Apa dia?
Ije aya da iyap, sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya dan menghulurkannya kepada aku.
Ooo keje dah siap. Okay, good.
Umurnya 4 tahun lebih. Beberapa bulan lagi masuk 5 tahun tetapi percakapannya kadang-kadang menjadi bahan ketawa kawannya di kelas. Dia tidak perduli. Dia selamba saja bila bercakap samaada dengan mereka atau dengan aku. Dan aku sentiasa cuba membetulkan cakapnya yang salah.
Ummu! muafa tak uwat ije iye., dia mengadu.
Muzoffar! Kenapa tak buat kerja kamu, aku pura-pura memarahi orang yang diadunya dan dia akan tersenyum lebar menyiapkan tugasan yang diberikan.
Manis anak itu. Mudah mengajarnya. Kalau dia tidak dapat membuat sesuatu, dia akan datang dekat bermanja-manja sebelah aku sambil menghulurkan buku tulisnya menandakan dia tidak tahu membuatnya.
Aya tak awu uwat. Acam ana nak ulis b.
Ummu cium kang, aku menyakatnya.
Iyumlah, sambil menghulurkan pipi.
Begitulah kalau tugas aku pun dah namanya bergelumang dengan anak-anak kecil. Mereka ini penghibur. Mereka ini jugalah yang mengajar aku erti kesabaran. Kalau nak dibukukan pengalaman aku selama lebih duapuluh tahun bersama anak-anak kecil ini, mungkin tebalnya beratus helai. Pengalaman yang sungguh mahal dalam hidup aku.
Kata-kata mereka, boleh membuat aku tersenyum-senyum.
Awak!.. kita nak pegi toilet. Tolong tutup air kita tu. Nanti lemau. Kata murid aku Darwisy satu hari semasa rehat.
Eee.. jangan cucuk plastersin tu dengan pensellah. Berdosa.. kata pula Muzoffar.
Kelmarin guru aku bercerita tentang muridnya. Satu hari pak usu muridnya ini datang untuk mengambilnya. Pak usunya ini berbadan agak gempal.
Pak usu, cikgu kita tak suka orang gemuk tau!!
Pak usunya yang malu-malu alah menjawab, Tak apalah. Nanti pak usu cari cikgu lain.
Mereka ini mengingatkan aku kepada Faris yang sudah menghampiri 3 tahun. Vocabnya bertambah-tambah tapi cakapnya masih pelat. Kadang-kadang perlu bertanya beberapa kali untuk memahami apa yang dicakapnya. Buat masa sekarang ini dia mengikut emaknya ke tadika aku di taman jasmin. Memang banyak benar yang diperolehinya. Biasanya dalam umur begini, semua yang didengar dan dilihat akan masuk terus ke dalam otak. Enjin untuk memproses mana yang elok diambil dan mana yang patut dibuang masih belum lancar. Kebanyakannya diabsorb semua.
Aish tak nak awan...
Begitulah ayat feveretnya sekarang ini kalau dia tidak setuju dengan sesiapa, termasuk juga aku.ibundo
23 comments:
x pe lama2 nnt bertambah la keletahnyer nnt
saya yg baca ni pun senyum2 je kak...kiut bunyiknya
hehehe, comel! tapi time TER-buang apa² atas tilam/karpet... menangis dalam senyum lah kita :)
kalau di buku kan jgn lupa simpan utk saya satu ya. :-)
pasal ni la saya suke budak... mereka lurus... terus terang bila bercakap... tak mcm org dewasa... banyak sangat kias sampai berbelit-belit...
ni rasa nak buka nurseri kanak-kanak jugak lepas ni... ;p
Seronok dapat bergelumang dgn anak-anak yg tak punya dosa lagi kakpah... kakak suka N3 ini... Tengok budak-budak yg cerdik boleh jadi terapi kita - bapak kakak kata boleh jadi awet muda sebab senyum dan happy selalu...
eee geramnya.. cubit kang
kita ajar anak2.
dan.
anak2 juga banyak mengajar kita..
:)
.
anak awan ayis gak....
huhuhu!
Bahagianya hidup ni yer kak pah.
seronok dikelilingi ank2 kecil ye kak..byk kerenah yg mencuit hati..
comelnya....
bahasa kanak2 yg pelat ni... memang boleh buat gelak besar....
best lah kak... keja bergelumang ngan kanak2 ni...
Salam,
Budak2 kecil ni memang menyeronokkan kita ... tak rasa letih melayan karenah mereka
memang seronok melayan budak kecik..suka tengok keletahnya...
Hahaha...
Best layan budak pelat ni.. Suko nyakat... hehehe...
awan la ngan ite... ian ite tade awan... hahaha...
kak pah..kalau se kojo ngan cam kak pah..maun tak dapek nak ngajar..asek nak belek bebudak yo lopeh sorang ..sorang..ha ha ha..
aish..anak awan ye..he he
Budak-budak tulah sumber hiburan kita ya kakPah.
comel betul budak2 ni kan, Bundo..
bundo,
telatah anak2 kecik ni memang kiut2 kan bundo.. saya dok melayan anak2 kecik kat umah tu kadang tengah penat ngan stress pun boleh ketawa berdekah2 kalau dengar dialog dia orang yang lucu...
Senyum dan ketawa seorang diri saya depan PC ni...
Buku kanlah kak.. nanti saya p beli minta sign autograf ;)
Lamo bonar tak singgah sini ;)
lamo bona kak pah sonyap..kak pah sihat ko..rindu lak ngan kak pah
si kecik saya (2 tahun) suka cakap 'abab'sambil tangan tunjuk macam nak pukul..amboi,kemain dia..
rindu dia bila kat opis
Post a Comment