Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, May 4, 2009

Aku Kenal Dia

Tengahari tadi aku ke kedai membeli bahan-bahan untuk makan malam. Sedang aku membelek-belek ikan siakap aku perhatikan dari ekor mataku ada seseorang yang juga sedang memilih ikan sedang memerhatikan aku. Aku mengangkat muka menoleh ke arahya. Dia tersenyum dan aku membalas senyuman itu.

"Macam kenal. You look familiar" tegurnya ramah. Aku perhatikan wajahnya. Ada sisa-sisa paras zaman remaja yang masih tertinggal di wajah itu. Aku juga ingat-ingat lupa.

"Budak stf?" Aku mengagak.

"Ha.. betullah tekaan I. Kak tipah kan." Aku mengangguk-angguk sementara otakku masih mencari-cari nama dari kotak memoriku untuk ku padankan dengan orang yang berdiri di depanku itu. Kupanjangkan tangan menjangkau dulang-dulang ikan di depanku untuk mencapai tangannya, bersalaman.

"Dont you remember me? Kimo. One year your junior," katanya. Mungkin keterlupaanku terbayang jelas di muka.

"Ah.. yes, now I remember you "

Kami bertukar-tukar maklumat, bertanyakan itu ini. Dan bila akhirnya kami berpisah apabila tugas kami membeli ikan dan sayur selesai, kami bertukar-tukar nombor telefon dengan janji untuk menghubungi satu sama lain. Agak pelik juga kerana kami tidak pernah terserempak sebelum ini.


Dalam perjalanan balik ke rumah, aku merentasi masa ke zaman silam. Aku pernah tinggal di dorm yang sama dengan Kimo. Budaknya agak gila-gila juga, lebih kurang macam aku. Satu peristiwa yang aku masih ingat ialah bila Kimo menjerit pada satu subuh sepiee menyuruh ayam yang tengah gila berkokok balik masuk reban.
"Woi.. ayam pondan pegi balik lah masuk reban!!! Orang nak tidur lah. Balik!!!" lebih kurang macam tu lah. Padahal dia tak perlu pun masuk campur sebab hal ayam berkokok tu tak ada kena mengena dengan dia pun.

Ceritanya, pada awal tahun semasa aku di tingkatan enam atas, sekumpulan budak tkc telah datang menyerah diri membuat pre U di sekolahku. Semasa orientasi kami kenakan mereka agak cukup-cukup juga. Pada malam sebelum kejadian ayam berkokok itu, aku dan beberapa kawan telah menyuruh lima orang budak tkc datang berkokok di dorm kami sebelum subuh. Sama ada memang mereka ni sporting ataupun takut pada kami yang senior ni, tepat-tepat sebelum azan subuh diaorang masuk berkokok depan pintu dorm. Betul-betul berkokok. Tak berhenti-henti sebab diorang tak boleh berhenti sebelum kami kata berhenti.

Bila Kimo menjerit suruh balik masuk reban , masing-masing mencicit lari. Kami yang agak terpisat-pisat sebenarnya terlupa untuk menyuruh ayam-ayam itu berhenti berkokok.

Aku tak pasti sama ada Kimo masih ingat peristiwa itu. Aku terlupa pula mahu bertanya.

14 comments:

lupekanje said...

dasatnyer kpah n the geng...rsanya budak tkc tu mesti dendam kesumat kt kpah..sib baek jumpa si Kimo jer....

ibundo said...

acik, hampir tak kona la kek acik ni. dah gamba baru le...

lupekanje said...

gambar kasik brutal sikit kak..bulih buli owang nnt cam akak dolu2..
asik dolfin yo...kono buli manjang..

aza ni said...

kakpah:ntah ntah kakpah dera schoolmate saya masa sekolah rendah, dia pun budak tkc, he he he.

ASH said...

OOO..buli BUDAK TKC ek?..ADA Nama PIDAH ker budak TKC tu??
ha ha ha...

GENG TKC YANG BUAT MATRIKULASI kat sekolah saya mandi ala ala KOBOI!!Orang pakai kain basahan demer bawak shower curtain..
Sekali, ada kengkawan kitaorang yang nakal selak curtain palstik tu. MENYUMPAH akak TKC tu..
ngeh ngeh ngeh..

tapi bukan sayaaaa..saya BAEKK!!
(sesambil jeling kiri kanan)

Tijah said...

budak tkc, mrsm & stf mmg xleh ngam kan? hahaha. budak tkc tu bukan apo...sbb skolah eh sebolah kubo. tu yg jadi centu tu...

Kapten Luffy said...

ganasnya

kakaka

iina said...

lah kak.. ado gak kisah ngokok ayam pepagi buto.. lawak yo kan kak kalau kenang balik tuh.. ;)

ibundo said...

acik, osah botul brutal e.

azani, o makcik kiah tu schoolmate ko dulu ye wakaka.

ashley, ada kesempatan, buli je. Ada kawan aku sorang ni pendek tak sampai lima kaki. lalu pulak budak tkc yang tinggi ala-ala model. kawan aku cakap, woi..woi.. come here, walk lower than me.
Kau bayangkan budak tu berjalan terpaksa mengengkang-ngengkag nak kasi diri dia pendek.. hahaha..

ibundo said...

tijah, shhh... kang ado budak tkc kek sini kang hehe.. sobona e diorang tu baek. samo yo cam kito. kito ni memasing ego. kito kato kito yo lah yang teral. tu sobab jadi cam tu.

kapten, ganas ke. Tak aih... hehe..

ina, sobab tu orang kato zaman sekolah ni zaman yang tak sonang nak kito lupokan. Masih teringat-ingat.

Nizam.Ariff said...

Wuiih.. ganasnya.
Aku tak buat mende lonco-lonco ni.

Aku cuma pesan kat bebudak junior, setiap pagi bila aku bangun dari tidur, aku nak tengok sarapan terhidang atas meja study aku, siap dengan air teh... jangan dia orang ludah dalam air teh aku sudah la...

MrsMama said...

masuk FB lah...lagi ramai jumpa kengkawan. Kak pah...suoh acik tukau gambau lah....

ASH said...

kakpah...
Brutallllnyer kawan kakPah tu.
By the way..Kakpah tinggi agak agak lima kaki tak?
he he he...

ibundo said...

nizam, haha.. ye la tu. ko lagi ganas.

mas, ye ke. haah, betul lah. aku tengok acik skang ni brutal je. takooot...

ashley, woi..woi.. see the leg la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...