Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, November 9, 2011

Hepi hepi together

Rasa macam dah lama tak masuk sini. Bukan rasa lagi.  Memang dah lama. Pertama sebab mood menulis makin pudar.  Kedua sebab sibuk berjimba di dapur. Ketiga sebab agak sibuk dengan anak teruna aku yang akan bertukar status menjadi tunangan orang. Ish.. baru lagi rasanya aku main kejar-kejar dengan dia keliling rumah. 11.11.11, begitulah tarikh yang dipilihnya. Sebelum sebelum ini anak aku yang dipinang orang.  Sekarang aku nak meminang anak orang pula.

Dalam pada sibuk sibuk, sempat juga aku membawa anak-anak aulad outing ke mcD.  Acaranya simpel: makan-makan dan happy happy together.  Kenapa pergi mcD dan bukan tempat makan yang lain. Orang lain sibuk boikot mcD, aku pula bawa anak-anak ni pergi makan di situ. Jawapannya juga simpel: Nak jaga anak-anak dua tiga orang, mak bapa macam tak cukup tangan.  Apa lagi nak jaga anak-anak yang berpuluh orang.  Di mcD outlet bangi di warta ada disediakan tempat khas untuk mereka yang membuat tempahan banyak. Tempatnya di bahagian atas. Orang lain tak kacau. Jadi, tempat tu memang 'ana yang punya'. Kami buat hiruk pikuk di situ, tak ada orang yang komplen. Anak-anak pun senang nak dikawal.

Tempat lain? belum pasti kami boleh kontrol mereka ni. Dan alhamdulillah, parents paham.  Anak-anak pun enjoy sakan, termasuklah dengan cikgu-cikgu sekali.

Harini satu trip.
Besok satu trip lagi.



 Jenama Aulad vs Mc D.



Tengok je lah muka ceria masing-masing.  Bukan tak pernah mereka ni pergi mcD dengan ibu dan ayah masing-masing. Pernah.  Selalu.  Tapi pergi ramai-ramai dengan kawan dan naik bas pula, membawa satu perasaan yang berbeza.

Layan je gambar di bawah ni. Kalau ada parents yang mahukan gambar ni, bagitahu ummu ye!!









Kenangan bersama cikgu.





 Gambar di bawah khas untuk mama Tariq.


Sekian. 

ibundo

24 comments:

Kakcik Seroja said...

Comel anak-anak tu. Pastinya mereka sangat gembira. :)

kaklong said...

selamat bertunang...
bilo langsung kak?
tahun dopan?

julietchun said...

jangan lupa snap pic tem anak bertunang nanti,ehehehehe

Temuk said...

Assalamualaikum
Mohon izin singgah + komen. Masa lepas ada juga singgah-singgah, tanpa komen. Yg nak disebut tu cerita cucu yg amat gembira pergi McDonald. Bila saya ambil dari sekolah tadi, ada lagi burgernya dlm beg. Katanya tak habis, sebab dah kenyang. Kerana cikgu belanja makanan-makanan lain juga!

Cucu saya, Farhana, bertudung putih, duduk betul-betul tepi cikgu baju 'dark', baris depan sekali. TQ Cikgu! TQ Tadika Aulad!

kakngah said...

iyo kak... seronok bebudak tu g ngn cikgu & kengkawan lain dr g ngn mak bapak. cam adeeb, sampai sekarang duk sobut2 cikgu lamah [cikgu skrg tadika eh la...] bawak g KFC + playground.

kak, sok nak kad jomputan taw. mintak sesiap ni. kali ni.. nak gak tolo pindang!

cahya indah said...

Bundo, seronoknya la kalau zaman budak2 dulu cikgu bawak pegi Mcd macam Bundo buat..

Acik Erna said...

kak pah..memang meriah boto budak2 kalau dapek poi reramai ngan kengkawan..
oo..anak kak pah nak botunang yo..kak pah la kono poi minang kali ni..
dapat monantu pompuan la pulak yo kak pah..

Cik Azz said...

Nak ikot poie McD jugak....

aza ni said...

hajjah

mac d memang children friendly kalau nak banding yg lain.....

ibundo said...

kakcik
memang mereka gembira sungguh

kaklong,
setahun setongah. langsung sok kpah jomput lah ekau

ibundo said...

juliet,
haha.. takkan kpah nak ngusung kamera lak kot.

cikgu Temuk
salam. Tak sangkalah pula cikgu ni atuk farhana. Terima kasih cikgu kerana beri sokongan.

ibundo said...

kakngah,
bebudak memang cam tu. excited boto de.
Jomputan tu lambek lai kakngah. Anak yang lam porut ekau tu dah pandai bojalan gak e..haha

cahya,
bundo dulu mc D pun tak de kehkeh

erna,
ha.. tu lah yang sibuk sikit tu ha.

ibundo said...

azz,
dah lambek dah

azani,
tektik menarik pelanggan.

ejaMaria said...

seronoknya la hai... ;p

Zaitun said...

Selamat bertunang buat anak kakpah,cantik number yang dipilih semoga berakhir kejinjang pelamin dan kekal selamanya.

Hjh Noralenna Abbas said...

Tadika Aulad memang 'meletup' dengan keceriaan pengetua, guru-guru, murid-murid yang comel-comel dan manis serta hensem-hensem!

Anaasuria said...

kakpah, first nengok cikgu ada uniform.. :) lawa lawa..

Daddylicious said...

seronok budak2 ber trip...

Cik Ina Do Do Cheng said...

salam aidil adha kak pah.

dah lama tak masuk sini, jgn ingat cik ina lupa ye.kui kui

seronoknya perati gelagat budak tadika.bahagia je ketawa. main ngan kawan. teringin nak gi time tadika.bestkan.

aNIe said...

Kak..suka tengok wajah2 riang anak2 itu...

Kakzakie Purvit said...

Seronoknya dapat bergumpal dgn anak-anak yg linch itu kakpah. Betul bukan tak pernah makan/pergi tapi nikmat naik bas dgn kawan, makan dgn kawan itu yg trill....

secangkir madu merah said...

bestnya ummu pergi jalan2 cari makan di McD naik bas lagik...


Selamat bertunang semoga jodoh kekal hingga ke jenjang pelamin.. dapat lagi satu menantu, tambah besarlah keluarga mu kakPah... Alhamdulillah..

ibundo said...

maria,
seronok..

zaitun,
amin

anaa,
iye ke.

kak nora,
sedih ni sebab dah nak berpisah.

ibundo said...

daddylicious
memang mereka seronok. begitu juga guru..

cik ina,
salam cikina..

anie,
kami pun.

kakzakie,
ya.. lain rasanya kalau pergi dengan kawan.

yati,
amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...