Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, October 1, 2012

Ho Chi Minh City day 1

Sebelum subuh lagi dah hujan.  Lebat. Memang aku kurang gemar kalau nak berjalan hari hujan. Aku nak cuaca baikkkk saja. Sebabnya, aku ni cepat gelabah. Bila cuaca kurang memuaskan hati aku, nanti jantung aku dubdab dubdab.

Dalam perjalanan ke lcct pun meredah hujan lebat tapi alhamdulillah by the time nak boarding, hujan berhenti dan matahari mula bersinar.


(Kesan kotor di kasut kerana terpijak becak. Kenapalah air asia suruh penumpang menapak jauh untuk naik kapalterbang dan masuk ke dalam bangunan setelah landing. Sediakanlah travelator. )

Dua bulan sebelum:

Mak.. air asia ada buat offer ke ho chi minh.  Murah ni.
Berapa?
500 ringgit je cover tambang dan lodging.
Murah tu.
Nak ke?

Setelah bincang-bincang dan habis bincang akhirnya buat booking untuk 3 orang.
Memang ada niat nak ke hcmc pun.  Orang kata kat sana barang murah-murah. Matawang diorang pun tersangatlah rendah kalau dibandingkan dengan ringgit. Malah kalah dengan indon rupiah. 100,000 Dong bersamaan dengan 15 ringgit.

So, berbekalkan tiket untuk penerbangan dan penginapan dan juga beberapa juta dong, kami pun meredah awan.



No 1 dan 2.  Muka-muka excited.
No 3. Pre-booked nasi briyani. Pedas.
No 4. Keadaan pesawat bergoncang kuat dalam 30 minit sebelum landing. Luar tingkap tak nampak apa-apa. Awan tebal. Aku cuma jeling sikit-sikit sebab memang dah takut sangat. Perut ngeri macam naik  roller coaster. Macam-macam yang aku baca. Imah siap warning aku, 'Mak jangan nak pikir macam-macam pulak'. Yang aku heran ni, tukang tangkap gambar boleh relek selamba dek.
No 5. Hehehe..
No 6. Alhamdulillah selamat.  Rupa-rupanya hujan selebat-lebatnya siap dengan angin ribut.



Hotel yang diberikan adalah Pearl Palace. Kami mengambil teksi untuk ke sana dengan tambang harga pukal 10 US dollar = 200 dong = 30 ringgit. Walaupun ada meter, kutu jaga teksi di situ minta kami bayar harga macam tu nak tak nak terpulanglah.
Ternyata hotel ini berhampiran dengan airport dan barulah kami tahu yang ianya tersangatlah jauh dari main attractions terutamanya tempat makan. Walau bagaimanapun, servisnya thumbs up.



Selesai solat jamak asar-zohor, kami menuju ke tempat untuk melihat water puppet show. Receptionist hotel terlalulah baik untuk membookingkan kami tiket dan memanggil teksi. Katanya tempat ni jauh dari hotel dan mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk ke sana. Tambang teksi guna meter dari hotel adalah 137  ribu dong kalau tak silap.
(Untuk sesiapa yang berura-ura mahu ke hcmc, ambil teksi Vinasun atau Mai Linh kalau nak rasa selamat. Banyak teksi yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Masalahnya kita bercakap dengan mereka ni macam itik bercakap dengan ayam. Tak ramai yang pandai bahasa inggeris.)



Jalanraya di hcmc penuh dengan motosikal. Banyaknya motosikal bagaikan lautan. Dan memandu kereta di sana kena berhati-hati kerana jalan bersimpang siur dengan motosikal, basikal dan orang yang melintas.

Show kami pada pukul 6.30 pm = 7.30 petang waktu mesia.
Orang kata tak sah kalau pergi vietnam tak tengok water puppet show.
Mmmmm...
Mula-mula nampak macam seronok tapi lama-lama bosan giler.  Sebab tak paham  satu hapah pun apa yang diorang cakap.

Habis show, terus balik hotel.  Malam tu kami makan megi je untuk dinner.
Dan malam tu juga kami mengambil keputusan untuk pindah ke hotel yang hampir dengan ben thant market sekali gus hampir dengan tempat makan halal.



ibundo

13 comments:

Kakzakie Purvit said...

Seronok juga kakak baca N3 ini Kakpah. Imah bagus bagi Kakpah yg selalu gayat semangat. Kalau hujan lebat memang macam tu kan - kalau kakak pun takut.

Berapa lama agaknya kakpah kat sana.

tasekM said...

aku pun br balik vietnam.
banyak betul motor eh..?



.

kakngah said...

seronok eh kak.. anak2 dah bosa. buleh jadi kawan poei jenjalan...
tetibo feeling tak sesoba tggu anak bosa kehkehkeh!!

lupekanje said...

kena belajar bahasa diorang ni dulu baru sronok nk g sana kak Pah.

cheryna zamrinor said...

Kak Pah...sekarang sha rasa lagi tua dari kak pah. Ujung minggu balik kobun...takdo jalan2.

Aish...kono mencontohi kak pah nieh:)

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum..
bestnye jalan2 jauh... syok tengok negara orang kan.. :) banyak pengalaman dan ilmu kan.. :)

Acik Erna said...

kak pah tu la yang se takut nak poi mano2 naik kapai terobang..sampai adik se offer dio bayarkan semuo poi medan pun se tak nak

ibundo said...

kak zakie,
pegi kejap je. 4 hari. Macam tak puas je bejalan.

Tasek.
ooo ko pun pegi ek. akak tak pegi mekong. Siang2 aku dah cakap dgn ebudak ni yang aku takooot nak naik sampan .

kakngah,
sodap e dorang pun satu kopalo goma bojalan. Tgu la anak2 ekau bosa.

Acik,
nak pronounce susah bona cik..hehe

sha,
kobun pun ado gak hasil e sha. Poi bojalan ni mongabihkan boreh yo haha

Jass,
Suka bejalan sebab suka tengok negara orang sekaligus bumi Allah. Lain tempat lain rupanya..

Erna,
haha.. kakpah ni tang bojalan memang goma bebona tapi tang naik kapaterobang tu yang kocut porut.

Zaitun said...

Seronok ke kakpah...bercadang juga.

Insyirah said...

Bestnya berjalan :)

Kalau AirAsia guna aerobridge, nnt tak dapek la kakpah nak beli tiket murah. Hehe. Sbbnya, aerobridge ni AirAsia kena sewa dgn MAB. AirAsia tak nak guna Aerobridge sbb diorg nak untung banyak kut. Hehe.

Tak apa, nnt KLIA 2 dah siap...ada Airline baru yg sama mcm AirAsia...low cost carrier jugak, which is much better than AirAsia. So AirAsia kena compete nnt. Wehuhuhuhu... :)

kasihibu said...

salam kak, sya tengok dlm tv 3 tak silap pasal persembahan dlm air tu bosan sebab tak faham ye? ;p

ibundo said...

Zaitun,
bejalan tempat orang memang seronok. Pergi la. Bawak duit banyak2 boleh pegi shopping. kalau nak buat doorgift banyak je kat sana.

syirah,
banyak kelemahan air asia ni dan juga lcct. Tapi sebab nak murah dan tak banyak (more or less tak ada) pilihan, orang cari dia juga. Once dah ada competetion tau lah dia nak upgrade kalau taknak rugi kan?

kasihibu,
haah bosan sebab dia cakap dalam bahasa vietnam. Kita cuma tengok je dan cuba guess apa ke bendanya yang dia cerita..

makchaq said...

Makchaq memang tak berapa suka naik kapai terbang.. takut sampai dupdap2 sebelum naik, lagi tak sampai, rasa tak selesa..Kalau boleh nak pi semua tempat naik kereta saja..

Makchaq selalu confuse blog Kak Pah dengan blog Chik Att pasai belog dia gambang cawan dan ayaq kopi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...