Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, January 26, 2010

MODESSty

Ini cerita perangai orang perempuan. Bukan semua orang perempuan. Sebahagian saja.

Semasa perhimpunan setiap Isnin, HM selalu berleter. Memang patut pun kena leter kerana ada budak-budak yang tak reti guna tandas. Lubang tandas tu gunanya untuk apa, mereka tak tahu.

Bukannya tidak ada disediakan keratan suratkhabar. Ada. Ada yang bertugas setiap hari untuk mencari suratkhabar, memotongnya dan menyangkutkan keratan itu di tempat yang disediakan di bilik air. Tapi tak digunakan juga. Mereka ni lebih suka gumpal-gumpal benda alah tu dan sumbat dalam mangkuk jamban. Lama-lama bila dah banyak, maka tersumbatlah lubang itu. Orang lain nak guna tak boleh. Memang patutpun kena leter.

Ini adalah cerita aku semasa di asrama puluh tahun dulu.


Tapi cerita ini macam tidak berkesudahan. Perangai ini seolah-olah berterusan turun temurun. Dan masanya pula aku yang berleter. Bukan berleterkan anak-anak tetapi berleterkan pekerja yang tinggal di premis tadika/taska. Bukan semua pekerja. Segelintir sahaja. Tetapi segelintir inilah yang menyebabkan aku terpaksa mengeluarkan ongkos membayar upah tukang memecahkan jamban kerana dalam jamban itu ada benda yang disumbatkan selain daripada yang sepatutnya.


Kadang-kadang aku juga geli geleman bila memasuki tandas awam. Kerana di tepi-tepi sudut tandas itu bergelimpangan bahan buangan yang merah dan berlendir. Apakah ini juga perlu diajar?

Sekian leteran kakpah pagi ni. Khas untuk perempuan. Khas untuk perempuan yang berperangai seperti ini.

kakpah

16 comments:

Yunus Badawi said...

Saya lelaki tapi saya nak komen boleh kan kakpah?

Masa saya kerja dgn sykt kulit kerang dulu, tandas di stesen minyak pun ada mcm2 masalah spt ini. Mcm2 benda tersumbat dlm lubang tandas. Ada sekali tu di Melaka, kontraktor jumpa karot menyumbat lubang tandas!

Sekian.

Kaklong @ Izan said...

Sampai sekarang kesedaran ttg menjaga benda alah tu takde dlm diri org perempuan...dari zaman sekolah sampai dah keluar masih simpan tabiat yang sama...
Tak kan lah isu mcmni sampai nak kn buat kempen baru nak sedar...
Tabiat yng sungguh memalukan sebahagian kaum wanita lain yg benar2 menjaga kesucian dan kebersihannya...

kakngah said...

pdhal.. tandas2 awm skrg pun dh disediakan tong sanitary tu. bkn ssh pn... pijak, buang.

Azita Zain said...

memang susah nak mengubah minda mereka2 tu. mmg memalukan. sendiri pakai, sendiri buanglah kat tempat yg sepatutnya...

Hjh Noralenna Abbas said...

"First class but third world mind" itulah dia yang segelintir dalam cerita hajah.

Unknown said...

salam kak pah..hemmmm kat sekolah ira baru-baru ni pun ada budak baru masuk buang benda tu merata-rata..tak basuh pulak tu..pasal dia..satu asrama kena denda sebab tak ada yang mengaku..akhirnya dia mengaku jugak..tapi kan lepas tu dia buat selamba ajer..tak ada rasa menyesal ker...salah saper..takkanlah ibu/kakak ajar cara nak basuh dan buang benda tu..nak masuk contest..tgh cari idea ni..

Unknown said...

assalamualaikum kak pah.
pengalaman yang sama juga kakchik lalaui masa belajar di sek asrama dulu.
walaupun setiap tandas disediakan tong sanitary tapi tetap juga dibuang ke dalam lubang tandas ataupun di atas penutup tong.
sekarang ni kakchik sambung belajar lagi tapi mentaliti golongan terpelajar yang sudah berusia lebih 30an pun masih sama, masalah yang sama tetap berulang.
hak sendiri tak pandai nak jaga, macamana nak didik anak2.

Kak Lia said...

dari dulu smpi skang ni tk abeh2 masalah ni...agaknye dewang ni tk diajar oleh ibu memasing2..bagaimana nk "melupuskan" benda tu....susah le...

julietchun said...

kat tandas masjid pon sama.

ASH said...

Aku ada ramai anak perempuan dan 4 darinya dah baligh...so far alhamdulillah..
JAMBAN rumah aku tak pernah tersumbat lagi.. Kalau TERJADI menda macam ni, siap NAHAS dengan mak depa!

Mungkin yang dok buang dalam toilet tu tak tau sistem perbentungan macam mana..TAK DAK KNOWLEDGE BAB BAB pembentungan nih!!
HAIHHHH!!!

aNIe said...

Memang pun...kadang2 kita nak gunakan tandas awam kena fikir 2-3 kali...kembang tekak dibuatnya...

Ntahlah orang2 ni kan kak pah...kalau kat rumah masing2 pandai pulak nak tandas bersih...tapi kalau tandas awam diorang buat sesuka hati...

aza ni said...

salm hajjah
oops...dah terbaca entri,
komen...agaknya deme tak dengar cerita makhluk asing yang suka jilat 'strawberry' tu .rumah dia pun dalam tandas

ibundo said...

yb, erkk.. teringat satu cerita bila ko cakap pasal carrot.

kaklong, tu yang heran tu. takkan dari kecik tak belajar macamana nak uruskan benda tu.

kakngah, tong sampah tu pun kadang2 melempah2 gak. Yang jaga utk cuci tandas tu ntak apa dibuatnya.

azita, kena ada kempen kesedaran

iina said...

mmm agaknya pelekat tuala itu dah tak kuat kot hehehehe tuh yg jatuh tanpa disedari.. hehhehe

Yelah kak kan.. sepjg den duk sini kan belum penah gik den jumpa tandas sumbat.. ke kes nie jadik kat mesia jek??

ibundo said...

nora, haah.. betul tu.

ina, perkara ni asalnya dari rumah gak. kalau tak diajar macamana nak uruskan dari mula lagi, akan terbawak2lah sampai dah godang.

kakcik, wskmslam. macamana ek nak bagi orang sedar. Sekarang ni kempen tak nak guna plastik tapi kempen macamana nak buang sanitary pad ni tak de ke hehe..

mamarempit, hmm tak diajarlah tu. ataupun di ajar tapi tak makan ajar ngehngeh..

juliet, apakehallah dorang buang kat masjid. dah sah2 tak boleh semayang gi masjid buat apa.

ashley, senang cakap.. dorang ni bengap..

anie, tu lah yang susahnya. susah nak cakap. susah nak bagi dorang paham.

azani, kakpah pun tak tau cerita tu hehe..

ibundo said...

iina, yelah ina. pad tu pelekat dia dah tak kuat sekarang ni. selalu jatuh yo wakaka... bijaklah ko punyo pondapat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...