Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, August 4, 2011

Lepek Lepak Lepuk

Lain hulu lain parang. Lain dulu lain sekarang.
Banyak sangat lainnya. Yang pastinya kederat memang dah tak sama.

Penat sangat ke.  
Itu Yah yang bertanya semasa aku ke taska tenghari semalam. Dan aku takut untuk mengangguk mahupun bercakap.  Takut menghabiskan sisa tenaga yang berbaki.  Rasanyalah. Halnya, aku ke jabatan pendidikan dan ke tesco yang letaknya hanya setengah pelaung dari situ, sebelum aku singgah ke taska. Banyak tenaga aku berciciran di sana.

Memang kederat dah tak sama.  Tak macam dulu.

Apasal mak buat kerja duduk atas bangku.

Kaki mak tak tahan berdiri lama.

Aku kupas bawang duduk atas bangku.
Aku buang kulit kentang duduk atas bangku.
Aku  potong sayur duduk atas bangku.

Bangku itu memang aku tak bagi sesiapa alihkan. Biar dia terperosok tepi dinding dapur.  Senang aku mencapainya bila perlu. Tapi seperti biasa aku banyak berdiri juga.  Lagi sedap berdiri daripada duduk kerana duduk seperti membuatkan pergerakan aku terbatas. Dan petangnya mesti aku melepek.

Kenapa mak cepat penat? Dulu takde pun?

Mak dah tua.

Tiada alasan lain yang mahu aku berikan. Memang itu hakikatnya. Sesuatu sudah berubah.
Yang tidak berubah, anak-anak masih perlukan aku untuk menyajikan juadah berbuka yang enak. Yang tidak berubah, hati aku tetap berbunga-bunga untuk menyediakan juadah berbuka puasa yang enak-enak untuk anak-anak aku. Sememangnya mereka ternantikan hidangan berbuka puasa hasil air tangan aku. Dan mereka sedikit mengeluh kerana pada supuluh terakhir ramadhan mereka terpaksa makan hasil air tangan bibik.

Orang yang nak disuruh masak tu kata dia tak sanggup nak masak untuk majlis kita tu.

Tak apalah. Aku buat perlahan-lahan.  Bibik ada.  Anak-anak pun ada. Siapa lagi nak membantu kalau bukan mereka.  Aku sudah dapat bayangkan betapa melepeknya aku. Melepek tahap maksima. Habis tu?  Siapa yang nak layan tetamu..?




Selamat menjalankan ibadah puasa kepada kamu, kamu, dan kamu yang masih sudi singgah di sini. Kederat aku sudah banyak berkurangan walaupun untuk menjenguk-jenguk  kamu di sana.

ibundo

38 comments:

Ena said...

tu la kakpah.. mana2 pergi pun.. air tangan ibu juga yg terbaik kan.. itu yg dikenang dan dirindui sellau.. nak nak mcm ena yg dok berjauhan dari ibu ni.. uhuhu..

Moga kakpah sihat2 selalu..

tasekM said...

takpe kak.
yu tak dpt jenguk ai.
ai jenguk yu.

:)


.

kucingorengemok said...

kak pah nak ambik saya jadi anak angkat tak? hehe... ;)

rehat tau kalau penat!

pB said...

badan orang sekarang tak sama dengan badan orang dulu dulu

kakngah said...

ikut mana yang larat kak... kang paksa2, sakit lain pulak yg timbul...

selamat berpuasa!

cikmanggis said...

hmmmm anak anak tak perasan kita dah di mamah usi...

cikmanggis said...

usia

~ Cik Azz ~ said...

Samo la kito kak...

sey ni pon melepek abeh ni haa...

dugaan sbb cuaco paneh ya amat skang ni...

mujur akak ado bibik... dapek gak ringankan boban tu sikit...

rezeki said...

itulah norma kehidupan kak, yg muda pasti tua, yang kuat pasti lemah dan begitulah sebaliknya , hidup di dunia yg sementara tiada yg kekal abadi

bagi yang sedar alhamdulillah,
bagi yg leka dan terus terleka muga tersedar

alhamdulillah, kita masih diberikan kesihatan yg baik dan yg penting kak ada selera makan hehehe

bujal X said...

ramadhan ni makcik jangan plak lasak2~he~~

miloais said...

masakan emak adalah yg paling sedap dan best hoccay!

kak... kena banyak berehat ni kak.... kalo umur dah bertambah ni... memang tenaga makin berkurangan....
jangan lupa ye... rehat!

[iols rindu masakan arwah my mak....
al-fatihah]

JunAina said...

hati masih terasa muda tp bila mengenagkan tenaga yg makin menyusut tersedar pula...macam aina dukung baby lelama sudah terasa, memanjat tangga setingkat dua sudah terasa lelahnya lutut terasa sengalnya...

Amie said...

Assalamualaikum,

ke mana pun Amie pergi...ibu tetap di hati, ibu... ibu...ibu.... tak ada siap yang dapat menandingi masakan ibu! dari dulu, kini dan selamanya...

zaidah said...

bila dah meningkat umur selalu jadik macam tu....tapi hati ibu...kekadang bila tak buat kerja lagi sakitlah badan...

AzeedA said...

assalamualaikom kakpah :)

buah tamar kak! natural source of energy... :)

kaklong said...

memang tak seleso kojo sambil duduk ni...macam maleh yo kan?pado hal tak pun...

Aku said...

Salam kak, bawak-bawak berehat dan bersabar...

Selamat Hari Raya....

eh?

ejaMaria said...

jangan kata Bundo, kita pun tak larat jugak... selalu hari biasa masak utk makan malam je... tu pun kekadang mengelat - beli je... ni puasa kita masak 2 kali sehari - utk buka dgn sahur... adoi laaa...

klu beli lauk kat luar ada je yg tak kena kat tekak... baik masak, hubby tak komplen... tekak sendiri pun puas hati... ;p

deqlis said...

buat mana yg mampu...klu deqlis berdiri sokmo...tung tang tung tang kat dapur hehe...

kecuali klu mmg sj2x nak siang sayur atau asing2kan bhn awal2x sebelum masa memasak...deqlis buat sambil dok tgk tv..heheh...

indahhouse said...

Salam ramadhan kak pah,
ya, umur makin meningkat. saya baru jejak 30.. badan dah rasa lain sgt dah. hehe..
Moga kak pah jua diberi kesihatan brpanjangan sepanjang ramadhan..

secangkir madu merah said...

banyak banyaklah berehat ya kakPah, tak dpt dtg menjenguk saya pun tak apa, saya dtg jenguk kakPah ya.. masak apa utk berbuka petang ni kakPah?

julietchun said...

pelan2 buat kak.

AZANI said...

salam hajjah

dugaan bulan ramadhan ...

iina said...

Ok kak lainkali den datang tolong masak.. atau datang tolong makan leh?

Betul tuh kak.. kdg2 makin brjalan masa kita tak perasan yang diri kita dah tua.. kederat dah tak cam dulu..

den pun dah mula raso lah kak.. dedulu baca buku sekali baca sonang yo faham.. skrg nie 5 6 kali baco pun xfaham2 dah.. tenaga pun sama.. kena terima hakikat gak.. dan takleh nak paksa diri kang sok sakit bdn sendiri

rehat2 ye kak.. suruh jek bebudak lak masak take over(diorg takkan nak warisi kepakaran omak eh).. Bestlah kan bebudak sobab ado kak pah leh masak best2..

S..U..D..@..I..S said...

selamt berpuasa hari kelima
sememangnya masakan mak bonda yg umpmmmmmm

Kakzakie said...

Beruntung masih punya ibukan kakpah. Mereka mestilah nak masakan ibu mereka.

Majlis utk Imah ke kakpah? Panggil je cathering senang.

Zaitun said...

Memang betul kata kakpah kita dah tak macam dulu lagi,tak banyak mana kerjanya tapi penat yang lebih.

ibundo said...

ena,
kakpah maasih terkenangkan masakan emak terutamanya dalam bualan puasa ni.

tasek,
yang muda jenguk yang tua hiii..

kog,
kucing kita yang ramai ni pun dah tak terangkat-angkat dah haha

pb,
tulah pasal. kakpah tengok abah kpah relek jer walaupun umur dah 87 tahun.

ibundo said...

kakngah,
kadang2 hati ni terlebih besar. Tak sadar badan dah gehai..

cikmanggis,
cm muda lagi drpd kpah ..

azz,
duo hari ni macam sojuk yo. Pagi2 ujan. Bilo tongahari paneh bodonting tu takut nak kelua..

ibundo said...

pak itam,
alhamdulillah selera masih macam dulu. Pantang lalu.. ngap.
Nasib baik jugalah sedar usia dah meningkat. Taklah orang kata orang tua tak sedar diri ..

bujal,
makcik lasak kat dapur je bujal..

miloais,
sapalah yang tak rindu masakan emak. Kpah pun selalu teringatkan masakan arwah. Agaknya bila kpah dah jadi arwah nanti anak2 rindu tak ek.

ibundo said...

Jun,
Jun muda lagi jun. Banyak tenaga lagi tu..

amie,
wkslm.
Memang begitulah sepatutnya kan? Kesian pada mereka yang tidak merasa air tangan ibu.

zaidah,
haha.. betul tu. Berehat banyak2 pun sakit badan gak.

azeeda,
petang ni nak berbuka dengan air tamarlah.

ibundo said...

kaklong,
sobab kito dah biaso bodiri. Buleh begoghak sanun sini.

aku,
salam. Ni awal2 dah ucap selamat hariraya ni hint2 akak nak duit raya ke hape..

maria,
beli yng di kedai tu tak sedap bila dibandingkan dengan yang kita masak sendiri. Kpah ni kan, tang masak untuk sahur tu yang maleh tu. Satu bulan puasa ni kontrek dengan bibik je untuk masak sahur hehe..

ibundo said...

deqlis,
santainya deqlis masak. kpah ni kan, kalau ikutkan buat mana yang terlarat, hari2 nak goreng telur je haha..

indah,
semuga Dia beri kesihatan yang berterusan.. amin..

ibundo said...

yati,
baik hati ekau datang jenguk kpah. Yang muda mesti datang bertjumpa yang lebih tua kan haha..
Petang semalam berbuka dengan mee/mihun/nasi empet soto ayam.

juliet,
kan pelan2 sangat kanng lambat pulak siap.

azani,
salam. begitulah nampaknya..

ibundo said...

iina,
baru lagi raso e ekau datang rayo rumah kpah kan? Dah nak rayo balik dah. Copek bona maso bojalan. Tu yang kadang2 tak terperasan yang umo pun bojalan samo..
Ekau baco buku limo nam kali baru paham kiro okay lagi tu. Akak ni dari sinki nak ko poti ais dah lupo apo bondo yang nak diambek..

sudais,
selamat berpuasa. Masak apa harini.

kak zakie,
kita kan selalu terkenangkan masakan ibu kan?
Majlis kecik je. Buat berbuka puasa panggil adik beradik dan kawan anak2. Mula2 nak ketering tapi macam tak puas je bagi orang makan bukan hasil masakan sendiri.

zaitun,
ekaulah yang memahami haha..

ibuintan said...

laahai... memanglah kakPah , tenaga makin kurang, tu yang copek yo loteh he tu.... jago kesihatan gak, untung ea ado yo bibik

Ku Tak Sempurna said...

ekao nak poie mano laie kakpah? den tau ekao tak sudi nak bawak den. walopon den sggp jd tkg angkut beg ekao. jd tukang urut kaki ekao. tukang picit badan2 ekao. err.. tukang masak yo den tak mampu nak jadi. takut ekao tak mampu nak makan

:P

jgn lupo lambai den kek sano yo.

Acik Erna said...

kak pah samo lah kito..tapi saya tak do anak pompuan nak minta tolong ambik laih tugas memasak kak pah..macam melepek loteh pun..bangun yo pempelan..buek2 sikit2 sampai siap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...