Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, January 15, 2010

AKTIVITI , MAIN KEJAR KEJAR

Bila aku masuk gate tadika pagi tadi guru semua dah sampai. Ada yang menegur melihat aku menyandang beg besar.

Apa isi dalam beg tu kakpah

Banyak. Antaranya D60 aku. Sebelum loceng pagi berbunyi, aku kejar bebudak keliling tadika dengan D60 di tangan. Sejak baik demam, belum sempat nak main kejar-kejar dengan mereka.









Kemudian ada pula parents kelas Khuldi bawa satu bakul jajan. Anaknya Naiim birthday harini. Hmm.. Snap snap lagi.


Birthday boy:






And what did I do with my kids in class jannatul Naiim?

Harini untuk subjek sains, aku ajar deria sentuh. Aku sediakan beberapa contoh permukaan yang licin, kasar halus, kasar besar, berjalur, kesat untuk disentuh oleh anak-anak. Lihatlah betapa seronoknya anak-anak ini meraba-raba permukaan yang berlainan texture itu.


Kemudian masa untuk menampal contoh ke atas kertas untuk simpanan scrapbook.




Semalam untuk subjek matematik, aku memberi anak-anak seutas tali dan sepuluh biji manik. Kemahiran yang ingin dicapai ialah koordinasi mata tangan, membilang one to ten dan mencucuk biji manik mengikut jumlah yang aku sebut.





Seronok kan? Err.. Diorang ni tak belajar ke. La.. tu belajarlah tu. Masa anak-anak ni buat aktiviti menulis, aku tak ambil gambar. Tu perkara biasa kan..

Okay, ni ada satu



Sekian.

Kakpah

19 comments:

Mak Su said...

syoknyer belajar cenggitu, rasa nak masuk tadika balik :)

Hjh Noralenna Abbas said...

An interesting experience to share.

indahhouse said...

Salam kak Pah,
Bagus aktiviti tu,kak Pah. belajar sambil bermain. budak2 suka.

indahhouse said...

D60 tu apa,kak?

kakngah said...

posing lentok maut tu..
thn lps pun ada sorg yg posing cenggitu kn???

fazemy said...

D60 tu kamera canggih kan. Wahh patut gmbr cantik2. Dasyat arr kak pah ni.

Tgk bdk2 ni tringt masa tadika dulu. Selalu kena buli ngn kwn. jahat!

aNIe said...

Kak Pah...masa dulu takde sekolah tadika...mesti anak2 seronok belajar macam2 di sekolah...kita dulu masa umur camni main tanah...main sembunyit2...main sawah...tak ingat pi sekolah

iina said...

ok kak.. tau dah den.. memang tau wakakakah.. bermain tuh belajar gak kan ;)

ibundo said...

maksu, nak masuk aulad? boleh tolong ngaja budak kehkeh..

nora, tenkiu

nur, haah.. budak2 tak boring. D60 tu kamera nikon kpah.

kakngah, tiap2 tahun ada je yang posing lentok..

ibundo said...

emy, kau yang membuli ke kena buli hehe

anie, tapi kakpah umur lima tahun dah masuk sekolah..........sebab abah guru besar.

ina, akak tau la kau tau haha..

aza ni said...

salam hajjah
bila dengan kamera,,,kadang saya snap...semua yang melintas terakam..konon nya candid, tapi jarang candid manusia...

ckLah @xiiinam said...

...geramnya budak-budak tu!!!


kakPah, boleh ke saya kerja dengan kakPah lepas ni..?


Mesti lunyai budak-budak tu makcikLah gomol!

ASH said...

Kakpah,
tengok background blog kakpah yang baru ni..
MACAM SIMBOLIK sungguh la..
DALAM MAKNAnya!!
wakakkakaka

Tie said...

Err.... kakpah...

Had umor untuk masuk tadika kakpah ni berapa, ekk ?

Boleh terima tak umur 43 tahun ??

Tetiba rasa nak jadi anak murid kakpah laa.... ekekeke........

ibundo said...

azani, ambil gambar ni tengok2 angin. kadang2 menjadi, kadang2 tak. kpah minat nak pergi kursus fotografi.

cklah, boleh..boleh.. bila boleh start? hehe.

ashley, sungguh la mendalam. aku skang ni kena meloncat sana sini tak ubah macam tu lah haha..

tie, er..er.. er.. tak dapek den nak jawab wakaka.

tasekM said...

aku setuju. itu belajar la tu kan...

:)

ibundo said...

Tasek. Haah..

Unknown said...

salam kak pah ...
seronok bermain dgn anak2 tu kan .. nostalgia ummi dulu dgn anak2 thn satu dan dua ...

KTS said...

semalam lalu kat dpn aulad perdana... igt nak singgah... tapi sunyi sepi je... ponteng sekolah ehh....

err... lupa... smlm hr ahad..

hikhikhik..


pinjam D60......... bestnyaaaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...