Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, July 3, 2009

PAHALA SEORANG PEREMPUAN

KELEBIHAN WANITA



Sebagai renungan bersama pada hari jumaat ini, mari kita berkongsi maklumat yang aku dapat dari pakcik google. Perempuan ni nak dapat pahala, senang. Kita saja yang selalu lupa.


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT




16 comments:

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Pah,

Terima kasih atas tazkirah pagi ni.Insyaallah, sama-samalah kita renung dan ambil pengajarannya.

Insyirah said...

Oleh itu, betapa bertuah dan bahagianya kita menjadi seorang WANITA. Syukur alhamdulilah dgn segala kelebihan yg ALLAH bagi kepada manusia yg bernama WANITA.

Thanks for sharing :)

Mak Su said...

tinggal bersama anak-anak? ouh ouh ??, iyo koh?

anak2 pempuan den ada 4 orang...huhuhu, jenuh

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak pah,

Bertuah nya kita di lahir kan sebagai wanita muslim. Cuma kadang2 kita terlupa .....
Thanks for sharing....sama pulak tu...hahaha

AZANI said...

terasa kecil amat aku di sisi wanita......

Kak Nora said...

Kak Pah,
Thanks for sharing. Renungan dan peringatan.

lupekanje said...

untungnya jadik pompuan kan kak pah...
untungnya jadik isteri...err...
untungnya jadik ibu... ok.. ni acik blh kutip keuntungan...
hehhe
thanks untuk tazkirah ini... lap u kpah..

tasikmerah said...

tapi yang paling ramai dlm neraka juga wanita ye kak...

ku tak sempurna said...

alhamdulillah..

untung aku ni lahir sebagai seorang perempuan.. mudah nak kutip pahala...

errr... tapi perempuan gak yg ramai dalam neraka nanti, kan??

secangkir madu merah said...

alhamdulillah aku dilahirkan sebagai seorang wanita. banyak betul keuntungannya tapi sedar ke kita kaum wanita yang mudah mendapat pahala dalam kehidupan seharian dan paling banyak wanita juga menjadi isi neraka, subhanAllah..

xiiinam said...

Assalamualaikum kak....


cklah baru bernafas semula ni...

kakpah said...

yan, bolehlah kita abil pengajaran aripadnya.

insyirah, wanita beruntung kerana banyak kelebihan. Terpulang kepada kita utuk mengambil peluang itu.

maksu, minggu bergilir-gilir. sanggup tinggalkan ayam dan kambing? wakaka..

ezza, yang terlupa tu kita tolong ingatkan

azani, bagilah peluang kat kami orang perempuan ni. sapa yang lahiran ko? permpuan kan hehe..

Nora, peringatan untuk kita semua.

acik, yang nombor dua tu...masih bolum tolambek haha..

tasik, kts, neraka ramai perempuan sebab perempuan ramai yang tidak ambil peluang yang diberi semasa berada di dunia.

secangkir mmm, ramai yang tidak sedar akan peluang ini. Janganlah kita termasuk di dalamnya.

cklah, selamat kembali. Lama betul cklah cuti. mengeram ke hehe..

Nizam.Ariff said...

...membuatkan aku bertambah menghargai ibu dan isteri aku.

DaliaLiyana said...

syukran kak pah....arini byk tul dalia dpt tazkirah...biasela..manusia tu kan mudah lupa...nasib ade kwn2 nakingt mengingati..amin..

Nong said...

Salam, semoga kita dikalangan wanita2 yg solehah...

kakpah said...

nizam, baguslah cam tu

dalia, kita ingat mengingati

Nong, belum sempat nak dengar cerita nong selepas balik dari bercuti ni. Sehat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...