Mak, nanti jumaat kita pergi pukul sebelas setengah ek
Pergi mana
La.. kan imah ada long call.
Mak kena pegi ke?
Takkan orang lain mak dengan ayah dorang ada imah tak ada...
Aku taulah imah ada long call 18 haribulan. Yang aku tak tau, aku kena pegi sama. Bila aku cakap pada hasben aku dia kata dia dah tak boleh cuti sebab haritu pergi Batam dia dah ambik cuti. Aku ajak adik, ada-ada saja alasan. Basyir nak pergi tapi ada exam. Man pun tengah sibuk prepare untuk exam. Kirin kerja. Kaklong nak jaga faris. Kakngah tentulah lagi sibuk dengan Maryam yang kuat menangis.Husen bila aku tanya angkat-angkat bahu. Jadinya, aku je yang pergi.
Nak tahu apa dia long call, click sini
Ini lah pertama kali aku pergi court. Mahkamah tinggi ni letaknya di jalan Duta bagi sesiapa yang tidak tahu. Kalau ada kes-kes besar aku rasa perkarangan mahkamah ni mesti banjir dengan manusia.
Kami sampai awal sebab takut terserempak dengan jemaah yang sembahyang jumaat di masjid berdekatan. Masjid Wilayah? Nasib baik juga datang awal sebab selesai zohor di surau dan bersiap-siap untuk masuk court, hujan turun agak lebat.
Di dalam court, aku duduk di kerusi panjang, bersama-sama dengan ibu bapa saudara mara calon. Calon-calon long call pula duduk sederet, menunggu nama mereka dipanggil. Mereka tak ramai. Cuma ada 12 orang calon. Aku rasa untuk satu sesi mereka ambil seramai itu saja. Kalau ramai-ramai mahu sehari suntuk duduk dalam court. Sebab untuk satu-satu calon tu, untuk dianugerahkan sebagai peguam mahu makan masa dalam sepuluh minit juga.
Awal-awal lagi sudah diberitahu tak boleh mengambil gambar dalam court. Nasib baik aku tak bawa kamera besar gedabak.
Tapi sempat juga aku curi-curi ambil gambar ni dengan kamera kecik aku yang aku sorok dalam henbeg.
Dengan kuasa yang diberikan kepada saya dengan ini saya menyenaraikan Fatimah Azzahra binti Hamirdin sebagai peguambela dan peguamcara di mahkamah tinggi Malaya dan memerintahkan namanya disenaraikan oleh pendaftar. (begitulah lebih kurang yang dikatakan oleh yang arif puan hakim)
Sifunya Puan Rahmah dari Rahmah n co dengan kesudiannya telah datang untuk memakaikan robe. Selesai yang arif mengucapkan kata-kata di atas, Puan Rahmah meminta kebenaran untuk memakaikannya robe. Terharu aku. Nak meleleh air mata pun ada.Terima kasih tidak terhingga kepadanya kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada imah.
Sempat bergambar dengan Puan Rahmah setelah majlis selesai dan sebelum makan-makan untuk mengisi perut yang telah sedia berkeroncong.
Kepada imah, tahniah diucapkan kerana berjaya mencapai impian.
Aku teringat kata-kata yang arif tadi:
Only lawyers and artists can turn white into black.
kakpah
20 comments:
Wahhh... Bertuah akak dapat anak sepintar Imah...
Tahniah Imah...
errr.... nama kita serupa laa.. kehkehkeh...
pasni klu ado kes apo2, acik amek Imah lah jadik lawyer acik...
Bulih kan kak pah kan kankan...
eh..lupo lak ucap tahniah..congratulations imah yo...
tumpang gumbira gak..
bilo gak eh nk brenang sesama ngan peguam ni lagik gaknya.
Tahniah Imah.. lopeh nie sonang omak kalau nak nyaman orang.. sapo buek hal yo.. ado dah loyar kek umah ;)
tahniah imah.
tahniah juga buat akak dan keluarga.
saya tumpang gembira.
:)
.
kalau boleh IM tak mahu masuk court lagi. cukuplah kenangan masa lalu itu..
tahniah imah..
selamat mengharungi alam pekerjaan pula
Kakpah.... terharunya kakak bila membayang bagaimana perasaan seorg ibu berjaya mendidik anak dan IMAH.... you are so great!! Congratulation.... Kakak ada membaca blog imah dan semalam kakak ada titp sepatah-dua kata.
Conratulation juga buat kakpah dan suami.
..and turn black into white..
Tahniah. Ngape tak nanges?
Nanges-nanges barulah feminin kak...
mano lobih sodeh kak?
imah ambik ijazah dangan imah pakai robe....?
tapi itu la tuah omak mo ayah ea kan?
tahniah untuk family prof....
esey lak terharu...huhuhu!!!
Ucapan TAHNIAH buat Imah dan K.Pah sekeluarga. Semoga terus sukses hendaknya.
salam...
tahniah buat akak n anak akak....moga amanah yg dipikul dijalankan penuh kejujuran..
kak pah..tahniah untuk imah dan bondanya..
objection, your honour!
den bukan lawyer. bukan artist. tp den pun bole tukar putih kpd itam
.
.
errr... nasi hangus tu kira putih tukar ke hitam la kan :D
salam hajjah
tahniah Fatimah Azzahra binti Hj.Hamirdin
wahhhhhh..
Tahniah!!
kerana berjaya mendidik anak kakpah menjadi anak yg berjaya.. ena tompang terharu..
Salam. kepada semua yang memberi ucap tahniah, terima kasih.
er..terima kasih semua! :D
one more legal adage: "justice is most precious; for it chains and releases". congrats!
terharunya rasa...! itu baru anak orang, kalau anak sendiri...?
apa2 pun, tahniah utk kakpah dan imah!!
Post a Comment