Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, March 6, 2009

COLOURS....COLOURS EVERYWHERE

"COLOURS" Tema mingguan kami untuk minggu ini.

Kanak-kanak pandai bercerita tentang warna. Hidup mereka penuh dengan warna warni. Warna yang melambangkan keceriaan, sesuai dengan umur mereka. Mereka juga mempunyai warna kegemaran yang pelbagai. Kebanyakan suka warna merah dan pink. Terutama yang perempuan. Yang lelaki lebih suka warna biru dan hijau. Ada juga yang suka warna merah.

"I like pink" kata Hakim.
Semua kanak-kanak ketawa. Hakim tersipu-sipu.
"Eee.. ada ke boy suka pink. Macam girl" dan mereka ketawa lagi.
"Takpe la. Pink pun takpe kan ummu kan?" kata Hakim minta pembelaan.

Aku bawa mereka menjelajah beberapa ciptaan Allah di sekeliling mereka.
(yang berwarna merah itu percakapan ummu)

"What is the colour of the sky"
"blue"
"Kadang-kadang black bila nak hujan"
"Haah, malam-malam pun black jugak"
"Cloud warna white kan ummu"
"Haah white macam kapas."
"Matahari warna orange kan?"
"Iyelah.. Mak kita kata jangan pandang matahari. Nanti sakit mata"

"What is the colour of the tree"
"Green."
"Ada jugak yellow"
"Red pun ada"
"Purple"
"Hahaha...... ada ke purple" yang lain-lain ketawa sambil jari menuding kepada yang memberi jawapan. Yang menjawab cuma tersengih.
"Ummu, batang tree tu brown kan?"
"Eh.. green pun ada"
Perbincangan berlarutan lagi berkenaan pokok yang batangnya berwarna hijau dan coklat. Juga tentang daun yang bukan sahaja berwarna hijau tetapi juga kadang-kadang berwarna kekuningan, kecoklatan dan juga kemerahan.

"Does your mother plant flowers at home?"
"yessssssssss....." satu kelas berdengung dengan jawapan.
"Emak saya ada bunga warna red"
"Emak saya ada bunga pink and yellow"
"Emak saya ada bunga red jugak. White pun ada"
Kelas aku riuh lagi dengan masing-masing mahu memberitahu warna-warna bunga yang ada di rumah mereka. Aku terpaksa memberhentikan keriuhan dengan memberi soalan terakhir.

"Have you seen butterflies?"
"Yessssssssss "
"Is the butterfly beautiful?"
"Yesssssssssssss"
"Beautiful and colorful"
"Got many colours"
"Haah... many many colours. "
Mereka terus berbincang tentang warna-warna yang ada pada butterfly. Dan mereka kelihatan sungguh seronok.

Di akhir sesi aku mengajak anak-anak membuat butterfly dengan menggunakan tompokan-tompokan warna.

Mula-mula sekali warna-warna yang pelbagai diletakkan di tengah-tengah kertas lukisan.


Kertas itu kemudian dilipat dua sambil menekan warna-warna supaya dia merebak ke tepi. Apabila dibuka lipatan itu, warna-warna tadi akan menjadi seolah-olah seperti seekor butterfly.






Begitulah keceriaan anak-anak ku. Seceria warna warni yang ada di sekeliling mereka. Betapakah betuahnya kita yang dikurniakan penglihatan. Walaupun ada di antara kita yang terpaksa menggunakan cermin mata kerana penglihatan yang tidak perfect. Tapi kita masih boleh melihat. Tidak seperti mereka yang langsung tidak dikurniakan deria yang satu ini.

13 comments:

KTS said...

teringat zmn sekolah rendah...

selalu buat rama2 tu... dpt buat rama2 tu pun dah habis bangga :D

Mak Su said...

waahhhh, those butterflies so cantik :)

kakngah said...

syukur... walaupun sy rabun, sy masih blh melihat...

Nizam.Ariff said...

Boleh tak lipat-lipat macam tu, bil bukak keluar gambar T-Rex?

Lepas tu kan, ceritakan pula tentang keganasan T-Rex yang suka robek perut haiwan lain. Darah...darah ...darah berada dimana-mana (calitkan cat merah). Lepas tu kan, T-Re bertaubat dan zaman sekarang dah jadi seekor kucing Parsi...

ASH said...

Kak Pah,
Piat telinga budak NIzam tu!
lain yang disuruh buat, lain pulak yang dia reka..

Kut ye pun KREATIP!

iina said...

Teringat masa sekolah rendah dulu buat warna gitu.. pastu teringat guna buah n sayur uk buat corak warna ;)

Alam ini kala hitam putih kak mesti bosan kan kak ;)

Nong said...

Salam kak pah... terasa muda pulak saya memanggil orang lain kakak he he...

Kids are so care free and innocent when they are still young, until they grow up dan mula mengharungi warna-warni kehidupan...

Nizam.Ariff said...

Ashley...kan T-Rex tu dah taubat... kira kosong-kosong le... hahaha

Tijah said...

wiii! best eh ngajar budak2 ni kan?? sey nak apply jadi cekgu buleh tak kakpah??? ngajar sain umahtangger! huhuhu

aNIe said...

Kak Pah...suka sgt baca cerita kak pah tentang anak2 tu...mesti ceria hidup akak dikelilingi anak2 yang comel dan cerdik....

ibundo said...

kts, zaman sekolah satu zaman indah yang membawa seribu kenangan (kalaulah tak de exam ye...)

maksu, baru lepas tengok raja lawak ni hehe..

kakngah. buat lasik. ak yah pakai cermin mata lagi.

nizam, akak rasa akak nak lipat-lipat ekau je biar jadi trex. bia anak ko melalak takut.
... pandai je nak menakut-nakutkan budak ye. Memang patut pun orang lelaki ni kurang layak jadi cikgu tadika. idea ganas haha..

ashley, haah nak aku katuk-katuk je.

ina, ada juga orang yang minat black n white je.... tapi tak boring ke.

nong, selamt datang. jangan risau panggil kakak. i'm old but still young at heart haha..

nizam, pandai la kau.

tijah, ekau nak yang sonang yo kan? kalau nak aja sain rumah tangga ekau duduk yo lah kek ghumah.

ibundo said...

anie, anak-anak tu cerdik dan bijak. kpah dikelilingi mereka sentiasa. luv them very much.

kakpiah said...

"Does your mother plant flowers at home?"

kalo cikgu Rantaro tanya nih kat kelas dia..
kompem Rantaro dok dendiam..
sbb kt umah ibu dia... jgn kan tanam pokok bunga.. bunga plestik pon tadek!! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...