Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, August 27, 2010

TASBIH KIFARAH

Satu hari aku melihat Aishah berbisik ke telinga Intan Maisarah. Sok sek sok sek tidak tahu apa butir yang diperkatakan. Rakan-rakan semeja memerhatikan mereka dengan penuh curiousity lantas mengundang Hajar untuk mengadu;

Ummu!!! tengok Aishah ni. Dia berbisikkk...
Hajar berkata dengan nada keanak-anakannya.

Aku menegur sikap Aishah dengan mengatakan adalah tidak baik berbisik-bisik apabila ada orang lain di sekeliling kita. Kalau hendak memberitahu sesuatu, katakan dengan suara yang boleh didengar oleh orang lain.

H'aa.. padan muka. Dah kena marah dengan ummu, kata Hajar puas hati.

Sebenarnya aku tak marah pun. Cuma memberi nasihat.



Pada hari yang lain kedengaran Hajar berkata pada Ainis;

Awak nak tauuu.. tadi kan..Damia kan.. kita nak pinjam pemadam dia... tapi kan.. dia tak bagiiiii..
Awak tak usah kawan dia ek....

Lantas aku pun menyampuk;
H'a... kecik kecik dah pandai nak gosip. Ni bulan puasa ni , jangan mengata orang. Berdosa. Buat kerja tu.

Mereka terus diam.

Nanti malaikat Atid tulis pangkah besar-besar kan ummu kan? Sampuk Haziq.



Kalau anak-anak kecil apabila berkumpul boleh mengeluarkan kata-kata atau melakukan perbuatan yang kurang baik, apatah lagi bila kita orang dewasa ini berkumpul sesama kita. Kadang-kadang kita tidak perasan apa yang kita tuturkan atau lakukan itu ada salah silapnya. Oleh itu alangkah baiknya kita memohon ampun dan taubat daripada Allah sebelum kita meninggalkan majlis atau perhimpunan.

Kami guru-guru dan murid-murid Aulad menjadikan Tasbih Kifarah sebagai antara doa-doa kami setelah selesai sesi pengajaran/pembelajaran setiap hari dan di sambung dengan surah wal asr. Semuga Allah mengampunkan dosa-dosa kami sepanjang waktu pengajaran kami dan juga dosa-dosa anak murid kami sepanjang waktu pembelajaran mereka.



Daripada Abu Hurairah RA berkata:
Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau)
melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.



kakpah

16 comments:

kak Erna said...

setuju kak pah..kadang2 kita rasa biasa..tapi mungkin ada yang terasa..setiap kali malam sebelum tidur..sentiasa meminta ampun dari allah dan..sentiasa memaafkan orang lain..insyaallah..

Mak Su said...

terima kasih kakpah

Ena said...

terima kasih kakpah.. sangat berguna n3 kakpah nie..

a kl citizen said...

betul sangat kak pah
selalu lupa dari ingat...alhamdulillah kak pah ingatkan

Webmaster@Echam said...

Terima kasih kak pah sbb ingatkan. I'allah akan dipraktiskan selepas ni supaya tak lupa.

iina said...

Sentiasa ingat mengingatikan kak.. terima kasih.. kalau kak ingat kat den.. silalah htr kad raya hehehe ;)

kayteeze said...

Itu laa...

Lebih baik berdiam diri, kan.. kakpah kan..

anymz said...

mekaseh yo kakpah..muaahhh..cayang lah kakpah..a very good info and doa to share..(hari ni speaking lak yo)

aNIe said...

Kak Pah...kita manusia sering terlupa...terima kasih kak Pah kerana mengingatkan

lupekanje said...

ajar budak kecik lebih senang dri ajar org tua. Sebab budak kecil itu umpama kain putih yang menanti utk dicorak.
Tapi klu lepas kita corak, dtg lak designer lain kasi rosak... amatlah sengal nya. ... marilah kita sesama menjaga kesucian corak anak2 itu, dgn menunjuk contoh sikap yg baik ketika bersama mereka...good info kak pah..

AZANI said...

salam hajjah
Allah Maha Pengasih yang memberi ruang untuk menebus kesilapan dan kesalahan kita...

en_me said...

ghiteww kaans..

kakpah said...

erna, takut kalau2 tak diampunkan....

maksu, sama-sama..

ena, sama-sama

cikgu normah, kita ni memang selalu terlupa

echam, insyaallah

iina, dah lambek dah nak hantar kad rayo ni haha..

kakpah said...

tie, betul tu.. banyak becakap tak tau apa yang kita dah tecakap

anim, ni mosti sobab makan kopalo ikan mo bolimbing ni sampai kuar cakap omputih hehe..

anie, sama-sama lah kita

acik, kek luar tu memang banyak designer yang tak bertauliah. habih hancur dikojo e..

azani, amin.. muga dosa kita diampun

en-me, ye ..

DrSinga said...

ummu garang gak ek??
:)

secangkir madu merah said...

dihari baik bulan baik ni kena muhasabah diri...renung2kan selamat beramal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...