Kaki melangkah menyusur sisi masjid Nabawi menuju ke kubah hijau. Azan pertama sudah beberapa minit berkumandang. Baju tebal yang menyaluti tubuh masih dapat diterobosi dingin pagi yang menggigit hingga ke tulang hitam. Sesekali angin bertiup menampar-nampar muka. Walaupun ditutupi topeng hingga ke bawah mata, tamparan angin jelas terasa.
Kami menghampiri pintu ke Raudhah. Luas lebar terbuka tetapi kakiku terhalang masuk. Bukan masanya. Bukan waktunya. Cuma kaum adam sahaja yang dapat meloloskan diri melalui pintu itu pada waktu sebelum subuh. Aku berdiri terpacak di luar, menghadap ke makam Rasulullah. Dengan mata berkaca-kaca aku mengucapkan salam terakhir kepadanya. Semuga aku dijemput lagi.
Selesai, aku ke tempat solat wanita menunaikan subuh terakhir aku di Madinah. Alhamdulillah, aku dapat melaksanakan solat 41 waktu di masjid Nabi.
Usai solat kami bergegas bersarapan dan kemudian ke bilik untuk menyiapkan diri. Bagasi sudah dikeluarkan malam sebelumnya dan sudah diuruskan. Urusan checkin di airport Madinah juga dibuat oleh pihak pekej. Kami cuma menguruskan diri sendiri.
Lebih kurang jam tujuh kami menaiki bas dan berlepas menuju ke lapangan terbang setelah semua jemaah berada di dalam bas. Maka bermulalah perjalanan pulang yang panjang.
Jarum pendek jam menjangkau ke angka sebelas. Yang menunggu sudah mula resah. Dari ruang menunggu kami dapat melihat Boeing 747-300 itu dengan jelas. Pintu engin masih luas terbuka. Dan waktu terus berlalu melepasi waktu berlepas kami.
11.30 pagi flight. ETA 12.30 pagi waktu Malaysia. Gedebak gedebuk agak-agak pukul 2 pagi baru boleh keluar. Aku sms Farah semasa memasuki dewan berlepas.
Ni dah delay ni. Kena bagitau budak-budak balik.
Flight delay. Tak tau pukul berapa naik. Mungkin pukul tiga. Nanti call klia. Confirmkan jam berapa SV5006 sampai. Aku menekan punat-punat di henfon.
Kakitangan tabung haji yang bertugas di situ memberitahu kapalterbang mengalami kerosakan yang perlu dibaiki. Aku yang sememangnya ada phobia naik pesawat berasa tidak sedap hati. Hati tetap berdoa supaya ditukar saja dengan pesawat yang lain.
Semasa menikmati hidangan makanan yang diedarkan pihak airline, aku lihat kabus menebal di luar. Rupa-rupanya hujan turun tanpa aku sedari. Dan hujan terus turun untuk beberapa jam berikutnya, diikuti kilat sekala sekala yang menyambar di kaki langit.
Detik berlalu terlalu lambat. Kaki mula terasa kejang. Badan yang memang sedia lesu dengan selsesma terasa sakit di sana sini. Kedengaran batuk berkokol-kokol di kiri kanan dan sesekali disertai bunyi kahak yang diludahkan ke dalam tong sampah.
Pengumumam!! Pesawat kita ditukar dengan pesawat yang mendarat tadi. Tapi kena tunggu beberapa jam lagi. Pesawat tak boleh refuel sebab hujan dan kilat. Harap sabar menunggu, kata kakitangan tabung haji.
Aku menekan punat-punat di henfon lagi.
Tunggu lagi.
Lama.
Penat.
Sedap ni kalau dapat katil.
Charkuetiau pasar malam.
Pekena sup ani utara semangkuk okay juga.
Tekak macam nak makan aiskrim pula. Jangan mengada. Tekak tu gatal batuk.
Faris dah tumbuh gigi dua batang.
Pmr keluar besok.
Akhirnya pessawat berlepas pukul 7.45 malam. Cukup 12 jam dari waktu bas aku mula meluncur keluar dari hotel. Dan tiba di klia pada jam 8.45 pagi waktu tempatan. Aku memanjatkan syukur kerana selamat sampai.
Hingga saat ini, sisa-sisa penat, lesu, demam masih berbaki.
21 comments:
salam mak aji...
rehat lah sepenuh nya di rumah...kan sedap bergolek di katil sendiri...tapi saya pasti kerinduan terhadap tanah suci pasti tebal...
Selamat Pulang Kak Pah dan Dr
selamat kembali kak...
miss u.
:)
salam kak pah ,
selamat kembali ke tanah air..
lama benar rasanya menanti kepulangan kak pah..
berehat ler dulu
Salam hajah,
Selamat sampai ke tanah air. Home Sweet Home. Kami di sini, di sini juga.
Alhamdulillah....
Selamat sampai...
Nak peluk kakPahhhhhhhhhhhhh!!!
Lega..
Alhamdulillah...selamat pulang dah ha hihihi...
Pn Hjh - Alhamdullilah , selamat kembali ke tanah air...
Salam Hajah Kakpah....
Syukur dan tahniah....Selamat kembali ke Malaysia...Mudahan2 demam dh pun sembuh,rehat le dulu ye...rindu ngn kakpah....
alhamdulillah
selamat kembali ke tanah air
alhamdulillah selamat sampai ketanah air...
peluk cium dari aku...
terasa air zam zam di tekak apabila membaca N3 kakpah kali ni... alhamdulillah...
Salam dan selamat pulang buat k.pah dan ustaz. Syukur ke hadrat Allah swt akhirnya bertemu kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Pasti juga tercapai sudah hajat mendapatkan haji yg mabrur, insyaallah. Semoga cepat sihat. Sekolah dah nak dibuka tentu banyak lagi urusan yg menunggu.
assalammualaikum mak aji...
alhamdulillah selamat sampai
selamat berehat, kak pah
alhamdulillah.. slmt blk dh...
osah gindu eh kek kakpah..
sehat ko???
ezza, salam kembali. dah beransur sehat ni.
tasek, ha.. lama tak ngacau kau.
ummi, dah sempat pergi kenduri kawin dah .. Tkasih ummi sebab haritu bagi ucapan menyambut tahun baru. tak dan nak balas.
cklahhh... peluk daku dalam mimpimu hehe..
Nora, sampai-sampai rumah terus peluk tiang sebab rindu kat rumah hehe..
lilies, selamat alhamdulillah
sonata, tenkiu. air zamzam dan tamar banyak lagi nih. mehlah...
deeja, rindu tak nyakat kau .
cikgu, tenkiu
smm, kelana jaya ngan bandar baru bangi ni dekat je. mari le..
yati s, mata aku dah bepinau ngenangkan benda-benda yang menanti untuk diuruskan nih....
cikgu kl, terima kasih. dah berehat dan beransur pulih.
kakngah, bocakap songau lai h'a.. idung ponoh kek selemo.
Alhamdulillah....
Rajin juga kak hajjah update blog, ya... terima kasih kerana kongsi pengalaman di sini. Rasa terharu bila baca kisah kak hajjah ni..
Banyakkan minum air suam tu.. perubahan cuaca lagi, tentu ambil masa untuk sembuh. Banyakkan rehat, ya... :)
salam hajjah,
selamat kembali.
tie, semasa di sana, anak yang updatekan.
dah beransur pulih ni.
azani, salam.
Salam Kak Pah
Alhamdullilah selamat sampai akak dari mekah.. rindu lah ngan akak lamo dah nie ;) Rehat2lah kak.. nak berblog krg byk maso laei ;).. tetibo tingin nak mkn mee kari kak pah lah ;)
ina, mee kari..lum masuk dapur lagi...
Post a Comment