Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, August 14, 2011

Geng parang panjang

Penghuni dunia semakin zalim. Bertambah-tambahlah zalimnya bila kezaliman itu di lakukan dalam bulan yang mulia ini. Kita doakan semuga yang dizalimi mendapat kurniaan pahala yang berlipat ganda.

Kakak aku didatangi 4 orang lelaki yang bersenjatakan parang panjang ketika dia sedang menyapu di depan rumahnya di AU5. Hari masih pagi.  Baru pukul 7.30.  Dan kakak aku mungkin kerana naluri mempertahankan hak, cuba melawan sambil terjerit-jerit minta tolong.  Anaknya yang sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja mendengar jeritan dan meluru ke pintu. Ketika itu juga seorang lelaki mahu merempuh masuk ke dalam rumah tetapi si anak sempat menutup dan mengunci pintu.  Memang tiada pilihan.  Di luar emak.  Di dalam dua anak kecil.

Dan terjerit-jeritlah si anak melalui tingkap rumah.

Beri je gelang tu mak!
Beri je gelang tu!!!

Kakak aku hanya berserah, menyerahkan lengannya untuk ditanggalkan apa yang ada.  Dan setelah dapat apa yang dihajat, samseng berempat itu melarikan diri.

Jiran?  Mungkin mereka juga tidak mempunyai keberanian untuk menolong.  Siapa yang berani berhadapan dengan samseng berparang panjang?

Kesian kakak aku.  Trauma berterusan. Alhamdulillah tidak dipengapa-apakan.

ibundo

34 comments:

ckLah said...

Makin buas masyarakat ya kakPah...

ibundo said...

eh cklah.. kita berselisih kereta ke...

kakcik said...

Baru dua hari lepas kereta jiran kakcik dipecah. Sekarang kakcik agak takut untuk keluar pagar!

Citarasa Rinduan said...

subhanallah...

ngerinya, salam takziah utk kakak ibundo, makin hari makin buas penyamun.. siang hari tu?
beraninya

~ Cik Azz ~ said...

Sama la dgn kes yg berlaku kat sepupu saya kak.. Dio duk kek Tmn Melawati.. Poie dpn rumah yoo nak buang sampah, tup2 dtg sorang lelaki siap ragut rantai ehh.. Kok tak bg, parang dah acu kek leher... Luko jugak la tangan dio nak menahan parang tu..

Ghupo ehh penyamun tu dah mmg meronda2 cari mangso.. sorang lg dok tunggu kek ateh moto.. monjadah boto la dorang ni, kann..

Diopun sampai skang ni trauma... sian dio.. huhu...

Mudah2an kakak akak tu copek pulih somangat ehh.. Mujurlah anak dio copek bertindak, tutup pintu tu.. Kok kono kek sey la.. ontah la.. mau pengsan dulu gak ehh..

azzey said...

bahaya di mana2 skrg ni..:(

h4ni3 said...

aduhhhh... diorg nak cari 'duit raya' la tu agaknya
mujur la tak di apa2kan
mintak2 takde kes camtu kat tempat kita ye kakpah.. seram!

kaklong said...

org skrg pauk org mcm pauk daging yoo..tak ado ati phogrot boto...?

Aku said...

dugaan dunia tu kak...

nak lawan takut... tak lawan, geramnya sampai ke sudah.

kalau dapatlah aku ni superhero, aku tangkap dan aku kelar2, pastu siram dgn air garam dan air limau... macam tentera jepun seksa org dulu2 tu....

Amie said...

kalau kita ingat kembali salah satu kegiatan ekonomi zaman jahiliyah ialah merompak, nampak gayanya memang fenomena seperti ini semakin berleluasa dan memang itu jugalah dijadikan satu sumber pendapatan 'golongan' ini...

Ibundo, nampak sangatlah dunia sudah akhir zamankan ....

kakngah said...

bukan kat pekan je perkara camni berlaku kak.. kat kampung ulu banat pun ada berlaku.

mak pada pengasuh bebudak ni didatangi seorang gadis bertudung berlagak menjual barang. las2.. habis barang kemas ontua tu dikebasnya....

Cik Ina Do do Cheng said...

ciannya akak ibundo, nasib baik tak diapa-apakan. dekat nak raya ni macam-macam.dorang dah terdesak tu. awal lagi, kalau jiran nampak pun tak leh wat apa, sebab dorang bersenjata.

iina said...

Melampau betul merompak time bulan2 puasa nie.. susah kan kak.. kita duk elok2 kek umah pun ado yo org niat xelok

secangkir madu merah said...

seram ya kakPah... nak keluar pagar sekejap pun dah jadi takut dah walaupun siang2 hari.. maknanya mata kita kena melilau dulu tengok sekeliling sebelum keluar rumah ya kak.. eeee.. takut aku

rezeki said...

sekarang ni bahaya betul, dia selalu attack org yang dah berumur

4 tahun lepas ibu saya tengah duduk kat luar rumah , tetiba datang dua orang naik motor tanya rumah orang dan tak semena2 terus dia ragut rantai yang leher tu ,

taulah orang tua, terpingga dan baru perasan rantai dah takde

24 mayam tu rantai

org dulu dia pakai kira mayam hehehe
orang sekarang mayam mungkin tak tahu

azieazah said...

Astaghfirullah.
Ngeri membayangkan keadaan tu. Syukurlah tiada kecederaan dan kehilangan nyawa.

Sekarang ramai sungguh orang yang terdesak sehingga sanggup nak ambil nyawa orang lain.


Ramadhan: Ucapan dan Kad Raya...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

jiran belakang rumah kita pun kena gak, sibuk org nak gi kerja pagi2..sibuk gak dia nak buat kerja menyamun.

keluar gate jer 2 ekor penyangak naik motor hunjunk parang dekat leher, tak sempat nak jerit..serah aje bag tgn klu tak mau nyawa melayang..

ramai betul insan bertopengkan syaitan di sekeliling kita..sudah tak kenal dosa pahala..

cikmanggis said...

ngerinya kakpah.Tu lah rasa tak mo pindah dari putrajaya ni tapi nak beli umah kat sini tak termampu kakpah...semoga kakak kak pah dah ok.

a kl citizen said...

Area keramat ni memang tak selamat dah kak pah.... Ramai dah terkena, au1 sampai melawati tu....

AZANI said...

hajjah

keadaan makin bahaya,minta tuhan lindungi kita semua

ejaMaria said...

bundo,

kita yg rumah kena masuk 2 minggu lepas pun tak hilang lagi trauma nya... ini kan pulak akak bundo yg baru kena sampai mcm tu sekali... takziah utk akak bundo...

masa kita/hubby buat report polis hari tu... diorg kata mmg hari-hari ada kejadian jenayah mcm ni - ragut + rompak + pecah masuk...

nak buat mcm mana?... redha je la...

Zaitun said...

Syukur kakak kakpah tak diapa2kan.Barang kita boleh beli semula insyaAllah.

nor said...

masa rusuhan..budak kutu yg diketaui aktiviti mereka tengah menunggu sebab saja nak merusu.. dikawasan rumah saya..mlm sabtu sblm tu dua geng duduk depan tembok pagar. gang222 datang silih berganti..rosak tembok dibuatnya..
Pasang lampu porch. Kemudian mereka perasaan tapi buat lagi.

Mlm tu pasang cctv yg dah lama dibeli. cctv cam day and night..
Esoknya senja /ptg hamlau tu perasan.. Lama kelamaan mereka nampak ada camera didalam gelap mempunyai infra red mengambil gambar pergerakan mereka..
Minggu rusuhan di hari insin, selasa, mereka tidak mendekati pagar.. keluar berita tangkapan dibuat pada hari jumaat sabtu, berdasarkan makluimat cctv. kluar tv, muka dari cctv nampak jelas..

Semoga mereka akan takut untuk merosakkan rumah kami dan kenderaan kami...

Skrg saya pasang juga satu camera di porch menghala ke pintu bila or tekan bell, tak payah jenguk, cuma buka kat tv, nampak sapa di luar..
habis cerita...
kalau dari tingkat atas letak satu, boleh nampak org nak datang...

Pintu pagar kena tutup..
merekadah cam eprgerakkan dipagi hari..

ibundo said...

kakcik,
di rumah sendiri pun dah rasa tak selamat.

ayu,
memangnya mereka ni semakin berani.

azz,
au tu memang sebelah keramat je. entah2 geng yang sama. kita pun tak tau. memang trauma dibuatnya kalau terkena. kakpah dah penah rasa dah.

ibundo said...

azzey,
nampak gayanya gitulah

hanie,
nak cari duit raya atau dah memang sumber pendapatan diorang.

kaklong,
iyo kaklong weh... Tu yang dipauk e omak ayah tu. adei hai..

nizam,
sampai ke tua lah (eh.. terperasan pulak aku mudah lagi) nak nunggu kau jadi superhero.

amie,
hehe.. teringat pulak penyamun dua ekor yang kira harta dalam gua dalam cerita nujum pak belalang...

ibundo said...

kakngah,
tu lah kan? penyangak ni tak kira lelaki pompuan. nampak e kito ni kono selalu curigo mo oghang..

cik ina,
trauma dah nak keluar rumah tapi sampai bila nak berkunci dalam rumah jer kan?

iina,
apo lah nak jadik dunio ni..

smm,
sekarang ni kalau nak keluar pagar mesti tengok dulu kiri kanan. agak2 line clear baru boleh pegi buang sampah. Kalau ada kereta yang mencurigakan, baik tak usah keluar

ibundo said...

pak itam,
samalah macam cerita nenek sedara kakpah kat kampung dulu. Dah arwah dah dia. Ada orang berenti bertanyakan rumah seseorang. Elok2 dia bertanya tu direntapnya rantai si nenek. Lebam.
Mayam? Orang sekarang ni putu mayam pun belum tahu kenal hehe..

azie,
ramai yang mencari jalan mudah untuk mendapatkan wang. Diorang tak kesah menggadai nyawa sendiri dan juga menggadai nyawa orang lain.

ibundo said...

yati,
oo ye ke. Takutnya. Nampaknya dah trend sekarang ni ye merompak siang hari buta..

cikmanggis,
ala.. janganlah cakap tak termampu. Insyaallah ada rezki tu.

cikgu normah,
cikgu duduk area situ jugak ke. Kena berhati2 tu..

ibundo said...

azani,
padaNya kita memohon.

maria,
kesian kat ko. Mesti sekarang ni malam je pastikan semua tingkap pintu berkunci. Tapi kan, pencuri ni walau kita kunci macamana pun dia dah gak boloskan diri.

zaitun,
alhamdulillah. harta dapat dicari insyaallah. yang penting keselamatan diri.

ibundo said...

Nor,
tengok berita tentang rusuhan tu memang rasa ngeri. budak mesia ada yang cedera kan. tadi kat paper tengok gambar budak tu yang datang tengok datuk lim chong wei main.
cctv memang satu cara dapat mengesan aktiviti di luar. Bagus kalau dapat pasang.

sayangsayangibu said...

ganas orang jahat ni
diorang nekad asalkan dapat apa yg di ingini.

nor said...

masa rusuhan mlm senin lepas dan selasa adalah satu yg menakutkan kerana mereka tidak dapat dijangka ..muncul mana mana kawasan. ada tu, dia pecah masuk masuk rumah org.. macam naik sheikh..
kemaruk..

Polis tak buat apa sbb nak tunjuk la angin dia org..

waktu mlm amatlah menakutkan kerana mereka suka suka pecah masuk dan main cucuh api je kat rumah org.

Beli lah set cctv day and night dgn dvr nya. masih murah kat mesia. chek online .. dan kedai..
beli yg ada infra red dan higher specs lagi jauh cctv bleh cover maksudnya gambar memang jelas. letak kat hujung dinding bawah atap kalau rumah besar kiri kananla.
satu kat tepi rumah,, belakang dan porch..(kalau beli dvr yg 6 channel atu 8 channel memang bagus, bleh tambah sikit sikit kduian.)
Kalau yg dekat porch tu beli satu link kat tv biasa..
kalau org ting tong, jgn buka gate, check dulu kat tv..
kalau nampak motor lama kat luar atau keta lama berhenti ada org, jgn dedah gate etc..


kalau ada anak kecik dsbnya cctv ni elok benar...

sal said...

takziah kpd kakaknya..dugaan memang sentiasa dtg..bersabarlah mghadapinya..moga org yg melakuknnya mginsafkn diri..kpd kakaknya moga bergnti yg lebih baik..ameen

ibundo said...

sayang ibu,
masalahnya kadang2 kita tak kenal siapa yang jahat diantara orang yang kita nampak.

nor,
kalau kena suasana yang macam tu mesti malam pun tak boleh tidur tenang. Ngeri kalau dikenangkan.
memang minat dengan cctv ni. insyaalah ada rezki teringin gak nak pasang.

sal,
ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...