Aku tercari-cari. Tinjau sana, selak sini, kelobek sana, barai sini. Tak ada jugak. Sambil cari sambil mulut aku membebel-bebel.
Sapa ada amek hairbrush nenda?
Faris berlari-lari membongkok bawah katil. Kemudian bangun semula dengan berus rambut aku di tangannya.
Kenapa aish letak hairbrush nenda bawah katil?
Bukanlah.. bukan aish la. Maryam tu ha..
Maryam tengok aku sambil terkebil-kebil.
Samalah tu dua orang tu. Yang no. satu jadi panglima. Yang perempuan, asisten. Yang benarnya, barang-barang aku kena letak tinggi-tinggi.
Patutlah dulu semasa anak-anak aku kecil-kecil, setiap kali balik kampung abah dah siap-siap letak barang-barangnya atas almari.
Aku baru dapat cucu lelaki lagi seorang semasa hari raya aidil adha baru ni. Betul-betul sebelum azan solat jumaat berkumandang lahir Muhammad Hafizuddin Azani, adik Maryam. (Belum sempat ambil gambar untuk aku letak di sini. Bizi..bizi..bizi..)
Tahun ini aku dianugerahkan tiga orang cucu lelaki. Campur dua yang dah besar, jadi lima cucu. Aku bayangkan hujung tahun depan bila semua dah pandai berjalan dan mengelobek. Pengsan nenda kamu ni cu oi!!!!
Katil nenda yang dah kena conquer.
Sekian.
ibundo