Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, March 7, 2009

Hujung minggu yang santai

Hujung minggu yang santai. Entry juga santai. Entah kenapa pulak hujung minggu ni terasa amat panjang. Agaknya sebab isnin cuti. Dulu pantang kalau ada cuti panjang macam ni. Mesti balik kampung. Tapi sekarang kampung dah tak ada orang. Habis tu nak balik ke mana. Duduk je lah kat Bangi ni.

Salah satu rutin mingguan aku ialah membeli belah keperluan tadika dan taska. Ini aku lakukan pada hari jumaat. Kalau hari jumaat ada hal, aku buat hari sabtu. Jadi, pagi-pagi tadi sebaik hujan berhenti, aku berserta suami dan bibik ke tesco kajang.

Sebenarnya aku malas ke tesco pada hari sabtu sebab ramai orang. Dah lah ramai orang, ramai pula yang bawa anak-anak kecil. Ciak miak kat dalam tesco tu. Berlari sana, berlari sini. Aku nak tolak trolley pun susah. Dah tu trolley tesco banyak yang dah tepeleot rodanya. Bila kita tolak, dia merenggg ke kiri atau merenggg ke kanan. Jalan macam ketam. Ada tu pula terhenjut-henjut. Ada juga yang roda tak berpusing. Aduyai.. kalau dapat yang macam tu sakit lengan dibuatnya sebab asek nak kotrol stereng je. Heh, ada stereng ke.

Aku kalau ke tesco ni tak boleh pergi sengsorang. Mesti bawa bibik atau anak-anak. Kadang-kadang tu suami pun nak menempel sama. Sebabnya barang-barang tak muat satu trolley. Kurang-kurang kena bawa dua trolley. Kadang-kadang sampai tiga trolley pun ada. Pernah sekali aku buat eksyen pergi sorang diri. Semput aku. Apa taknya. Penuh satu trolley, pergi kaunter. Bayar. Lepas tu turun bawah unload barang ke dalam kereta. Naik balik. Beli lagi barang penuh satu trolley. Pergi kaunter. Bayar. Lepas tu turun bawah unload ke dalam kereta. Sampai tiga kali mahu tak semput. Lepas tu taubat tak buat lagi. Bila balik mengadu dengan suami bukannya dapat simpati. Dapat perli adalah. "Haah pandai. Buat le lagi". Aku pun buat lah muka tercemek.

Bila beli barang banyak-banyak mesti orang yang pandang senyum-senyum dan bertanya, 'berniaga ke' atau 'kenduri ke'. Mula-mula dulu aku segan juga bila orang asek tanya macam tu. Macam lah aku ni berniaga kedai makan besar-besar. Tapi bila dah setiap minggu asek kena tanya je, telinga pun dah lali. Bila ada yang tanya, aku jawab : "iye..meniaga kecik-kecik".

Ada juga yang tanya , 'ni stok untuk satu bulan ke'.
Aku jawab, 'tak, untuk seminggu"
'Seminggu? Besarnya keluarga'
Aku jawab ' Iye.. anak ramai"
Memang anak aku ramai. Campur dengan anak-anak tadika dan taska kan ke ramai tu.

Kalau korang jumpa aku bawak barang-barang macam ni punya banyak, agak-agak korang tanya tak pertanyaan seperti di atas.




Kemusykilan aku ialah, kalau barang banyak macam ni macamana lah pulak nak guna beg tuuu.
Ala, reusable bag tuuuu. Beg yang kiut miut tuuu. Tak boleh kan? Kena lah pakai beg plastik juga. Lepas tu bibik aku kumpul-kumpul beg plastik ni buat semak dalam setor. Suruh buang dia kata ' sayangg buukk'

8 comments:

Tijah said...

mak aihhh! sey kok poie tesco bawak bako yo...tu pun isik eh tak ponoh! hehehe!

lupekanje said...

acik lagi lak...klu gi shopping sik sik touch n go...bilo bakul nk penuh tah...hahah
(ngkorang jgn la ajak acik gi shopping...nyakit ati jer nanti...:))
err..tapi acik salu geram ngan org yg beli brg bebanyak ni....lotih tau acik q...bayor la barang masa acik tk bratur tuh....hahah..tampi, klu kpah acik tk marah la....nnt kener pelangkung..!!!

ibundo said...

tijah, ekau boli pulut yo memanglah bako tak ponoh.

acik, len kali jangan beratur belakang orang yang boli bebanyak. cari kaunter lain. kpah tengok orang yang nunggu belakang kpah tu bengang yo..

Nizam.Ariff said...

kami jenis antisosial. bukan jenis yg selalu beraktiviti dgn kawan2 atau sanak sedara. kami dduk rumah je.bila boring, kami shopping barang dapur. tesco,giant,mydin dan jusco adalah tempat kami beriadah.

untuk akak, elok bawak lori atau van kalau shopping. atau bagi list kat kaunter khidmat pelanggan, suruh dia hantar ke rumah...amacam?

mama_sal said...

untung anak2 tadika n taska mkn sodapp sentiasa lah ekk,
k pah masak ke ada pembantu? amik la saya jd cikgu nanti yo hehe

ibundo said...

nizam, dulu ada gak bagi lis kat kedai suruh hantar barang ke rumah tapi mahal. beli banyak-banyak bin every cent counts.
baik pegi tesco je banyak yang budget price.
kau doakan la akak beli lori hehe..

mamasal, ada orang yang masak. nak jadi cikgu tdika? hehehe..

iina said...

wah kak penuh troli tuh kak.. den tumpang tgk yolah kalau akak tolak troli tuh ;)

kakngah said...

pelestik bebanyak tu buek karung smpah yo.. xyah boli.. dh jimat dh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...