Hari ni kita balik rumah mak kita"
"Kita ada dua rumah. Satu rumah ayah. Satu rumah emak" Ceritanya lagi bila si kawan leka meneruskan kerjanya.

"Kenapa mak awak tak duduk sama dengan ayah awak"

"Mak kita dah cerai dah dengan ayah kita"

"Seronoklah awak ada dua rumah. Rumah kita satu je"

"Tak best ar"

Perbualan di antara dua rakan juga semasa melakukan kerja-kerja latihan. Saya menyuruh mereka senyap dan buat kerja. Saya memang tahu situasi keluarga anak itu.

empat

"Ummu, ayah saya tidur dalam tanah" Eh, apa yang anak ni cakap ni.
"Ada orang bungkus ayah dan masukkan dalam lubang. Pas tu orang taruk tanah"

"Ani, apa yang dia cakap ni. Ayah dia meninggal ke"

"Entah, mak dia tak cakap apa-apa pun. Tapi minggu lepas seminggu dia tak datang"

Kami interview dia lagi dan dia masih mengatakan begitu begitu juga.

"Ani, nkau pegi talipon mak dia kejap. Cuba tanya"
Dan kami mendapat pengesahan yang ayah dia meninggal dunia minggu sebelumnya.


Itu adalah beberapa situasi yang melibatkan diri saya sendiri. Guru-guru lain juga ada terjumpa dengan situasi yang hampir-hampir sama.

Persoalannya, pekakah kita dengan perasaan anak-anak kita sendiri. Bila sesuatu melanda rumah tangga, adakah tidak ditanya akan perasaan anak-anak? Anak-anak perlu meluahkan perasaan mereka.

Mereka perlukan seorang pendengar...............................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...