Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, February 1, 2009

TIMUN CECAH TEMPOYAK



Kita berkerja mencari rezki. Jenis perkerjaan terpulanglah kepada kemampuan masing-masing asalkan ia merupakan pekerjaan yang halal. Sekiranya kerja kita hanya mengarah-ngarah sambil duduk di atas kerusi empuk, janganlah pula kita memperkecilkan mereka yang kerjanya saban hari bergelumang dengan sampah busuk yang memualkan. Tanpa mereka ini pasti kita akan hidup dalam keadaan yang tidak tenang kerana tempat pembuangan sampah kita ternoda dengan bau yang menjijikkan.

Mungkin sekarang mereka menjadi mentimun tetapi tidak mustahil yang kita umpama durian ini akan jatuh penyek menjadi tempoyak.

Begitulah pula dengan peniaga aiskrim. Kerjanya ke hulu ke hilir menggoyang loceng demi memenuhi kehendak perut anak isteri. Di samping itu kita yang kemaruk makan aiskrim dapat menabur bakti dengan membeli aiskrim yang dijual itu tanpa perlu kita bersusah payah ke kedai lagi. Hanya panggil sahaja si tukang jual aiskrim itu maka dengan rela hatinya ia akan berhenti dan melayan kita.

Tetapi kenapa apabila pembantu rumahku memanggilnya dia hanya berlalu tidak memperdulikan. Salahkah kami? Tidak mahukah dia menerima duit kami? Pembantuku terus mengadu yang situkang jual tidak mahu melayan panggilannya. Aku yang kebingungan terus bertanya dan pembantu terus bercerita,

"Buk aku panggil gini bu, pak..pak..pak..pak.... Aku panggil banyak kali bu tapi dia terus berlalu"

"Memang patut le pun dia tak berenti. Lain kali jerit kuat-kuat AISKRIIIIIIIIIIIIIIM!!!!!!
Orang sini mana main pak..pak"

5 comments:

Tijah said...

buek eskrem batang tu yo sonang k.pah. paling best bubur kacang ijau tu..pergh!

ibundo said...

tang buek tu yang ado sikit maleh. Dah tu pulak tokak nak yang lain yo.

iina said...

wakakkah.. mmg patut dio tak bonti... kalau panggil gitu smpi thn depan pun lum tentu nak bonti lagik ;)

Nizam.Ariff said...

Masa musim durian berlambak hari tu, mak mertua aku simpan isinya dalam plastik, taruk kat dalam freezer. Dia kata, kalau nak buat bubur nanti, baru keluarkan. Kadang-kadang, aku keluarkan seplastik kecil kemudian aku nyonyot macam aiskrim... ais krim durian sepanjang tahun.

Nek Cun said...

Salam Pah!.. nasib baik pembantu rumah nekcun dah lama di M'sia nih.. dah tak ada pelet Indo lagi... sume dia ikut cakap macam kita malah ngan cucu nekcun yng sorang tu kekadang dia speaking lagi!... hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...