Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, June 7, 2012

When enough is enough

Bukan aku tak suka kucing.  Suka.  Kalau tak suka takkan lah ada jordan di rumah ni yang aku jadikan kawan bergaduh. Tapi kucing yang aku bela kena tahu sempadan dia kat mana. Ada boundary yang tak nampak tapi dia tahu.

Aku tak suka kucing masuk dalam bilik aku. Memang aku tak suka.  Aku tak suka kucing baring-baring atas katil aku.  Memang aku tak suka. Sebab kucing ni berak tak cebok, kencing tak basuh. Badan dia entah apa yang melekat masa dia merayap sana sini. Entah abu mana dan hama mana yang dibawa kehulu kehilir. Dan aku tak suka kekotoran yang walaupun tak jelas pada mata aku tertinggal di dalam bilik aku atau mana-mana bilik di dalam rumah ini. Susah nak sembahyang.

Dengan Jordan aku awal-awal lagi dah cakap, jangan naik atas. Dulu dia degil.  Dia naik jugak tapi bila dia naik, aku hambat dia sampai ke bawah dan keluar rumah. Aku warning  dia kalau nak tinggal di rumah ni, dia kena dengar cakap aku. Nak kencing pergi keluar.  Nak berak pergi jauh-jauh jangan melepas dalam kawasan rumah.

Sejak kena hambat, dia dah tak naik ke atas lagi. Kalau mengekor-ekor aku sana sini dalam rumah, sampai kat kaki tangga, dia akan berhenti.  Mata dia saja yang ikut aku naik.  Dia duduk kat kaki tangga. Bila boring tunggu aku tak turun-turun, dia blah entah kemana.

Berak macam tu jugak. Tak pernah dia melepas sesuka hatinya di halaman rumah. Pernah aku tengok dia mengais-ngais di tepi longkang mengambus bendaalah yang telah diperutkan. Tetapi hal kencing seperti yang pernah aku ceritakan, jordan ni memang tak boleh dibawa berbincang.  Mana dia teragak nak lepas, dia lepaskan.

Yang aku geram sekarang ni adalah kucing jiran aku yang dua tiga ekor tu. Pagi-pagi kalau tingkap bilik aku terbuka diorang akan melompat masuk ke dalam bilik.  Entah macamana kucing ni panjat atap pun aku tak tahu. Ada satu pagi tu dua ekor kucing siap baring-baring atas katil.  Amboi... amboi.. seronoknya. Aku hambat, lintang pukang diorang lari menyorok bawah katil, menyorok bawah meja. Naik semput aku mengejarnya baru diorang nampak jalan keluar. Jadi, sekarang ni sebelah pagi aku buka tingkap sedikit saja untuk angin masuk.

Yang terlebih aku geram ialah, kucing kucing ni terberak merata-rata di laman rumah aku.  Di depan.  Di belakang. Pendek kata rumah aku dah jadi jamban diorang.  Kalau bibik nak menyidai kain, kena jaga-jaga takut terpijak tahi kucing.  Sidai baju pun kena pastikan semuanya disepit.  Takut nanti melayang jatuh ke atas tahi kucing.

Kat depan rumah juga, sama. Setompok tahi di sini, setompok tahi di sana. Bau jangan cakap.  Memang semerbak. Faris nak main bola pun kena hati-hati. 
Bibik aku memang dah tak larat nak buang tahi kucing ni dah. Rumput pun dah bertompok-tompok kesan kena tarah dengan cangkul sebab nak buang taik kucing.

Macamana nak buat ye?
Aku dah bengang dah ni.

ibundo

32 comments:

kaklong said...

jangan kan akak,kaklong pun bengang dgn jiran umah ateh ni,bolo kucing tau,berak merato-rato kek dopan umah org...dah tu kito yg kono buang mo cuci...tak ko nahas namo ea tu...ari tu dah kono sound mo husbund kaklong pun dio buek dek yo...

~ Cik Azz ~ said...

Adoyaiii...

Sey ni tak suko jugak kalau kucing dok lepak2 dalam rumah.. Tapi nak buek macam mano.. Pintu tingkap mmg kono bukak.. Kok tak bukak, pengsan lak orang dalam rumah dek kepanasan... Dah la jeriji bosi tu bosar2 jarak ehh.. Sonang kucing tu nak masuk..

Sey ni dah lali dah dgn bau berak koncing ni.. Selalu dorang koncing kek sudut dapo.. Kono la mop solalu dapo tu.. Apo nak buek...

Kok kito tak bolo kucing, kucing orang lak yang berak kek laman kito.. huhuhu...

Tijah said...

harap2 ada la yg bagi petua halau kucing secara halus kat sini. sbb masalah kat umah ni pun camtu la. kucing ntah mano tuan eh ni. cam pelosit lak.

ejaMaria said...

kalau saya jumpa - memang saya hambat kucing yg datang buat jamban tu... warning sekali... ugut nak lastik buntut dia klu jumpa dia tengah memerut kat laman...
tapi kalau tak jumpa, biasanya hubby saya akan buang najis kucing tu guna penyodok... lepas tu cuci dgn air banyak-banyak... kemudian tabur dengan sabun serbuk yang wangi...
salah satu sifat kucing yg Maria faham... bila dia nak memerut, mmg dia akan cari jamban kebiasaan dia... jadi bila kita dah tabur sabun wangi... dia dah tak jumpa mana jamban tu... tapi mmg ambil masa kena ulang buat... sampai kucing tu give up nak buat jamban kat laman kita... ;p

ejaMaria said...

eh... musykil sikit... Jordan tak hambat ke ada kucing lain masuk laman... biasanya kan tak bole... klu kawasan tu dah ada 'owner'... mana ada kucing lain masuk dah?

S..U..D..@..I..S said...

saya tak suka bela kucing sebab tu lah kakpah....suka tengok kucing dr jauh pegang2 takmo....

Hjh Noralenna Abbas said...

Saya pun tak suka kucing. Macam problem yang hajah cerita tulah. Kalau nampak kucing dilaman(entah siap tuannya), saya akan spray dengan hos. Terperanjat dia!

Kunang-Kunang said...

Memang, kalau macam tu gayanya kucing sendiri kita perambat. Kena berunding gamaknya dengan tuan kucing tu.

Aku said...

cer bela anjing barang sekor dua... orang kata kucing tak suka anjing...

keh keh keh


ok..ok.... bela kucing jantan yang macho. bagi dia kelahi mana2 kucing yang datang buat pasal...

tasekM said...

cuba ko bercakap pulak dgn kucing org sebelah tu.
mana la tau kot2 dia faham.

aku mcm ko gak kak.
suka kucing.
tapi tak bulih masuk rumah.
duduk kau kt luar.
aku tak tahan bulu.

bersin.


.

kasihibu said...

baca entry kak pah ni sya tahu kegeraman yg melanda sbb masaalah si kucing tu

pandai jordan jaga batas cuma di anak tangga je ye ;p

anaa said...

tak dapek nak nolong la bundo.. saya memang takberapasuka kucing.. hee.. bukan la benci, cuma memang tak bagi chan.. masuk rumah saya pun saya hambat kuar.. masa hambat tu kasik pukul sikit, bagi dia tau saya tak sukaa...memagn lepas tu dah tak masuk umah..

JunAina said...

Cakap salah tak cakap kita makin sakit hati makin tambah dosa dok mengumpat dia dalam hati. Baik cakap dari lama2 kena darah tinggi. Bukan nak gaduh nak bincang.

miloais milo said...

kak pah kena khabo elok2 lah kat jiran tu...
suruh dia jaga elok2 kucing tu...
jangan bagi meleser mengotorkan rumah orang...

ibundo said...

kucing ni memang buat kepala pening. harini bagi habuan lagi kat depan rumah. Bagitau kat jiran pun macam cakap miloais, macam tak bebaloi je sebab dia pun takkan nak kurung kucing tu kan. Dan kucing tu mesti dia tak paham bila tuan dia cakap jangan teberak kat laman rumah orang.
Bak kata tijah, kalaulah ada bomoh kucing haha.. mau dibomohkan je kucing ni.
Maria, jordan ni dia pilih kasih. Kalau kucing yang dia tak kenal datang dikejarnya tak bagi masuk. Kalau kucing yang dia dah kenal, makanan dia pun dia bagi kongsi. tapi maria punya idea tabur sabun wangi tu satu idea bagus. Nanti aku nak cuba..
Nizam punya idea tak boleh pakai langsung. Jordan sekor ni pun aku dah tak tahan, nak bela kucing maco pulak? Ish..
anaa.. huhu tak dapek nak nolong nak buek camano kan? Kenalah tanggung.. bak kata jun, janganlah sampai darah tinggi naik.
Adei.. kalaulah semua kucing ni boleh paham cakap aku.
Thanks guys for dropping your comments. Appreciate it..

KhaiRin : anies said...

sound kaw2 la kak!

mamawana said...

lawak pun ada simpati pun ada kes2 kucing memerut memerata nih. Saya sependapat dgn ibundo. Kucing ada area shj yg dibenarkan masuk. Sebenarnya, Kucing boleh dididik berak kat jamban cangkung kalu ada jamban cangkung. kalu takdak sediakan pasir2 tanah letak kat dlm jamban ka belakang rumah ka, ganti pasir tu dan buang yg dah bernajis. Jgn biar kucing berak merata. Tak baik kan mcm menyusahkan jiran tetangga aje. Saya dulu pun ada jiran yg kucingnya setiap hari suka berak atas simen depan pintu rumah saya. Simen depan rumah org lain pandai plak dia takmo. Hari2 lah saya kena cuci, bilas dgn air berbaldi2, sabun wangi last2 saya boh clorox habis satu botol atas simen tu. No more sabun wangi2. Sejak bau clorox alhamdulillah , selamat, aman bahagia kucing tu tak mai dah. Tapi kalu atas padang rumput depan rumah kena hire JAGA halau kucing memerut. ihiiiikkks... Hairan bin ajaib macam mana rasul s.a.w boleh menyayangi kucing sehingga kucing tidor atas serban pun tidak dihambat tapi dipotong kain serban itu tanpa mengganggu tidurnya sang kucing...

indahhouse said...

Salam ibundo,
apa khabar kak? :)
hehe.. saya lagi la kak... dekat 6 tahun tahan kucen berak di ruang balkoni depan pintu. Rumah apartmen, mana ada pasir. Nak kata milik jiran, tapi tak bertuan pun ya. Ada pak guard kat depan pun, dia bagi jer kucing masuk kwsn apartmen. Bukannnya berkira, tapi masalah dah lama pun dia buat dono.. :)
Siap clorox dan sabun pun, masih kucen2 tu memerut. Agaknya bau 'hasil' dia still ada kat simen. Ada jiran seblah dulu tuang minyak tanah tempat dia berak, tp datang lg. Agaknya sebab kami ni tak hambat dia.. bagus jugak tips menghambat tu. haha. Teringat main kejar2 masa kucing2 kat rumah kat kampung berak atas karpet dan timbunan kain. :D

Cinta Misteri said...

CiM ada bela 4 ekor kucing. Sekor tu betina. Tapi semua pukpuk kt toilet. Lahir je ktorg dh kurung diorg smpilah diorg pukpuk dlm toilet tu.
Haa yg betina tu skang sdg maternity d toilet, lom leh masuk umah lg.

amn said...

salam hajjah
saya kaut najis kucing dgn kertas surat khabar lepas tu bakar depan depan dia...
dia tak berak merata lagi dalam rumah tapi kereta saya calar balar dek dia ngasah kuku...

makchaq said...

Salam kenal
Bau najis kucing memang tak tahan kan..

Makchaq tak bela kucing, tapi sebab kesian beli makanan kucing bagi makan kucing2 yg berkeliaran terutama yg baru beranak..dan nampak kurus kering

Alhamdulillah setakat ni tak dak pulak yg jadikan rumah makchaq tandas depa
Kalu termuntah tu ada la sekali dua kot

h4ni3 said...

kakpah
saya pun ada masalah yg sama!
camno nak buek?
dah try tabur ubat gegat, simbah clorox kat tempat dia slalu berak pun, tak jalan gak.. geram betul!!

Karisma Merah said...

saya mmg tak bela kucing sebab ...allergic bulu2 ni ...mmg bunyi kelakar tapi kalau kena bulu ni badan jd merah2 tompok2..kucing mmg comel nak memberi kasih sayang dan komitmen tu amat memerlukan masa....so lebih baik jangan ...

Kakzakie said...

Serba-salah kalau kucing tu milik jiran sebelah kakpah. Bimbang sebab mungkin kalau diajukan dia akan kata itu bukan kucing dia yg buat sebab rumah kakpah pun ada kucing...

Kakak memang takut kucing. Kalau ada kucing pintu tutup rapatlah...

ASH said...

Aku suka kucingorengemok sebab dia suka tunjuk tempat makan...
wakakakakaka...
.
.
.
.
hihihi
orang cakap letak TAIK GHIMAU!
.
.
pegi sunway lagoon nanti, try masuk reban ghimau, ceduk setompok dua!!!
hehehehe

ASH said...
This comment has been removed by the author.
ibundo said...

khairin,
tak sampai hati nak sound. Bundo sound kat kucing tu je.

mamawana,
siapalah kita ni nak bandingkan dengan rasullah saw kan?
Kucing ni tak ada akal. Dia bertindak ikut kebiasaan. Kalau dia dah terbiasa dari kecik berak dalam jamban, di situlah dia berak. Ada kes kucing yang kakpah bela satu masa dulu.. kitorang train dia berak dalam jamban. So we all letak di situ untuk beberapa waktu supaya dia kencing dan berak kat situ. Sedihnya, bila buka pintu bilik air setelah sekian lama dia akan meluru naik ke atas rumah dan berak atas katil. Sekali, sabar lagi. Kena dua tiga kali hmmmm.. ke pasarlah aku hantar.

ibundo said...

indahouse,
salam. Apa kabar. bundo sini kejap sehat kejap tak sehat.
Hal kucing memerut atas simen ni lagilah sakit jiwa dibuatnya. Nak kena kaut pulak najis tu. Adei.. 6 tahun tu nak menahan perasaan. Segannya kalau ada tetamu yang datang kan? Sediakan je rotan. Kalau nampak tenngah buat kerja tu perambat dengan rotan tu.

cinta misteri,
sedihnya kalau kucing kita je yang berdisiplin. Kucing orang yang tak paham bahasa ni yang buat kita naik darah haha..

azani,
haha.. boleh pulak dia duk tunggu ko bakar taik dia ye. Tang kereta tu, nasib baik calar balas je. Buatnya dipancitnya tayar kete, ko nak blame sapa.

ibundo said...

makchaq,
salam kenal dan terima kasih tinggalkan komen. Kita ni nasib nasib jugaklah makchaq kan? Dapat kucing yang paham bahasa alhamdulillah.

hanie,
nak buat camno pun den tak taulah ni. Kelmarin ada sekor buat taik cair betul-betul kat atas rumput depan pintu nak masuk rumah ni. adoyai..

karisma merah,
kucing ni bagai orang yang alah memang tak boleh bela. Nak2 yang ada asma.

kakzakie,
Tulah sebabnya kakpah pendam je. Malas nak heboh2 kat orang sebelah tapi memang mata kepala sendiri nampak kucing dia yang buat.

Ash,
mak oi.. nanti rumah aku pering dengan taik ghimau la pulak.

akuzle ayu said...

bundo mmg dilahirkan sebagai pendidik yg tegas. kucen pon terdidik. mabelesss!!

bmnsolution said...
This comment has been removed by the author.
bmnsolution said...

Tq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
Boleh cuba gunakan produk "Cat Repellent" dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
www.tenringgitshop.com
Selamat mencuba yer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...