Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, July 11, 2009

BERENANG-RENANG DI TEPIAN KOLAM



Salam.
Imah dan Kirin dah belajar swimming lama dah. Nak kata lama sangat belumlah jugak. Baru dua tiga bulan. Berenang pun belum expert. Seringlah juga mereka berdua ni ajak aku berenang sama. Tapi sebenarnya aku tak pandai berenang. Setakat kelepek kelepuk dalam air sungai belakang rumah mak tua masa aku kecik dulu bolehlah.

Ada sorang blogger ni selalu cerita yang dia suka pergi berenang. Jadi macam satu motivasi jugaklah untuk aku belajar. Umur belakang kira, kan. Sampai tua bangka pun kita masih lagi boleh menuntut ilmu asal jangan ilmu sesat.

Aku acah-acah si acik lupakanje ni supaya ajar aku berenang. Lagipun aku nak sangat berjumpa dengan dia ni. Sebelum sebelum ni dia asek mengelak-ngelak saja. Bila dia kata 'jom' aku pun pergilah buat beberapa persediaan - mestilah beli baju renang. Tak mainlah yang two pieces punya. Sekarang ni baju renang muslimah banyak di pasaran, kan.

Malam tadi janji dengan acik jumpa pukul lapan. Aku cakap dengan acik kita main cari-cari. Takyah cakap pakai baju apa, warna apa bagai. Dan ternyatalah pencarian tu taklah susah sangat. Akhirnya terjadilah pertemuan itu. Acik ni comel orangnya. Mula-mula ingatkan acik ni tak ada hidung ataupun mata dia satu kat belakang kepala, ataupun gigi dah habih luruh. Haha.. yelah, susah sangat nak jumpa dengan orang.

Malam tadi lebih banyak bercakap daripada berenang. Orang baru nak belajar macam aku ni mana boleh terus nak lanyak je kan. Mestilah slow and steady. Itupun sempat juga kaki cramp.
Cakap..cakap.. kelepek..kelepuk.. tak sedar dah pukul sepuluh. Maka kitorang pun balik dan berjanji akan bertemu lagi.

Acik, kakpah dah ketagih beronang ni. Malam ni nak poie lagi. Jom cik. Sambung sesi semalam!!!

Moral of the story, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Aku duduk tepi je. Buat sementara waktu ni lah. Sok dah terer, akak celen kau tijah.....


23 comments:

Nizam.Ariff said...

Dah masuk chapter kuak lentang ke belum?

Ms.Lilies said...

pasni bila kakpah dah pandai pelbagai jenis kuak bolehla ajar saya pulak ye.... ;)

KTS said...

mmg sah berenang2 DI tepian... bukan KE tepian..

hihihi..

berapa lama nak pandai berenang kak pah?? errr... klu bercakap lg panjang drpd berenang, kompem lama masanya..

hihihi

umi_e said...

saya belajar berenang masa di sekolah - sampai sekolah menengah TAPI tak pandai2 juga...

basikal pun camtu juga - dah terkopak lutut, betis dan peha TAPI sampai sekarang tak boleh tunggang basikal...

* apalah masalah saya agaknya ya...

Tijah said...

nak celen apo eh kakpah. sey mmg tak roti beronang pun. takat berdiri ontok2 dlm kolam tu buleh la. kehkehkehhhh....

secangkir madu merah said...

kak pah, ku berenang kuak lentang diatas katil jer..hu.hu..hu..

aza ni said...

saya nak berenang, tapi masalahnya asal terjun kolam, timbul,asal terjun kolam timbul,hi hi hi..

lupekanje said...

Ooooooooooo..ngato acik tk do idun...tkdo mato yoo..

senornyer acik takut nk jumpo blogger... iyoolahh..sapo lah acik ni ha...hanyo molukut topi gantang..
org tuo tk sedar diri...
umah kato poi...
kubur kato mari..
mekel jeksen dah poie..
acik tah bilo laiie..
lidah acik tk ramah nk bebicaro
apo lagi nk menyusun kato..
becakap ikut suko yo..
mahapla kok kakPah banyak kali teraso..
kita jumpo lagi sok luso..
kok ado lagi usio..
kat mano laiee...kat tompek biaso

ASH said...

dearest acik,
(kakpah..kasi laluan)
kakpah suruh aku JOING sekali..aku pun nak gi shopping kat Parkson, kajang..Two pieces memang banyak..pelbagai warna lagi! Tapi takut semua kat kolam tu lari pula MENGEJOR akuuu dan adegan untuk berenang renang ini tergendala maka aku pun kena cari BUSANA renang juga laaa..!!

Buleh tak JOING?..kut tak boleh, aku berendam dalam kolah je laaaa..jadi hippo.

ASH said...

BTW..
kakpah mengIKLANnya kepada aku di mesorat AULAD!

lepas ni kita leh pegi cari CANOE pula..aku suka canoing!!

DaliaLiyana said...

dalia kalau berenang kak pah...KONFEM TENGGELAM..hehhe..tak reti..tp floating boleh..pelik la...nnt ajar dalia ek??? mekacih.....

iina said...

ronang2 ditepian.. sok2 leh nyelam ditengah-tengah.. teruskan usaha kak.. hehhehe.. ;)

lupekanje said...

kpah...tunpan lalu..

ashley...yeahhh..silerkan...join kpah n company...u r alwez welkam..2 pieces?? oh tidakkkk....acik pensan dlm ayo tu nnt....wakakaka..

lupekanje said...

ashley lagi..
canoe??? acik suka gaks...tingin weii...ajau la acik...
sik nengok yanie bkayak je..pehtu dia sik kalah je...susah ekk?? heheh..
ok..tq kpah, bgi laluan dugong.

chekdenoor said...

Salam,

chekdee ni kalau masuk dalam air....air bergerak jer pun boleh buatkan chekdee mabok.....ukhusss..... susah jugakan kalau balance tak betul.....naik tempat tinggi pun boleh mabok.....

ibundo said...

nizam, baru chapter kelepak kelepuk

lilies, boleh. no problemo. (senyum simpul)

kts, di tepian senang nak pegang dinding kehkeh.. berenang dua tiga tapak, berenti. tiga empat tapak, berenti ( hik..hik.. tapak memang kat lantai kolam)

umie, sekarang ni pakai kereta. tak pandai naik basikal pun takpe. Umi tak pandai berenang tapi umi pandai masak.

tijah, acik cakap mehlah datang kek precint 9 ni. Lopeh tu pekono roti canai.

CMM, haha.. yang tu tak payah belajar

Azani, kau tu banyak angin dalam badan kahkah..

acik, pandailah kau nak morondah diri. tak baik tau..hehe..
hidup mosti diteruskan cik walaupun tak tau untuk borapo lamo lagi.
jom cik, koling koling lagi bilo nak poi. Humang ai ponek e bangun tido pagi ni...

ibundo said...

ashley, jom. kau pegi carik baju renang dulu. kalau konfem nak, aku bagi non telepon orang yang jual tu. senang nak ingat sebab nama dia tipah gak. duduk kat 3/4 nun depan sekolah rendah jln 3. Satu set 130 hengget. aku dapat 130. Jom ar, next week nak pegi lagi.

canoe? wuih.. aku gayat lah..

acik, ni nak kono jawab ko tak yah, hehe.. btw kalau acik nak poi canoing, acik poi yo lah mo ashley tu. tak koso den.

chekdee.. nak selesaikan masalah tu, kena masuk dalam masalah tu hehe..

dalia, belum cuba camno nak konfem haha..

Yunus Badawi said...

Baca n3 menjadikan aku teringin nak berenang atau main air yg sebenarnya. Kat sekolah menengah aku dulu ada kolam renang tapi aku sampai habis belajar kat situ tak pandai berenang huhuhu

Ezza Aziz said...

kak pah, orang macam saya ni buleh tak boronang,,,,saya nengok hyppo tu pandai jer....

tumpang lalu acik....
ado ko size baju mandi untuk akak ni..hihihi..atau kena mandi pakai kain jo...hehehe

ibundo said...

YB, Jom ajak si adam tu belajar berenang

Ezza, kpah tengok kek situ ada macam-macam saiz orangnya. eza nak masuk no problemo. Saiz baju mostilah ado....kehkeh..

Hjh Noralenna Abbas said...

Pah,
Seronojnya pandai berenang, ada ang pula tu.S aya suka tapi takut dan malu pakai baju renang walaupun fesyen Muslimah. BUdak-budak kat rumah ni semua pandai berenang.

Kapten Luffy said...

baru belajar ghupernye

berenang pun baik... sebab ia senaman melibatkan seluruh anggota

ibundo said...

Nora, memang tak pandai berenang. tapi sekarang ni dah bolehlah sikit-sikit. kolam tempat kakpah berenang ni cuma untuk perempuan je. So, takde malu sangatlah.

kapten, memang penat aku dibuatnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...