Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, February 16, 2009

Puas Sudah Menggigit Jari

Gigit. Ada beberapa peribahasa yang dikaitkan dengan gigit.

Gigit Jari / Gigit Telunjuk
Mananya: Tidak dapat apa yang diharapkan

Gigit Bibir
Maknanya: Geram

Gigit Lidah
Maknanya: Tidak malu atau tidak hirau akan kecaman orang

Sama ada kita sedar atau tidak, kita sering berhadapan dengan situasi seperti yang dimaknakan oleh peribahasa di atas.

Sebagai seorang guru tadika dan juga taska, aku sering berhadapan dengan satu lagi situasi yang dicetuskan oleh anak-anak kecil iaitu menggigit orang. Ada anak-anak yang memang suka menggigit. Dan kerjanya memang sikit-sikit menggigit. Sikit-sikit menggigit. membuatkan kami gigit bibir pula. Nak marah lebih-lebih, anak orang. Kalau tak marah nanti dia buat lagi. Yang sering kena marah adalah kami. Kena marah oleh ibu bapa yang anaknya kena gigit. Kami gigit bibir juga dalam diam-diam.



Kenapa anak ini suka menggigit dapat kita lihat melalui sebab yang pelbagai:
* merasa kecewa apabila kehendaknya tidak tercapai
* merasa berkuasa atau mahu menguasai kawan yang lain
*merasa diri tercabar
* merasa tidak berdaya atau takut seperti kalah dalam perkelahian dan merasakan pihak lawan akan menyakitinya.
*habit

Apa pun alasan, perbuatan ini adalah satu perbuatan yang tidak normal dan perlu diberhentikan segera. Sekiranya ia berterusan selepas kanak-kanak berumur tiga tahun, ibu bapa perlu membawa anak berjumpa dengan pakar supaya ia tidak berlanjutan dan menjadi satu masalah yang lebih besar, seperti tidak mempunyai kawalan terhadap perasaan dan tidak pandai untuk meluahkan perasaan sesuai dengan keadaan.

Tidak ada cara yang spesifik untuk menghentikan tabiat ini. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mengatakan pada anak bahawa perbuatan itu salah dan menyakitkan. Jangan pula kita menggigit anak itu untuk menerangkan bahawa perbuatan itu menimbulkan rasa sakit. Nanti anak itu akan memberitahu orang lain pula bahawa dia menggigit sebab ibunya menggigit. Kita perlu tegas dengan anak yang perbuatan itu salah. Seelok-eloknya teguran itu dibuat sebaik sahaja selepas kejadian. Beri perhatian yang lebih kepada yang kena gigit dan pinggirkan seketika (time out) anak yang menggigit itu.

Sekiranya kejadian menggigit ini terlalu sering berlaku di tadika dan pusat penjagaan, guru terpaksa bertindak menjauhkannya dari rakan yang lain. Ibu dan bapa kanak-kanak ini hendaklah diberitahu tentang perbuatan anaknya yang selalu menggigit orang lain dan minta ibu bapa sama-sama membantu di rumah. Sekiranya perbuatan ini tidak berhenti juga, bawalah anak itu berjumpa dengan doktor pakar.

Tadi aku mendapat telefon daripada seorang ibu kepada anak yang belajar di aulad perdana. Ibu itu dengan nada yang agak kesal memberitahu bahawa anaknya kena gigit seseorang di belakang badannya. Kesan gigitan agak dalam. Dia bertanya kenapa cikgu tak sedar yang anaknya kena gigit. Bukan tak sedar. Sedar. Tapi kejadian berlaku pantas.

(Kan aku dah kata. Yang kena marah, kami ni lah. Yang menggigit orang lain. Anak orang lain)

Anak-anak yang menggigit ini akan menggigit dalam situasi yang kita tidak jangka. Kalau anak itu memanjat, kita boleh jangka dia akan jatuh. Kita akan menegur anak itu supaya jangan memanjat. Kalau anak itu berlari-lari, kita boleh jangka juga yang dia berkemungkinan jatuh bila terlanggar sesama sendiri. Kita akan kata, jangan lari nanti jatuh. Tetapi anak-anak yang menggigit ini kita tidak tahu bila dia akan menggigit. Kita tengok dia main, happy je. Tiba-tiba "ngappp", dah terjerit kawan tu. Fenin..fenin..

Kepada ibu bapa yang anak-anak kuat menggigit ni, bantulah kami untuk membantu anak anda......................


27 comments:

ashley said...

HARI INI PUN, SI BUDAK EMPAT TAHUN YANG NAMANYA ME____ TU TELAH MENOKAK ANAK MURID 5 TAHUN.TAPI YANG MENOKAK TU SELAMBER DEEEKKKK JER.YANG KENA TOKAK MELALAK LE APA LAGI..BERBEKAS KAT BELAKANG.AKU TAK TAU LE ESOK,SI IBUNDA YANG KENA TOKAK TU PASTI MARAH KAT CIKGUNYA NI..KEJADIAN BERLAKU WAKTU REHAT..DOK TAK DOK SAHAJA MENOKAK ORANG..RASA NAK MENGOTAP BIBIOR JUGAK AKU NI!
KESIAN HAMBA ALLAH SORANG YANG KENA TOKAK TU.

Nizam.Ariff said...

Kalau dah geram sangat aku gigit tengkuk...cam singa...hahaha

julietchun said...

makayah budak yg kena gigit tu mesti tak puas ati yer. Kesian cikgu2 juga yg kena. Lenkali tny dulu makpak budak tu ske gigit org ke tak seblom amik dia,hahahah.

Mak Su said...

gigit lidah sampai makan non-stop (maksu ler tu), ahaks

kakpah said...

ashley
hehe... yang komplen tu budak yang kena gigit kat pedana tu lah. Beriye2 mak dia komplen.

nizam
kau tu ngigit nak membunuh tu.

juliet,
len kali memang aku kena interview dulu mak bapak budak ni. Kalau gigit, out. Kalau tak gigit, in. haha..

maksu,
abih kontot lidah tu maksu

kakngah said...

ms adam umur bwh setahun setengah dia duk kat nursery, selalu kene gigit. walau pun dobot dia tak reti mlwn. alik2 berbekas ank sy kene ggit. bdk yg mengigit tu keding jek dr adam. tp, sy tak mrhkn cikgu & penjaga. sy faham, al maklum la bdk2. perkara biasa tu. selagi anak saya tak patah riuk, ok la tu kn..
itu kisah lbh kurang 8 tahun yg lampau. kisah skrg, adief pulak suke mengigit. saya, adam & adeeb mmg fobia kalau dia dekat sambil nganga2 mulut. pernah skali tu lepas dia gigit lengan saya, dia tak puas hati, digigit pulak betis adam. tiba2 adeeb meraung, sy tany kenapa "bby ggit montot kite....."

ashley said...

Mahu nye tidak maknye komplen..anaknye putih melepak!Berbekas!
Esok, keberangkalalian akan ujud satu krisis.
...aaahhh...
antara dua ibu..
aaaahhhh...

NASIIBB badan..

aku rasa nak jadi halimunan jer esok..ha ha ha

Nizam,
ada address orang bunian tak?

Tijah Lawa said...

boli'an 1 kayu cota kak. asal nampak yo budak tu cam ado simtom2 nak menggigit bagi yo kayu tu. biar di tokak'eh...

kakpah said...

kakngah,
bagusnye dapat ibu yang paham macam ko ni. tapi kalau dah asek kena gigit je kdag-kdag ilang jugak kesabaran tu ye tak.. Mau nak betumbuk dengan mak bpak budak yang menggigit tu.
Skang ni anak enko pulak yang menggigit ye. Saranan drpd seorang pakar kanak-kanak : suruh adief gigit cili api wakaka...

ashley, si nizam tu menuntut belum habis. Baik toksah tanya dia. Kang ko halimunan tak balik-balik.


tijah, satu saranan yang bernas. Akak nak buek sudut menggigit lah. Lotak kayu cota kau tu (buleh oder kek kau ko), batu ko, papan ko, bosi ko...hehe.
"Sapo yang ghaso nak monggigit poi sanun!!" Habih moghogheh gigi bebudak tu.

kakpiah said...

tu yg payah kalo parents tak bleh bertolak ansor nih.. anak2 saya pon pernah ada kejadian ceni.. tp saya tadek la nk marah2 sbb takot sok2 anak saya plak yg buat kt anak org kan?
ye la cikgu pon kalo nmpk takkn tak larangkan? tp budak2 nih mmng diorang punyer tindakan refleks tu lg pantas dr kita.. sedar2 jer dah meraung!!
sabor kak pah.. sbb tu bkn suma org bleh jd cikgu tadika... hehehe

mama_sal said...

akak dh lama bukak tadika? kat aner?

iina said...

Kak.. gigit mengigit jgn kan bebudak ado gak org tua2 gadoh gigit2 gak terutama pompuan.. huihh dahsyat kak..

Den gigit aiskrim asam boi yolah.. idak pun gigit cekelat..

Tijah Lawa said...

sey takdo jual kak. tapi cubo tanyo k.ungku. sobab dio dealer noneh batu cawangan senawang. ntah2stok batu penggigit pun dio ado skali...

kakpah said...

piah, akak tabik salut kek kau lah piah. aku ni memang le besaba. kok ilang saba dah abih akak belasah.... hehe semua makanan kat dapur tuh.

mamasal.akak dah bebelas taun buka tadika ni. Alamat ada kat sebelah tu. Nko ada anak kecil kan. Nak hanta anak cepat booking. nanti takde tempat hehe...

tijah, noneh batu okey gak suruh budak tu ngap. nanti akak tanyoan mo ungku.

kakpah said...

ina, orang tua menggigit lagi buruk. err.. kau janganlah cakap pasal coklat. Kau tau betullah kelomahan akak ni. Cokolat is my feveret u know...

kakpah said...

mama sal,
oops sori. tak perasan lak u sekarang tinggal kat jeddah. kalau balik nanti tinggallah kat bangi hehe.. hantar anak kat tadika aulad ni hehe..

lupekanje said...

err..acik da lupo la anak2 acik dulu menggigit ke tidak...
raso eeh tk la..cubo la buek hal...tak kono bolasah ngan acik..
ehh..tapi cam tebayang2 tangan yg bobokas kono gigit...sapo yoo...
ooooohh...sesamo diorg yo...hahah..
kat sekolah, tk bani....

camni la kpah...senornya payah nak cakap...yg ponting, didikan mak ayah tu sendiri...perlunya mendidik anak ni agar reti guno anugerah Allah tu ke arah yang sepatutnya..
mato..utk lihat mender yg baek
tgn, untuk beri sedekah salu..
kaki, bawak2 la gi tompek yg bebaik
gigi...guno la utk gigit makanan..
maka ibu bapo hondakla mengajar anak2, apokah yg dinamokan makanan....dan perlu mereka ketahui bahawa rakan2 sebayo mereko tuh bukanlah makanan....adeiiihh..
Moral of the story,
mak ayah jgn saling menggigit di depan anak2...masa mengandunpun, elakkan saling bergigitan...hihih..

kakpah said...

acik, hahaha caya la kau cik. somonjak duo monjak ni asek bagi kutbah yo. Tompah acik buek coramah sabtu dopan buleh? wakaka.

kakngah said...

agak2 eh la.. apo jd kek bebudak tu kalu diorg ggit noneh batu???
sapo nk jwp ni???

Nizam.Ariff said...

Alamat bunian:
Dihadapan masjid, dibelakangnya mini market..

Ungku Nor said...

kak Pah..
sey sarankan kek TIJAH suh minam air rondaman noneh batu demi keamanan sejagat *aman apo eh..mengaum yo kojo pempuan tuh ;p*

sey tak ponah sarankan orang gigit noneh batu tu..
tu namo eh dah salah nuntut tu kak!

ehehehe

F A R Y N said...

kak pah,dulu masa saya kecik2...bila bergado ngan adik,sure saya kena geget..pastu mak saya kasi adik saya geget batang serai,terus dia serik nak geget sape2 dah..hahaha

kakpah said...

kakngah, diorang jadi batu belah batu betangkup wakaka...

nizam, rumah dia tak de nombor ke.

ungku, jah...oi jah.. kau jawab.

faryn, yeke.. boleh gak sajes ngan parents ni. Kalau akak, akak suruh gigit cili api je ataupun kunyit idup hehe..

tasikmerah said...

ni pesen ank buaya nih... ha ha.

salam singgah.

kakpah said...

tasik merah, salam kembali.
mengenan kot..

lupekanje said...

kpah..sabtu ni tk bolih...acik poie perlis...hari bertemu pelanggan KPM kat sinun..lagipun acik tk syorkan suh acik jadik penceramah...nnt acik melalut ajaran sosek..kono masuk lokap...sapo nk antar an nasik lomak bungkus lauk ayam goreng kat acik haaa...

kakpah said...

kalau tak leh, takpo lah cik.(kocik ati kakpah tau..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...