Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, January 12, 2009

PERKAHWINAN DI JAKARTA

Aku ke Jakarta atas undangan sepupuku yang mengahwinkan anak pertamanya. Bapa sepupuku ini adik beradik satu bapa berlainan emak dengan abah. Kami berkongsi datuk yang sama. Sepupuku ini memang asli orang Indon. Orang Minangkabau. Aku pula asli orang Nogori Sombilan.


Pesta perkahwinan ini dibuat di gedung di kota Jakarta. Kami masuk disambut oleh gadis-gadis minang ini.

Ada buku daftar nama dan kami perlu menulis nama di dalam buku ini. Di sebelah gadis-gadis ini diletakkan pula kotak seperti kotak derma di masjid. Gunanya untuk para tetamu memasukkan duit ke, ape ke, sebagai cenderahati.


Banyak perkara mempersonakan yang aku memang tidak pernah menjumpainya di tempat kita. Tak tahulah orang lain. Walaupun aku memang ada darah minang tapi belum ada aku tengok orang kampung aku buat pelamin "grand' macam ni:




Majlis bermula dengan ucapan-ucapan dan doa-doa. Tidak lupa juga diselitkan dengan pantun-pantun minang yang kebanyakannya aku tak paham langsung. Lepas tu bila musik gamelan berbunyi pengantin pun masuk ke dewan diiringi ibu bapa kedua-dua pengantin.




Apa yang selalu kita buat di sini, ibu bapa pengantin menunggu di kemah untuk menyambut tetamu datang. Adat diorang ni pula, pasangan ibu bapa duduk atas pelamin bersama-sama dengan pengantin. Sebab tu pelamin diorang ni besar. Tidak ada acara menepung tawar atau renjis merenjis. Yang ada cuma bersilat dan tarian piring. Selesai saja tarian piring, para tetamu beratur menaiki pentas pelamin untuk bersalaman dengan ibu bapa pengantin dan semestinya lah pengantin.


Bila dah bersalam-salam barulah tetamu makan. Juadahnya pula macam-macam. Nasi dan lauk pauk dah tentulah. Turut sama masuk ke dalam ususku adalah sate padang yang memangnya kegemaran aku, soto betawi, aiskrim, pemanis mulut dan macam-macam lagi lah. Aku nak sebut pun aku tak ingat namanya. Orang suruh aku rasa semua, aku pun makanlah. Memang tak ingat dunia kejap. Rambang mata weh. Semua nak rasa.





Seleai makan, sesi bergambar-gambar pulak. Termasuklah juga dalam lis ini keluarga latifah dan keluarga Hamid dari Malaysia. (Hamid ni sepupu aku yang sama-sama datang dari KL).

Sebenarnya banyak lagi nak cerita ni tapi mata dah mengantuk. Tadi dalam kapalterbang kena hayun sebab cuaca tak baik. Dari mula naik hingga nak sampai KL kapal terbang bergoncang. Bila kena macam tu mulalah macam-macam datang dalam pikiran. Mau tak takut. Masa tu juga taubat tak nak naik kapal terbang lagi.

7 comments:

ashley said...

Salam,
kak pah.Welcome back..
Diorang buat pelamin grand tu bukan apa..so that kak pah boleh le buatkan untuk si Timah ke, si kirin ke naik nanti..
he he he..

kakpah said...

Timah ni ngikut. Kpah cakap ndak ke kalau kawin nanti buat pelamin macam tu. Dia kata tak kesah, janji sponsor. Yang kesahnya, poket kami le...

Ungku Nor said...

salam kenal kak pah.
akak n9 belah mana kak?
mana tau kot2 sekampung pulak..hehe

Mak Su said...

wow! grandnya event dorang tu :)

kakpah said...

Ungku Nor, salam kembali. Kpah ni orang Kualo Pilah. Kampung kek Juasseh. Ado kaum korabat kek sanun tak?

Mak Su, kita dah selalu jumpa diorang yang datang sini koman-koman je. Meleset sangkaan kita ni. Yang kaya, kaya betul.

Nizam.Ariff said...

Penyambut tetamu tu...wow!

kakpah said...

Nizam, jangan memain. Mengamuk nanti orang sebelah nko tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...