Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, July 1, 2011

Lambaian

Dari tempat aku menulis, aku dapat melihat daun-daun nyiur di depan rumah jiranku meliuk lintuk dibuai angin. Gerakan lemah gemalai dedaun itu seolah-olah sedang menggamit datang seseorang yang jauh nun di sana. Ia melambai-lambai. Terus menggamit-gamit.



Lambaikan tangan dan sebut nama siapa yang kamu mahu datang kemari.

Sebut nama siapa ayah ?..

Sebut saja nama sesiapa.

Nama kawan boleh?

Boleh..

Maka kami pun melambaikan tangan setelah selesai berdoa di bukit Safa.  Tidak lupa juga berdoa supaya nama yang kami sebut-sebut itu diberi rezki Allah untuk sama menjejakkan kaki mereka di rumahNYA itu.




Sekiranya ada kemampuan, pergilah.  Kita belum kenal erti rindu sebenar-benarnya sekiranya mata belum bertentangan dengannya.  Kita belum kenal erti rindu sebenar-benarnya sekiranya jiwa dan badan belum bersujud di dalam Haram.

Aku sedang menanggung rindu.

ibundo

28 comments:

liyana said...

hmm..teringin nk ke sana

rezeki said...

alhamdulillah,
rindu saya dah terubat sikit kak

tapi rindu tetap rindu dan ke sana lagi bersujud di hadapan Baitullah

teringat Masjidilharam , teguk sikit air zam2 tempohari yang ada tinggal 2 tong lagi tu

kasihibu said...

sya sangat2 bersyukur sebab ayah dan emak dapat peluang ke sana untuk tahun hijrah ni.
semoga mereka berkeadaan sihat untuk menunaikan ibadah haji.

Kakcik Seroja said...

Walaupun belum pernah 'bertemu', kakcik tetap rindu untuk ke sana...

MulutPayau said...

Assalamualaikum...

Mmng rindu nak 'ke sana' lagi....masih trbayang2 saat pertama kali 'bertemu'...

Zaitun said...

Saya juga menanggung rindu kakpah,bilalah giliran saya untuk ke sana.

Kawan baru aje balik dari umrah dan namanya naik pula untuk melakukan haji untuk tahun ni.

miloaiskurangmanis said...

bila lah iols dapat kesana....
teringin sangat2 nak pegi...

kaklong said...

ese rindu kek akak,buleh?









pun teringin nak ke sanun,kalau berkampuan nanti...

Pia said...

"siapa yg tak teruja nak ke sana kan..saya sgt berharap dpt pergi sblm menutup mata.."

zaidah said...

ya Allah memang teringin ke sana....semoga satu ketika kita semua akan menjejaki kaki di sana walaupun hanya sekali

Kakzakie Purvit said...

Teramat benar apa yg kakpah nyatakan itu. Kerinduan yg kian sarat sebaik kita meninggalkannya...

Sekali menjejakkan kaki di sini pasti rindu padanya ada si sanubari

Acik Erna said...

kak pah rindu lagi..insyaallah..akan dapek ka pah kesanun lagi..jangan lupa lambai dan sebut nama kawan2 kak pah ni yo..semoga diizinkan nyo..sampai ke sano.

ejaMaria said...

yerr... mungkin saya orang nya... yg masih tak faham erti kerinduan... :(

secangkir madu merah said...

Hari tu kakPah pergi ada lambai saya tak?


.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

kina pun teringin nak pg sana....

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

rindu dgn kak pah... lamakan kina x ke blog kak pah.

nanti doakan kina dpt anak perempuan yew. tq dtg singgah

KTS said...

den pun teringin nak pergi sana



.
.
.



.
.

nak panjat jabal rahmah. nak doa puas2

:D

lupekanje said...

rindu kak...bilatah lagi Allah kan panggil acik ke sana...nk kumpul duit, asik tepakai gak ha...camner nk sampai target nih.
Hanya kehendak dah keizinanNya sahaja akan dpt menghilangkan rindu acik nih...mcam aritu.

Rindu orang yang dah pernah pergi, tk sama dengan rindu org yang tk pernah pergi...dulu acik tk tau, naper mesti aku rindu..sampai gitu acik bercakap dengan diri.

Tpi bila dah pergi, rindu itu trus menyelinap di sanubari..hmmm... puitis pepetang gini. Tpi tu lah hakikatnya kan kak..

zino said...

sangat indah..

aza ni said...

rindu ni lah yg paling aula....terbaik..

aza ni said...

rindu ni lah yg paling aula....terbaik..

ibundo said...

liyana,
insyaallah satu hari nanti akan pergi jua

pak itam,
alhamdulillah.. nanti ada rezki pergi lagi untuk lepaskan rindu.

sayaang sayang ibu,
alhamdulillah. semuga sihat tubuh badan dan mental untuk mengerjakan ibadat haji.

ibundo said...

kakcik,
insyaallah kakcik. bila ada kemahuan adalah jalannya..

mulut payau,
wkslm. sekali bertemu akan terus merindu. ada rezki lagi nanti tu..

zaitun,
adalah rezki nanti tu..
dah daftar haji ke belum.

ibundo said...

miloais,
mula-mula tanamkan azam. Allah akan tunjuk jalannya. Kadang-kadang rezki datang tanpa diduga.

kaklong,
buleh.. apo salah e pulak. nak lopeh rindu mehlah datang ko bangi ni ha hehe..

piasara,
insyaallah.. ada nanti rezki tu.

ibundo said...

zaidah,
Dah ada keinginan tu maknanya dah mula tahap pertama. Yang berikutnya rezki dariNYA.

kak zakie,
dari rindu timbuolnya keinginan. bila da keinginan kita kumpul duit. bila dah cukup boleh pergi lagi hehe..

erna,
kalau kakpah ke sana lagi dan kalau kakpah tak lupa, kpah akan lambai erna..

ibundo said...

maria,
kalau dah rasa nanti paham le tu..

kina,
semuga kina sehat dan kandungan juga sehat. Semuga lahir bayi yang comel dan sehat juga. tak kiralah lelaki ke perempuan.

kts,
ekau memang patut panjat jabal rahmah..

ibundo said...

acik,
tu lah kan? bilo dah poi tu memang ghaso nak poi yo lai. toingat-ingat yo. Takpo cik, buleh kumpul duit. ado joki kito poi lai..

zino,
ye...

azani,
betul..

Cik Azz said...

Teringin nak poie kak... tongah ngumpul apo yg patut la ni... huhu..

Nnt sobut la namo sey yo kak.. heeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...