Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, October 6, 2011

Dari Pandangan Mata

Aku pandang dua tiga kali.
"Bila masa pulak mata kau coklat?", dan dia cuma gelak-gelak sambil angkat-angkat bahu.

"Well!!!", katanya dengan nada megah.
Maknanya kau paham-paham sendiri sudahlah.

Lain masa aku dulu. Zaman yang anak-anak aku cakap zaman kolot. Padahal aku rasa zaman aku dah tersangat maju dah. Walaupun keretapi tanah melayu ketika itu masih mempunyai kerusi keras dan tempat letak kepala berupa besi yang kalau kamu tersengguk tertidur membuatkan kepala gedegang di besi itu menyebabkan mata terus segar bugar kerana terperanjat, aku rasa megah dan sangat maju kerana aku boleh pergi balik ke sekolah bila tiba musim cuti tanpa menyusahkan mak dan abah.

'Dulu-dulu mana ada ni', katanya menyambung.

Memang tak ada. Tapi memakai cermin mata besar gedabak yang menutup hampir separuh muka kamu adalah teramat cool masa itu. Cuba tengok film star era itu.  Semua pakai cermin mata besar yang boleh dibuat cermin muka kerana kebesarannya. Aku mencari-cari foto lama.  Foto semasa aku di sekolah.  Foto semasa aku di U.  Aku sengih-sengih tekup mulut bila melihatnya. Dan aku bayangkan wajah uji rashid.

"Macam-macam warna ada." dia menambah.

"Tapi dah tak nampak ori. Nampak macam orang putih pakai kain pelikat."

Hik..hik..hik.. kami ketawa.

"tak apalah .. sekali sekala".  Dan selepas itu aku dah tak nampak lagi dia memakai contact lense itu.

Zaman canggih manggih ini banyak sangat benda tiruan. Kadang-kadang kita tak dapat nak bezakan yang mana satu ori yang mana satu yang tak ori. Aku boleh saja mengatakan bahawa mata faris sememangnya biru seperti yang aku tunjuk dalam n3 sebelum ini, padahal aku sudah touch up sana sini.


Dan orang di sebelah imah kalau dilihat dari raut muka boleh diandaikan sebagai kakaknya padahal ia adalah aku yang telah aku 'mudakan' berpuluh tahun.


ibundo

36 comments:

anymz said...

camno akak mudokan tu kak?..

kaklong said...

macam kawan2 satu kolej pun ado...heheheh!!

aza ni said...

hajjah inilah wajah yang saya jumpa hari tu...

ibundo said...

anim,
sumo pakai edit yo.

kaklong,
haha..

azani,
kau kena cari 6 lagi yang serupa macam tu hiii...

Anaasuria said...

kak, saya kalo cakap ngan orang pakai contact lens kaler2 ni, tak leh tengok mata dia orang.. nanti saya lupa apa yang saya nak cakap, dek sebab ralit tengok warna mata dia.. hihi..

cahya indah said...

sebab cahya da pakai cermin mata since primary school, sempat la merasa cermin mata besar gedabak sekejap..hehe. kelakar pulak ingat time tu..

kakngah said...

kak..
mano gambar akak ngan comen mato uji rashid tu??

NM02 said...

tak reti nak pakai kontek lens

cikmanggis said...

hahaha..btol mudo giler la kak pah..mudokan rupo saya pulak kak pah hihi..lucu lah kak pah:)

Ms.Lilies said...

wahhhhh akak dah pandai edit gambo haa

tasekM said...

ni jam bulih edit wrinkle, kan...?

mmg canggih.

:)




.

Nizam.Ariff said...

agak-agaknya bulih la edit muka aku jadi macam aaron ajis tu ek..?

Acik Erna said...

ka pah..teringin nak nampak mudo..macam kak pah tu..he he.

h4ni3 said...

bonda,
jangan bgtau saya bonda cucuk botox!!!
hehehehe

aNIe said...

Hahaha... yelah kak...macam adik beradik dah... tu belum pakai kontek lens lagik tu...

sal said...

alhamdulillah , ceria dan nampak awet muda...

Nieda said...

Pandainya akak . Guna teknik apa? Nak try juga lah ...citer aaa..

iina said...

Tapi nampak akak cam terlebih suntan jek kak.. leh ternampak dek mata saya nie ;)

ibundo said...

anaa,
kadang2 kpah ni keliru gak dengan mata orang. kejap warna coklat, kejap warna biru. konpius ma..

cahya,
bundo pakai cermin mata berpuluh tahun. Sampai muak. Lama2 buat lasik. Baru selesa..

ibundo said...

kakngah,
haha.. mosti ekau golak punyo.

nmo2,
ada orang tak reti sebab terasa macam ada sampah massuk mata.

cm,
tengok muka muda tu agak2 cm pernah nampak tak kat sekolah dulu..

ibundo said...

lilies,
haah.. lepas ni nanti kau tengok kpah nu mudaaaaa je haha..

tasek,
akak mcm awal 20han je tak canggih ke apa hii

aku,
apa lak tak buleh. tanggung beres.

erna,
hehe.. ni sajo memain yo ni. nk tunjuk cthnya gmbr artis yg muda dan cantik tu kan boleh pecaya sangat

hanie,
wargh kahkah..

ibundo said...

anie,
lupa pulak nk birukan mata.

sal,
hehe..

nieda,
pakai photoshop.

ibundo said...

iina,
hehe... Mudo dulu memang golap

azieazah said...

Guna Photoshop kah? Surface blur?

ajar laaaa... kita tingin nak mudo gak... hehehe

secangkir madu merah said...

fuyooohhhhh... phewitt kalau kakPah tampal gambar ni kat fb sure ramai yg add nak berkenalan... cantik ar kakPah..

rezeki said...

kak pah

CS4 or CS5 punya penangan hehehe

ibundo said...

azie,
err.. tak pandai nak ngajar hii

smm,
haha geli plak hati den

Kakzakie Purvit said...

Wah... hebatlah kakpah dah boleh main camera... Tapi gambar-gambar Faris semua tu original kan kakpah... Dia memang comel...

Tijah said...

alaaa, akak mmg tak makan taun la kak. mcm awal2 40 gittew (takleh la cakap 30-an sobab tu range umo sey. kihkih)

ibundo said...

kakzakie,
faris tu mata je tuko biru..

tijah,
eh.. bukan akak ni nampak macam adik kau ko hahahaha..

cahya indah said...

cahya dari dulu memang fikir nak buat lasik, dari mula2 dengar lagi..lama dah kan. tapi takut pun ada. Bundo buat kat mana? share sikit..

ibuintan said...

saya dah pernah tertengok gambar kakPah ngan spek bosa tu, osah lak leba ea...dari entri lamo kakPah


wah.. dah main botox lak ko?

ibundo said...

cahya indah,
bundo buat kat mid valley, klinik mata excel view.

ibu intan,
haha.. iyo ko.
main godek2 photoshop. takdo kojo..

Ena said...

heheh..

skrg ni zaman edit mengedit je kan kak.. edot je tang mana nak..

zino said...

boleh pulak di mudo2 kan balik ya.. hehe

ibundo said...

zino,
pakai photoshop ni macam2 boleh jadik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...