Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, March 27, 2009

Apakah yang ganjil itu tidak normal?

Sebaik kak Nik melepasi pintu besar itu, keadaan sudah lain. Sudah tak seperti biasa. Kak Nik jadi terpinga-pinga dan debaran di dadanya menjadi kencang.


KakNik mengundur ke belakang dan berpusing semula ke arah pintu masuk tadi. Kak Nik mesti keluar. Kak Nik sudah dapat merasakan sesuatu yag tidak kena. Sesuatu yang di luar ruang kenormalan. Tetapi apabila berpaling, pintu tadi sudah lenyap. Sudah tidak ada lagi. Dan kak Nik menggigil di situ. Terbayang dia akan tinggal di alam itu menghabiskan sisa-sisa hidup.


Mereka yang berada di situ semuanya berpakaian putih seperti jubah. Tidak ada yang mundar mandir. Kesemuanya berjalan ke satu arah. Sama seperti orang sedang tawaf. Kak Nik tidak mahu menyerah begitu saja. Dia bertekad akan mencari jalan keluar juga. Teringat dia akan suaminya yang sedang menunggu. Teringat juga kepada anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.




Kami sudah berkumpul di dalam bas, masih menunggu beberapa orang yang belum kembali. Aku lihat Encik Mat suami kak Nik mendaki mata tangga bas sambil matanya melilau ke perut bas mencari-cari.
"Kak Nik belum balik?" Aku dengar dia bertanya.
"Belum" ada yang menjawab.
"Tak sama ke tadi?" orang lain pula bertanya.
"Tadi sama. Lepas tu berpisah semasa nak masuk" jawab encik Mat.

Encik Mat bergegas turun. Mungkin mahu mencari kak Nik. Air mukanya menunjukkan sedikit rasa cemas.




Kak Nik memutuskan untuk mengikut arus ratusan manusia itu. Tiada ada sesiapa pun yang menghiraukannya. Mereka seolah-olah hilang dalam dunia mereka dan mulut mereka sentiasa berkumat kamit menyebut zikrullah.


KakNik berjalan sambil hati tidak berhenti-henti berdoa memohon kasih Allah supaya di keluarkan dari tempat itu. Dunia itu bukan miliknya. Kalau mahu matipun, biarlah di depan suami dan anak-anak. Begitulah fikir kakNik.


Kak Nik tersentak bila ada orang menyapanya dan orang itu pula berjalan menentang arus. Orang itu seorang lelaki berpakaian biasa. Sama seperti yang dipakai oleh orang lelaki melayu.
"Ikut saya. Saya tunjukkan jalan" Itu saja kata lelaki tersebut.


KakNik mengekorinya sehinggalah dia melihat pintu keluar. KakNik meluru ke arah pintu dan terus keluar dari alam yang asing itu. Di luar sudah ada suaminya menunggu. KakNik Berkejar ke arah suami dan termengah-mengah bercerita tentang kejadian sebentar tadi. Suami kakNik memeluknya disertai air mata yang telah mula bergenang.


"Awak dah buat ziarah wida' ke belum" tanya suami kakNik.
"Belum"
"Pergi buat dulu. Saya tunggu"


KakNik teragak-agak mahu melangkahkan kakinya masuk ke masjid Nabawi. Dia menjengukkan kepalanya melalui pintu besar. Memerhatikan ke dalam. Semua sudah kembali normal. KakNik memandang suaminya dan suami menganggukkan kepala. KakNik masuk semula menyelesaikan tugas yang belum selesai.



Peristiwa ini benar-benar terjadi semasa aku mengerjakan haji pada tahun 1987. Banyak lagi peristiwa ganjil yang aku alami semasa berada di kota Mekah dan Madinah. Kalau ada masa aku akan cerita.

Sekian.

11 comments:

Tijah said...

dah donga cito kak nik. lopeh ni nak donga cito kak pah lak yo?

Ms.Lilies said...

hmmmm....saspen jugak mula2...tapi saya mmg suka baca kisah2 dr Tanah Suci ni

julietchun said...

yg baik dijadikan teladan.

aNIe said...

Salam KakPah...memang banyak kita dengar cerita2 yang aneh dan ganjil disampaikan oleh mereka2 yang telah mengunjungi tanah suci itu..

Semoga apa jua cerita yang kita dengar...dpt kita jadikan teladan dan iktibar...untuk menguatkan lagi iman kita kepada ALLAH

Nizam.Ariff said...

Teringin gak nak gi umrah.... tak pernah jejak sana lagi ni...

Mak Su said...

terima kasih kakpah, kerana sudi berkongsi pengalaman kakpah.

kakpah said...

tijah, cito kakpah? hehe.. kau tunggu.

Lillies, banyak kejadian anih dan menginsafkan.

juliet, muga-muga begitu lah.

anie, kadang-kadang cerita yang memang tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran. semuga dijadikan teladan.

nizam, duit dah cukup. Pergi la.

maksu, sama-sama.

xiiinam said...

Macam macam cite kan masa di Tanah Suci ni Kak Pah.


Suami saya dulu seorang perokok tegar. Nak jadi cerita, setelah dua hari dia di Mekah dia tak jumpa rokok. Ketika sedang tunggu bas, tiba-tiba ada orang bagi rokok,punyalah teruja. Elok nak cucuh api je bas datang....dan dia kena buang rokok tu, sambil merungut-rungut......sejak itu dia tak sentuh rokok.

iina said...

kak ado gak yang normal itu ganjil dan yang biasa itu tak normal :)

Kak nik tuh kak ke orang lain?? cam akak yo.. Saya teringin nak buat umrah gak kak.. tapi ingat nak htr mak ayah dulu pergi.. n saya nyusul kemudian

kakngah said...

kak nik tu sape???

kakpah said...

cklah, kejadian di sana adakalanya bagaikan petunjuk. cuma kita je yang nak kena faham.

ina dan kakngah. Kaknik tu kawan sebilik masa buat haji. Kami buat haji ifrad. pergi mekah dulu baru madinah. Kejadian tu masa nak ke jeddah tunggu penerbangan balik mesia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...