Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, April 10, 2009

Tak Boleh Tunggu Ke?

Banyak nasihat yang ku dengar supaya kita tidak mementingkan diri sendiri. Kita hendaklah juga menjaga kepentingan diri orang lain. Jangan nampak diri kita saja yang susah dan menidakkan kesusahan orang lain.

Dalam kehidupan kita hari-hari kita pasti akan bertemu dengan manusia yang hanya berfikir tentang diri mereka sahaja. Berfikir tentang susah mereka sahaja. Berfikir tentang payah mereka sahaja. Dan untuk mengatasi kesusahan dan kepayahan mereka itu, mereka sanggup bertenggek atas kesenangan orang lain. Biar orang lain susah asal mereka senang. Bukankah itu mementingkan diri?


Pagi tadi aku ke tesco lagi. Membeli barang penuh dua trolley seperti biasa. Selesai membeli belah aku dan bibik mendorong trolley yang seperti biasa tersenggut-senggut bergerak senget seperti ketam berjalan, menuju ke kaunter. Tidak banyak pula kaunter yang dibuka pagi tu. Kami berbaris di belakang seorang apek. Di depan apek ada pula seorang amoi cun yang sedang membantu cashier itu memasukkan barang-barangnya ke dalam beg plastik.

Aku lihat trolley si apek di depan aku tu penuh dengan sayur sawi dan kangkung. Hati aku meneka-neka mesti apek ni ada kedai makan ataupun dia mempunyai keluarga besar dan semuanya vegetarian yang makan sayur sawi dan kangkung sahaja. Aku menupang dagu meletakkan siku ke atas handle trolley sambil memerhatikan apek mengeluarkan sayur-sayurnya satu persatu.

Bibik mula meangeluarkan barang-barang dari dalam trolley dan meletakkannya ke atas kaunter. Tiba-tiba datang seorang minah dari arah belakang.

"Kak, mintak maap kak. Boleh tak akak bagi saya dulu. Barang saya sikit je ni. Barang akak banyak"

Aku menoleh dan memandang tepat ke mukanya. Ada bisikan di dalam kepala aku menyuruh aku menelan minah ini hidup-hidup. Ada juga bisikan yang menyuruh aku melempang mukanya dengan satu tamparan jepun. Tapi dia hanya tersengih-sengih.

Kalau suami aku ada mesti minah tu dah kena tengking. Tapi aku malas nak berdrama.

"Boleh tak kak" dia mendesak pula.

Aku cuma kata "hmmmmmmmmmmm...' dan dia pantas meletakkan barangnya di atas kaunter. Memanglah tak banyak tetapi dia kena tahu menunggu giliran. Aku dah mencanguk di situ agak lima belas minit. Takkan dia tak boleh tunggu. Dia tahu nak cepat saaja. Aku ni tak nak cepat ke?

Begitulah contohnya orang yang mementingkan diri sendiri. Mintak maaplah cikgu, poin tak cukup. Kepala tengah berserabut ni mikirkan sukan. Doakan hari tak hujan ya!...

12 comments:

Tijah said...

kak pah. kok sey nak bayar ceklat kedberi satu...agak2 ko kasik potong Q tak kak?? hikhik...

Nong said...

Kalau saya lah, saya cerlangkan mata saya besar2. Tak payah cakap apa2 pun. he he...

mesti dia paham...

ASH said...

kakpah..
Ni nunjuk keletihan Menchopping barangan yang teramat..

Tijah..errr I mean baby..
kakpah MESTI dengan senyuman mesranya menyuruh ko ambik dua tiga kotak cekelat..tak yah bayar..( no worry..I pay the bill..says kakpah..)

kui kui kui..

lupekanje said...

kpah...
klu acik...
ko nk copek yo..?? ha...ko lotak balik barang tu....ko kuar je...lagi copek !!!!pehtu gi beli kt kodai Azhar ko...basiron ko...hamidon ko... okeh... kehkehkeh.....

ibundo said...

tijah, mano buleh, nanti marah linda jasmin wakaka..

nong, yang sebenarnya malas nak buat scene. Kena pulak hari tu mood agak baik hehe..

ashley, ponek memang ponek tapi tak adanya aku nak bagi tijah cokelat free de.

acik, poi kodai azhar jauh tu cik. Kono poi senawang pulak. Nanti tak pasal-pasal kono tonkeng mo tijah.

Tijah said...

apo niiii!!! patut baby cam nak datangggg yo laie sini. ado org sobut2 namo baby ghupo eh...tersodak baby tawww!!!

wakakaka...

k.pah. esok kok ado cekelat lobih tingga'an kit pok sey yo???

julietchun said...

kan ade kaunter ekpress? ke tak reti baca?

Sitie BUm BUm said...

bukan kalo brg sikit dh ade kaunter khas ke??

KTS said...

akak bole jadi duta TESCO..

:D

takpe... beralah ngan org... nanti org pn akan beralah ngan kita

Nizam.Ariff said...

Betul tindakan akak tu. Kita kena berlapang hati kepada orang cam tu. Kenapa akak tak cakap "bak sini barang ko tu, akak kirakan sekali".... hahaha

ibundo said...

tijah, cokelat tak do. Kau poi jo lah bolei kek kodai.

juliet, siti, dia buta huiruf. Tak tau baca.

kts, aku jadi duta? hehe..

nizam, kau ni perli aku ke hape..

Unknown said...

hehehe..kalau kena dengan suami saya pun sama kak, kat situ gak makan tengking la that-kind-lady, nasiblaaa, sapa soh tak monyaba..:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...