Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, February 3, 2010

Orang Yang Mendengar

Orang nak bercerita. Kita dengar je lah. Kita angguk-angguk. Sesekali menyampuk cakap, ye ke?

Sebenarnya malas nak dengar banyak-banyak tapi punggung dan kaki macam kena paku untuk bangun dan melangkah pergi. Nak tak nak, mahu tak mahu, dengar jelah melalui telinga kiri dan keluarkan ikut telinga kanan dengan harapan tidak ada serpihan yang tinggal dalam kepala otak yang memang dah berserabut.

Dan si pengadu terus beriya-iya meluahkan aduannya yang tidak kuasa pula aku catat hitam putihnya.

Nak percaya?
Tak usah percaya setiap aduan. Kena tapis. Kena tanya dan siasat pihak sebelah sana. Kita akan dapat versi yang berbeza tetapi tidak semestinya yang sebelah sana juga benar. Kenalah siasat betul dan jangan main belasah je percaya apa orang cakap. Memang susah jadi orang yang terpaksa mendengar.

kakpah

9 comments:

kayteeze said...

Ye la kakpah. Kekadang rasa panas telinga bila terpaksa mendengar, benda-benda yang negatif terutama dari orang yang sepatutnya kita hormati. Susah gak.

lupekanje said...

dengar je lah...jgn mnyeblhi memana pihak.

iina said...

yolah kak nk buek camno donga yolah.. pastu angguk2 cam concentrate walhal fikir mende lain hehehe ;)

azlina said...

salam kak pah...
mendegar..dan menimbang balik baik buruknya...tapi bila kepala kita sendiri berserabut..terpaksa lah kita sudi mendengarnya dalam paksakan kak...rasa hendak menjerit sudah2lah..

secangkir madu merah said...

dengar kan je lah...
masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
nanti kecik hati lak..

kakpah said...

tie, nok wak camno ke.denga sajo..

cik, buek2 pokak yo kan?

ina, pike poi shopping kehkeh

azlina, memang rasa nak menjerit suruh berhenti

smm, haha.. jangan yang keluar tu taik telinga dah lah.

chekdenoor said...

heheheh ...itulah tugas kita kan...sebagai orang yang lebih berpengalaman....heheheh.....memang kitalah tempat mereka-mereka ni nak luahkan perasaan......tak perlu bantu mereka tu buat keputusan......tetapi dengan kesediaan kita menjadi pendengar pun....itu rasanyer sudah cukup untuk meringankan bebanan orang yang dilanda masalah.

Mohd Farid said...

Nak lagi bagus, dengar dan nasihat.

Faridrashidi.com

AZANI said...

salam hajjah
kalau hajjah jadi kaunselor ,,memang ada bakat,biasa cikgu manapun boleh selam jiwa murid...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...