Seminggu dua ni ada-ada saja yang aini tunjukkan pada aku.
" Buk, kakyah bagi kain batik dua helai"
" Buk, ema bagi sabun mandi besar"
" Buk, kak maria bagi saya telekung. Cantik"
" Buk kak Ton bagi saya kain untuk dibuat baju"
" Buk, emak Adam bagi saya henbeg. Lihat ni buk. Cantik"
Aku lihat macam-macam juga dia dapat. Malam tadi emak Nabila datang ke rumah. Anda masih ingat si Nabila yang tusyen di rumah aku, yang kukunya panjang itu? Emaknya datang bawa hadiah.
"Ini untuk bibik aini" kata emaknya.
Bila dia balik, aini tunjukkan apa yang dia dapat. Seutas jam tangan.
Pagi tadi jam sepuluh aku ke LCCT menghantar si ani balik ke jakarta. Flightnya jam 1.15. Semasa aku menulis dia sudahpun sampai ke tempat asalnya.
Kelmarin aini memberi khidmat terakhir memijit dan melulur. 3 jam . Di mana akan kucari pengganti untuk memulihkan sakit lenguhku? Siti atau Ros. Bak kata pepatah, tak ada rotan akar pun berguna juga hehe..
Yang ini bibik ros, adik aini. Dia tengah masaklah tu.
Sekian.
19 comments:
abislah kak pah lopeh nie krg ado lak yang berkonan ngan bibik ros hehehehe.. patah tumbuh hilang berganti kak.. lopeh nie dapek gak urut sikit2 kan kak jadik lah..
kak..
bibik aini tu menangis ye..kesian dia kan....
lepas ni payah lah nak dapat bibik indon..udah di beku kan...cari je lah amma bangla kot!!
ramai juga peminat bibik aini,kakpah.kalau orang baik ramailah yang sayang.adik aini tak pandai melulur dan memijit?bolehlah buka spa dan tadika 2 in 1
Sedih pula baca entri kak pah ni, teringat dan kangen bangat sama bekas2 bibik (Bibik Yulita dan Ibu Maisaroh) yang pernah berkhidmat dengan saya dulu..hukhukhuk..
kakpah...acikpun bulih micit aper....upah jer acik...acik mang suka picit2 nih...hihihi...
Kira kakpah mmg beruntung dapat bibik yg rajin-rajin. Siap bleh ber-spa lagi. Ntah-ntah bibik ros tu lagi terer. Try ah... Hehehe.
bagus betul bibik2 k.pah ya...
pas ni bibik dari filipina lah pulak...muslim filipinos... boleh speaking tagalog n english
bibik siam pun pandai urut gak kakpah. hikhik
kena cari tukang urut baru ni
hehehe
ina, dapek ilang ponek cukuplah kan?
ezza, mesia ni terlalu depend sangat kat indon ni. lopeh ni boleh carik yang paatani ko ke, filipina ke. diorang pun ramai muslim. bangla tak ondak lah den ezza oi.
azani, boleh tahan gak ramainya.
zai, kat manalah dorang sekarang ye zai.
acik, ko bukan micit do. mencubit adolah.
insyirah, hehe.. ros pandai masak je syirah.
cikgu, filipina pun bolehlah nanti cuba kalau yang indon dah tak dibagi masuk.
tijah, osah botul jah. nak terai gaklah.
kapten, takper. spa banyak.
Semoga budi baiknya dibalas sewajarnya. Susah nak dapat yang elok-elok macam tu. Aku dulu pun ada bibik yang baik untuk jaga anak sampai umurnya 4 tahun. Lepas tu dia balik bila tamat kontrak. Terasa macam hilang sorang saudara pulak...
mesti bibik aini dok terkenangkan kakpah disini.nasib baik adiknya ada iras2 ye,bulehlah buat mengubat rindu.
ala.. akk train ler c ros tu massage.. lelamo buleh tu..
bestnye aini tu... dapat macam2.. ramai peminat gitu..
.
.
.
.
.
.
.
.
budak2 tak sedih ke dia takde??
susah nk dapat bibik yg bagus2 ni kak....
nizam, bila dah lama dengan kita memanglah rasa macam dah jadi kaum kerabat.
juliet, dia tekenangkan aku ke.. haha taktau le.
kakngah, ado tak ireh-ireh yang kau kobaan marin si ros tu.
kts, lama ko tak datang sini. bertapa kat guning ledang ke ataupun kat batu kep.
Ala.. bebudak pun tanya gak la, bibik mana...bibik mana. lama-lama sok lupa la tu.
tasik, nasib-nasib la tasik oi..
huhuhu, baru plan nak numpang urut2 lenguh2 ni.....
Begitulah kalau orang dah sayang kan? Macam2 buahtangan yang dibawa balik...
Bibik ros tu pun nampak okay je...
Post a Comment