Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, August 17, 2011

Ku sambut lambaianNya

Aku berjalan cepat menuju ke tempat pertemuan yang dijanjikan. Ketika itulah aku terlihat akan seorang perempuan tua sedang menggoyang-goyangkan cawan plastiknya.  Matanya tepat memandang ke arah aku. Tapi aku teruskan juga berjalan ke hadapan.

Selang 4, 5 tiang aku berjalan hati aku berdetik untuk menoleh ke belakang. Perempuan tua itu masih memandang ke arah aku menjadikan hati aku tidak tenteram lantas memusingkan langkah aku menujunya semula. Teringat akan kata-kata bahawa apa saja boleh terjadi di sini. Baik perkataan, baik perbuatan, baik apa-apa saja.. kita mestilah selalu berhati-hati.

Aku mendapatkan perempuan itu. Dia menggoyang-goyangkan cawan plastiknya lagi dan membawanya ke mulut. Kemudian jarinya menunjuk ke arah tong air yang berderetan. Maka fahamlah aku bahawa dia meminta aku mengambilkan air untuknya. Tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut kami.  Hanya pemahaman. Dan apabila aku mengembalikan cawan plastiknya, dia bertutur dalam bahasa yang tidak aku fahami.  Mungkin dia mengucapkan terima kasih.

Aku berlalu tanpa ada lagi perasaan ralat.

Kabarnya
10 ramadhan terakhir Makkah akan banjir dengan manusia yang masing-masing berebut-rebut untuk mendapatkan pahala dan keredhaan.
Kabarnya
Ramainya umat ketika itu boleh disamakan dengan ramainya umat semasa musim haji. Malah adakalanya lebih.
Kabarnya
Solat tarawikh akan berlangsung selama lebih kurang 3 jam sebanyak 20 rakaat. Witir akan dilambatkan kerana selepas jam 12 malam akan diadakan pula solat tahajjud yang diakhiri dengan witir 3 rakaat. Solat juga berlangsung hingga ke jam 3 pagi.

Begitulah kabarnya. Aku belum pernah menjalani ibadah puasa di sana dan teringin mahu mendapatkan lailatulqadar di rumah Allah. InsyaAllah dengan izinNya.

Maaf tak balas komen di n3 sebelum ini. Dah lah tak bw, komen pun tak sempat nak jawab.
Maaf.  Selamat hari raya. Semuga anak-anak aku menjadi lebih dewasa dan bertanggung jawab pada tahun ini memandangkan hari raya kali ini kami berdua tidak ada bersama mereka untuk meraikannya.

ibundo

31 comments:

ibuintan said...

syukur... KakPah nak gi umrah ye...

moga bertemu lailatulqadar di sana... mana tau kan dengan izinNya

selamat pergi dan selamat kembali buat KakPah berdua

Unknown said...

SALAM,
SELAMAT BERIBADAH. DOAKAN KESEJAHTERAAN KAMI DI SINI

sonata anak kancil said...

salam - selamat berangkat menunaikan ibadah umrah. Semoga memperoleh keberkatan Nya. Maaf zahir dna batin - Selamat Hari Raya

Unknown said...

Ayu setiasa mendoakan y baik2 utk ibundo sklrg..amin

kaklong said...

pergi lah kak,tunai kan ibadah dengan tenang,,anak2 dah bosa..pandai lah mereka nanti...!

kakngah said...

semoga dipermudahkan segala urusan.

bebudak tu??
pepandai la deh...

Acik Erna said...

assalam kak pah..selamat pergi dan balik..
insyaallah semoga kak pah bertemu apa yang dihajatkan ditanah suci.
anak2 kak pah memang dah besar..tapi kesian jugak kan kak pah..

rezeki said...

doa saya agar kak pah dan suami sentiasa dlm perlindungan Allah, dpt menjalani ibadat puasa dan umrah dgn sempurna dan mendpt umrah yg mabrur

selamat hari raya in advance hehehe

psss jgn ada org tel suruh bukak tadika pada hari raya, udah le hehehe

Nizam.Ariff said...

kak, jangan lupa doakan kami semua...

kirim salam 'assalamualaikum' kepada kaabah. dari jauh pun tak apa...

Granny Hani said...

Kani doakan kesejahteraan buat kak pah..selamat pergi dan kembali.

iina said...

Alhamdullilah kak.. selamat menunaikan umrah di sana.. doa2kan untuk saya juga ye kak..

tasekM said...

selamat beribadat.

selamat pergi.
dan.
selamat pulang kak...



.

Zaitun said...

Selamat menunaikan umrah kakpah,selamat pergi dan kembali.

Kakpah... doakan saya untuk kesana lagi.

aza ni said...

salam hajjah
selamat berumrah
semoga selamat dan mudah urusan ...

sal said...

selamat beribadat kah pah..doa2kan kami rakan blogger akan sampai juga di sana..

moga urusan dipermudahkan..

cikmanggis said...

selamat menunaikan umrah dan selamat hari raya kakpah.maaf jika ada tersilap kata atau terkasar bahasa.semoga perjalanan kakpah berdua ke sana adalah perjalanan yang penuh keberkatan.

anymz said...

selamat pergi dan selamat kembali kak.
Doakan kami yo kak.Kenang daku dlm doa mu..
Selamat Hari raya.

ejaMaria said...

Bundo, doakan anak mu yg satu ini jadi muslimah solehah selamanya hingga akhir hayat... Amin... ;p

Kakzakie Purvit said...

Kakpah doa kakak mengiringi keberangkatan kakpah ke tanah suci. Doakan kakak dapat ke sana di bulan puasa kelak. Kakak pun belum pernah merasa lagi...

Barita terbaru ramai jemaah terawikh di masjid luar kerana terawikh di MH terlalu lama katanya. Allah... tak tahulah...

secangkir madu merah said...

kakPah dan suami mendapat jemputan utk menjadi tetamu di rumah Allah di bulan yg penuh barakah ini, ya?.. alhamdulillah.. semoga kakPah dan suami sihat2 hendaknya disana...

miss you kakPah..

selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin dari kejauhan utk kakPah dan suami...

h4ni3 said...

kakpah sampai raya kat sana ker?
sampaikan salam saya pada baitullah.. doakan saya juga ke sana satu hari nanti :D

kasihibu said...

alhamdulillah, mesti meriah suasana di sana.
semoga selamat pulang ke negara malaysia(,")

Cik Azz said...

Kak Pah nak poie umrah ehh..?

Selamat poie dan selamat kembali kak.. Moga Allah permudahkan segalo urusan akak dan suami serta yang lain..

Selamat hari raya kak... Mahap zahir bathin yoo... huhu..

Cho Zila said...

Alhamdulillah... sudah pasti seronok berpuasa di sanakan.. syukur...
selamat berpuasa dan selamat berhari raya...

sud@is said...

syukran selamat beribadah kakpah moga tercapai segala hajat

nor said...

http://www.lelong.com.my/3-1-motion-sensor-floodlight-color-camera-pir-sensor-light-cam-88561400-2011-08-Sale-P.htm


queenofgadget@gmail.com


ni utk cctv.
memang semua made in taiwan atau china. kat england pon..

boleh beli unit murah..
compare dgn lowyat..

tgk dan pilih kalau nak letak luar kena ada hsing dan ada ir. lagi jauh vision maknanya lagi jelas nampak gambar bila dekat.. pilih day and night cam

dapur laksamana said...
This comment has been removed by the author.
nor said...

http://www.mycen.com.my/malaysia/cctv_cameras.html

Ms.Lilies said...

Selamat menunaikan umrah kak...
Selamat beribadat...
Selamat pergi dan balik
Moga smuanya dipermudahkan

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Selamat menjalankan ibadah di Mekah untuk Kak Pah suami isteri.

uji6june said...

Salam Kak Pah

Alhamdulillah ..
tertunai juga impian Kak Pah menunaikan umrah dalam bulan Ramadhan.. semoga Allah permudahkan segala urusan semasa di sana..

Selamat pergi dan selamat balik ..
Ameen ..


*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...