IBU MERTUAKU. Macam cerita P.Ramli pula bunyinya.
Ibu mertuaku seorang yang tidak banyak kerenah. Tidak banyak mulut. Sejak aku berkahwin dengan anaknya, dia tidak pernah sekalipun masuk campur dalam hal rumah tangga kami. Aku sayangkannya seperti aku sayangkan emak aku sendiri.
Bulan Jun tahun lepas kami menunaikan umrah dengan membawanya sekali bersama kami. Allah telah menguji kami sewaktu di sana. Ibu mertuaku jatuh sakit sehingga memerlukannya menjalani pembedahan segera. Dia dimasukkan ke hospital Nur dan terpaksa tinggal di Mekah selama lebih kurang satu bulan. Suamiku menunggunya sementara aku anak beranak balik dahulu sebaik sahaja tamat waktu umrah kami.
Setelah kembali, ibu mertuaku banyak menghabiskan masanya bersama kami di Bangi. Mungkin disebabkan pembedahan yang dilaluinya, aku dapati ingatannya mula merosot satu persatu. Kadang-kadang dia tidak ingat sama ada dia sudah sembahyang zohor atau belum. Kadang-kadang semasa memberi salam di akhir solat dia akan menoleh ke kiri dahulu kemudian baru ke kanan.
Ada kalanyanya dia mengadu:
"Mak letak tasbih kat sini. Lepas tu masuk bilik air. Bila keluar dah tak ada. Tak tau siapa yang dah buang"
"Mak salah letak kot. Takkan ada yang buang"
"Iye.....aku letak kat sini!!" Sambil menepuk-nepuk kaunter jubin di dapur.
Aku senyum dan diam. Menantu misali yang tak banyak cakap hehe.. Selepas itu aku tak ada bertanya lagi sehinggalah aku nampak dia menggentel tasbih itu pada satu petang. Semasa minum petang aku bertanya,
"Tasbih mak yang hilang tu dah jumpa?"
"Daaahhhhhhh..." pendek saja jawapannya.
"Mak jumpa kat mana" Saja nak tau.
"Kat dalam bilik.."
Aku cuma senyum dan menukar topik perbualan.
Satu hari yang lain dia memberitahu aku bahawa begnya terkunci. Aku ada memberinya satu beg untuk dia menyimpan barang-barang peribadinya. Beg itu ada lock. Aku tanya kunci beg tu di mana. Dia menjawap, kunci beg itu tertinggal di dalam beg yang terkunci itu. Dah hampir seminggu begitu.
"Kenapa mak tak bagitau"
"Nanti amir marah kat aku" Aku pun tak tahu kenapa dia rasa yang suamiku akan marah. Aku memberitahu suami dan petang itu juga beg itu kena umpil.
Perihal keterlupaannya mengingatkan aku kepada aruah nenek suami. Namanya Tijah (ekau jangan nak perasan pulak tijah) Kami memanggilnya Tonti sempena nama Tun Teja. Ada satu ketika semasa dia datang ke rumah kami, dia mengamuk-ngamuk mencari gigi palsunya yang hilang. Habis seisi rumah dituduh mengambil gigi palsunya. Anak-anak aku berbisik-bisik sesama sendiri sambil mengekek-ngekek ketawa geli hati.
"Sapalah yang nak pakai gigi palsu moyang tu. Bagi free pun orang tak nak"
Tonti kalau berleter, dia takkan senyap. Dari pagi bawa ke petang dia masih mencari sambil menuduh-nuduh akan kehilangan gigi palsunya itu. Dan leteran itu menjadi satu igauan sehinggalah bibik aku terjerit di tepi pagar rumah pada sebelah petangnya.
"Ni gigi palsu moyang aku dah jumpa ni....."
Hampir semua orang meluru ke luar. Bibik menunjukkan gigi palsu yang terjelepok di atas rumput di tepi pagar bersama-sama dengan kulit kulit rambutan. Kami semua gelak terguling-guling. Memang perangai Tonti kalau dia makan buah dia akan buang kulitnya ke laman rumah, macam di kampung. Sampaikan dia tak sedar yang gigi palsunya ikut dibuang sama.
Aku tidak mahu menjadi pelupa. Tapi kadang-kadang ia terjadi juga. Dan bila ia berlaku aku sering marah pada diri sendiri.

13 comments:
tingat nenek acik...yg koyak2 lampin pampers dia...pehtu dia tk ngaku dia yg koyakkan..dia kata..
"angin yang koyakkan..." huhu...rindu kat arwah nenek.
sy nk panggey tijah tonti la... amik berkat...
kihkihkih...
terpaksa gelak gak..
mkn rambutan smpi tercabut gigi palsu :D
bukan org tua je, yg muda ni pun selalu je terlupa... issshhhh... tak tau nak buat camana...
sayu tengok gambar tu sbb trkenangkn emak di kampung....
heheheh....gigi palsu....aha...betui gak kata budak-budak tu....sapalah yang nak pakai.....heheheheh
Bila dah tua....penyakit nyanyok pun datang ler...... Tapi...kata orang-orang alim...kalau nak kurangkan nyanyok...kenalah selalu membaca alquran.
Sapalah yg sanggup nak kongsi gigi palsu yer,hahahhaha. Nsb baik dia tak buang kulit rambutan dlm tong sampah,kalo tidak puaslah kakpah mencarik.
entahlah kakpah, kalau perkara mcm ni berlaku, saya pun tak reti :(, layan saja?
kata orang gingko biloba bagus gaks :D
smile..
saya nak senyum jer..Tak berani nak gelak kuat kuat...sebab saya ada 3 mak mertua!( errr..jangan kata saya yang kahwin 3 kali tau! pak mertua yang kahwin 3X)
acik, huhuhu.. taknak la jadi cam tu. Kpah rindu kat nenek gak.
kakngah, set..
kutaksempurna, camana ek.. pergi kat peti ais nak amek sesuatu. kemudian tercangok kat depan peti ais tu tak ingat nak amek apa.
NJ, balik le selalu semasa hayatnya masih ada.
Ckekdee, sebab tu lah agaknya abah kpah dah 86 tapi tak nyanyok. Hari-hari baca quran.
juliet, kalau terbuang dalam tong sampah, kena beli gigi palsu lain le tu nampaknya.
maksu, banyak supplement yang orang kata boleh bantu sifat pelupa ni. Tak taulah betul ke tak.
ashley, ye ker, haha..
hoh! kemain 2 org tu nak ngono'an den yo?? tapi tonti pun best apo... tapi nak tambah kit...tonti gojes! wakakaka...
Itu masa dia orang, masa kita belum tahu lagi...
mintak2 doa bg kita 'JALan' dulu sblom nyanyukk ~ ameen ya rabb!
tijah, tambah gojes kau jah.
nizam, minta dijauhkan.
mama-sal, semuga Allah permudahkan hidup kita
Post a Comment