Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, September 17, 2009

SILAT GAYUNG KE.. SILAT KUNTAU..

Semalam menu masakan kampung. Aku ke pasar Bandar Baru Bangi mencari pucuk ubi. Aku lihat pasar lengang, tidak seperti di hujung minggu.

Di tempat menjual daging aku lihat ada daging lembu tergantung. Penjualnya relek-relek saja. Aku bermonolog. Nak beli tak. Kalau beli boleh simpan dalam freezer. Kalau beli Jumaat pasti kena beratur panjang dan tak pasti lagi ada daging ke tak. Setelah menilai pro dan kon, aku beli tiga kilo.

Sebenarnya aku ada sedikit seriau tang beli daging lembu ni. Apatah lagi yang dijual di tepi-tepi jalan. Haritu semasa aku balik kampung, aku sempat singgah di rumah angah Jorah. Dia ni salah seorang orang kampung aku yang banyak membela kambing dan lembu.

Bila aku lihat di rumahnya sunyi saja daripada suara mbekkkk... dan moooo... aku tanya mana perginya kambing dan lembunya yang banyak-banyak dulu. Dia jawab dah habis dicuri kat orang. So, korang pahamlah kan kenapa aku risau sungguh beli daging lembu ni terutama yang di tepi jalan tu. Kalau nak beli, kena lihat rupa orang yang menjual tu boleh dipercayai ke tak. Kalau yang pakai kopiah tu, kira sejuk jugalah hati. Jangan pilih yang rupa serabai, bertindik sana sini, yang pakai rantai leher atau apa saja lah yang menimbulkan syak wasangka. Kita cuma nak berhati-hati kan.




Kemudian aku pandang pula tempat menjual santan. Ni kalau Jumaat mesti kena berbaris juga sampai satu kilometer. Baris satu hal. Menunggu satu hal lagi. Beli je lah. Aku beli santan 5 kilo. Simpan beku dalam freezer. Nanti bila nak pakai baru keluarkan.

Alang kepalang aku beli terus serai, lengkuas, halia, kerisik, bawang, kacang tanah dan udang kering. Niat nak beli pucuk ubi sahaja sudah bertukar menjadi membeli belah untuk persiapan memasak pagi sebelum raya.

Daun ketupat dah di jual juga. Tapi tak beli sebab nanti daun tu kecut. Jumaat baru beli. Ayam beli Jumaat juga. Sayur untuk buat lodeh beli Jumaat juga.

Jumaat.
Siti balik Banyuwangi sebab cuti seminggu. Tinggal Ros sorang.
Pergi pasar beli ayam, daun kelapa dan sayur. Dah tak banyak lagi nak beli.
Anyam ketupat.

Sabtu.
Rebus ketupat.
Buat rendang.
Buat kari. Keluarga aku suka makan ketupat dengan kari ayam.
Buat kuah kacang.
Buat sambal.
Buat kek. Aku nak buat kek carrot. Anak nak buat kek coklat.
Rasanya nak buat puding jugak.

Kuah lodeh bila nak buat? Pagi raya selepas subuh. (Alahai.. apasallah hari raya ni kau nak balik siti. Selalu pagi raya kan kau yang buat kuah lodeh ni)


Bila tengok lis ni, alamak... banyaknya benda yang aku nak buat. Nasib baik ada Ros dan anak-anak aku yang dah berjanji nak turun padang. Jangan korang mungkir janji dah. Kono sosah nanti.

(Time macam ni lah aku teringatkan bibik Aini yang pandai mengurut dan yang dah balik indon tu)

SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT BERSILAT DI DAPUR. KAUM BAPA JANGAN LUPA TOLONG ISTERI H'A......


15 comments:

Insyirah said...

Kalau saya tumpang beraya kat mana-mana, saya pun kena bersilat juga di dapur. Dari pagi sampai ke malam. Bila nak tido malam, fuhhh...collapse terus. Hehehe.

julietchun said...

Bersilat ramai2 seronok,heheheh. banyaknya menu, penuh meja. belum masuk kuih raya yg ros buat lagi,hahahaha.

Kak Nora said...

Silat dan karate sekali Pah....Saya pun kena turun padang, bukan jadi chief cooknya tapi tukang sibuk di dapur. Wah meriah main table Pah pagi raya tu, tumpang lalu boleh?

kakngah said...

kak.. kek pasar blkg ofs sy ni.. daun kelapo solai sepusen. kono boli toghuish supluh hengget. xbuleh boli solai2 lak tu.. sy koba kek ofsmate sy.. kok nk free.. meh amik ke kmpung sy..

las2 eh.. boli tak pucuk ubi??

Ms.Lilies said...

wuhuuu...sedap2 tu kak menu..
kok den dtg sok ado laei x?

Mak Su said...

woh! sibuk sungguh tu

selamat berkuntau :)

mamarempit said...

Salam lebaran Kak Pah...

besilat ek Kak pah...jgn tk silat....

setaun 2 x je pon...bukan hari2...tp yg sbulan ni....jenoh le...nk besilat bila kekawan nk dtg kan??? bukan takat pagi rayo yo....huwaaaaaa

AZANI said...

selamat hari raya kakpah...maaf zahir bathin...kalau ada rezeki...kita bersuamuka...InsyaAllah...

iina said...

Yo kak.. den setuju tuh bior kaum ayah pun tolong gak isteri.. Jgn duk goyang kaki order menu.. pakwe den suko nar buek camtu.. dengan ayat standard dio..'raya nie masak rendang ayam & daging.. kuah kacang.. lodeh.. nasi impit.. bla2'

Sesuka ati dio yo order hehehe.. Den nak kerah dio vakum kapet.. lap tingkap.. susun meja kusi.. buat air wakakakah..

kakpah said...

syirah, waa.. tak leh bayangkan penatnya.

juliet, bersilat ramai2 mesti mulut pun bersilat jugak keh..keh..

kaknora, bukan stakat tumpang lalu, tumpang duduk pun boleh. meh lah..

kakngah. pucuk ubi boli. masak mo ikan masin. pergh.. kek sini pun daun ketupek mahal cam tu yo. Kek banda ni takdo yang free e doh.

lilies, kok kau datang sominggu lopeh rayo, tingga periuk je.

maksu, bungo2 silat dah nak masuk ni..

azani, selamat hariraya. Sama-sama lah kita ek.

Ina, memang. Kan main lai oder itu ini. dio goyang kaki. tapi akak dah cakap mo atuk. poi cari lomang kek langat nun. hanta uwan poi pasar. anyam kotupek. hehe..

xiiinam said...

Sebelum bersilat....pasang dulu muzik latarnya kak Pah.....gong...gendang...ada cak lempung lagi rancak...



Samalah kita ya kakPah...

Semoga bertemu Ramadhan akan datang...


EID MUBARAK!!!
Selamaaaatttt semuanya

tasikmerah said...

selamat hari raya kak. maaf zahir batin.

kakpah said...

cklah, kakpah tengah besilat ni. ada musik latar....hehe..
selamat hari raya cklah

tasik
selamat hari raya

sonata anak kancil said...

salam ,selamat hari raya - maaf zahir & batin ...

selamat bersilat kat dapur...macam sama aje kita kakpah....hari sabtu seme nak masak...pagi raya ,anak nak lodeh jugak!!!sib baik ketupat saya dah siap order...petang esok dah dapat lah!!!sonang kojo den...

mari kita mula masak....

chekdenoor said...

Salam,

Selamat hari raya dan maaf jika ada bahasa chekdee yang menyinggong perasaan. Semuga di hari yang mulia ini, kita semua akan bergembira dan happy disamping keluarga tercinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...