Dulu aku mengajar di SMK Sungai Rawang. Lama dulu sebelum aku berhenti. Untuk ke sekolah ini aku akan melalui pekan Sungai Pelek. Dan dari pekan sungai pelek menuju ke sekolah aku akan melintasi beberapa buah rumah yang ada membela babi. Tempatnya memang hampir benar dengan pekan.
Aku dan beberapa kawan yang berulang alik dari B.B.Bangi menumpang van cikgu Mat Nor. Mungkin kerana nak menjimatkan petrol cikgu Mat Nor lebih suka menggunakan aircon semula jadi. Cermin tingkap setiasa terbuka. Setiap kali melintasi tempat ternakan babi ini kami terpaksa menutup mulut, hidung dan menahan nafas kerana tidak tertahan dengan bau busuk kandang babi.
Beberapa tahun lepas suami aku membawa studentsnya untuk membuat fieldwork di Sekamat Seremban. Didapati buangan dari ladang-ladang ternakan babi banyak yang mengalir ke sungai. Semasa membuat kajian, suami bertemu secara tidak sengaja dengan seorang apek yang sedang membawa beberapa tong kecil di motosikalnya. Apabila suami bertanya apa yang dibawanya , apek itu memberitahu yang tong kecil itu telah diisi dengan najis babi yang diambil dari kolam najis di ladang ternakan babi.
"Mau bikin apa dengan ini taik, apek"
"Mau kasi ikan makan"
"Mana ikan mau kasi makan"
"Saya punya kolam ikan. Ada manyak ikan talapia."
Tadi aku ke kedai. Di muka hadapan Kosmo terpapar berita ikan keli diberi makan sisa babi. Apa erti sisa babi tu, pikirlah sendiri. Siapa yang suka makan ikan kolam @ ikan darat tu, berhati-hatilah. Kalau was was baik tak payah beli. Banyak lagi ikan lain yang boleh kita makan. Ikan bilis pun kalau kena cara masaknya, sedap juga. Orang NS selalu buat sambal gesek ikan bilis. Caranya, ambil cili api campak dalam lesung. Tumbuk lumat. Ambil bawang merah campak dalam lesung dua tiga biji. Ambil ikan bilis segenggam, basuh, campak dalam lesung. Tumbuk. Tumbuk. Tumbuk. Lepas tu perah limau nipis ke kasturi ke. Belenkan pedas, masam dan masin. Pergh.. tak payah masak lain dah. Makan dengan nasi panas-panas. Gerenti berpeluh.
See, tak payah lah makan ikan kolam ni. Makan pucuk ubi lagi bagus. Cecah dengan sambal gesek tadi. Kecik hati mak mertua sebab dia lalu lalang kita buat tak tahu je.

25 comments:
sy memang x makan ikan darat.. terutama ikan keli... sy makan ikan termenung yg selalu kembung tu aja..
kulna, ikan kembung masak pepes pun sedap.
nak menyedapkan bunyi bleh plak dorang sebut SISA BABI. Berdiri bulu roma bila bygkan apek tu curahkan taik babi dlm kolam ikan.
haaa..nak makan ikan kolam, kek ulu bondo ado. pak sedaro sey bolo...tu mmg konfem la xdo siso babi. siso nasik semalam ado la. huhuhu
susah tul nak mkn skrg nie ....
akak, dpt email pB ???
alamakkk..
dah tau ni, kena tahan tekak la nampaknya kak..
kak..
entri kat bawah tu sangat sentimental la aura dia..huuuuu.
entri kat bawah entri di bawah tu pulak..alalalala..rasa macam nak datang tapi kena tengok keadaan dulu la kak..hehehe
Mak saya mmg tak ajar kami anak2 makan ikan kolam ke ikan sungai. sesekali makan mmg tekak tak leh masuk..rasa ikan dia lain kan. sbb tak biasa rasa tak sedap. seb baik tak rasa taik kan kak pah. haha
Tringt masa tsunami dulu, mak tak beli ikan. dia kata ikan makan org. heh heh.
nasib baik aku tak minat ikan kolam. he he.
betul la kak. pucuk ubi lg sodap, kan? umbut kelapa ke... jantung pisang ke... haih.. dan2 lapar.
kakpah
eee meroyakan....
tak mau makan ikan kolam...
kak pah pucuk ubi gulai lemak cili api lagi sodop ya!!
saya suker ikan keli kakkk...
alahai..saya anggap jer lah ikan keli tu yg mlayu bela...
kak..kenduri nnt masak gulai kambeng ke?
kak
selera kita sama lah kak..sambal gesek tu saya panggil sambal ketuk kat sini...aruah nenek saya mengajar saya duluuuu lagi...memang sedap sangat....
tang ikan kolam tu..kembang tokak den ni..yelah mana nak tau dalam banyak banyak ikan kolam ni cina punya atau melayu punye....patut lah mengaji tak pas pas...macam2 bende alah dah masuk tanpa kita sedari....
yolah kak tak berbaloi mancing kolm.. udah ler kena bayar peh tuh belum tentu dpt lagik.. dpt lak.. pepaham yolah..
kak makan pucuk ibu buat pecal lagik best kak.. uihh lamo dah tak makan pecal nie..
juliet, tau tak per.
tijah, kolam yang topi jalan bosa tu ko. Yang ado orang mancing bagai tu
PB, kpah dah balas email dah. Datang tau.
ungku, haha. kau botapo lagi yo.
Fazemy, ikan sungai dan ikan sawah ni ada yang sedap. Kecik-kecik dulu kpah rajin pegi cari. Kena gaya masakan dia, sedap. Tapi kalau beli kat pasar tu, alahai... baik tak usah.
tasik, kat melaka ada restoren nangka kan? Mak metua akak cakap. Sebab situ banyak pokok nangka. Nangka pun sodap tapi tak leh makan banyak. Seharian nanti asek terkentut.
sakura, tu feveret akak tu.
acik, haha.. tapi kat pasar tu mana nak tau sapa yang bela.
Cik, kenduri ada kambing untuk kekah. Ado lombu untuk nazar. Mehlah.
ezza, kau pandai masak yo. Kalau dokek akak suruh eza buek rondang minang. Sodappp... tapi akak tak pandai buek.
Kau tak payahlah makan ikan kolam. Makan je lah ikan bilis sambal ketuk tu hehe..
Ina, kau dah lamo tak moraso pucuk ubi yo. Sian e.
aiyarrkk..
sebelom nih dgr2 gussip jer..
saya tak caya..
nih dah baca dr blog kakpah..
wajib la saya percaya..
eieieieie..
tamoh mkn dah laaa.. melainkan yg di jamin ke'halal'an nyer saja..
cth: ikan belaan pak sedaro tijah..
ngahaha!!
aku tak tau dah makan ikan apa dah ni
huhuhu
nasib nasib..
nasib tekak ni mmg takleh terima ikan kolam..
eeeeiiiuuuuwww
Piah, kok teragak nak makan, oder je dari tijah.
kapten, tak dapek den nak nolong e.
kts, sama lah tekak kita. Sama tapi tak serupa.
eeeiii
loyanye tekak...nsib baik saya tak brapa makan ikan2 darat nih...Tapi...kekadang tu cari jugak..
kena fikir 2X nih. Kena tanya kot, ikan tu dari mana
siakap tiga rasa mancongkamm sehhh.. ehehe
sambal gesek kot lotak kundang mudo.. uummaaanngggaaaiii...... kocor...
a'ah yg topi jln bosa luruih tu. yg dulu sebolah tu ado org jua buah nago tu la...kolam tu ketuo kampung punyo tu...talapia eh mmg sodap. tak bau lumpo langsung
aryani, kok tak konfem, takyah beli
yang insaf, meleleh air liur.
kakngah, apasal kau sobut kundang nih. lamo dah tak makan kundang mudo. kan dah kocur liur ha..
Tijah, bulehlah singgah boli talapia.
Post a Comment