Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label fikir-fikirkan. Show all posts
Showing posts with label fikir-fikirkan. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

Ketuk dan Lempang

Salam.


Satu hari aku melihat Faris mengambil remote astro dan menghalakannya ke tv. Bila tiada gambar yang keluar, dia mengetuk-ngetuk remote ke atas tapak tangannya yang sebelah lagi. Dihalakannya ke tv semula. Bila tiada juga gambar yang keluar dia mengetuk-ngetuk remote itu di atas lantai. Aku menegurnya.

Aku bertanya pada emaknya akan perihal itu. Emaknya mengatakan remote astro di rumahnya buat hal. Kadang-kadang elok dan kadang-kadang tak elok. Apabila tiba angin remote tu tak elok, maka diketuk-ketuklah akan dia. Adakalanya di ketuk di tapak tangan. Ada kalanya diketuk di atas lantai. Tanpa disedari sikecil yang melihat telah merakam apa yang dilihatnya itu di dalam otak.


Siapa yang memulakan teori ketuk mengetuk ini tidaklah aku ketahui. Tetapi ia telah berlaku sejak aku kecil lagi. Aku melihat abah mengetuk-ngetuk radio sekiranya suara di corong radio keluar di antara hendak tidak hendak. Aku melihat abang aku mengetuk-ngetuk jam tangannya di atas meja apabila jarum jam tidak bergerak. Aku juga melihat ,dan pernah juga melakukanya, mengetuk tv dengan tapak tangan apabila gambar tidak terang.

Anehnya, alat yang rosak itu baik dan pulih seketika apabila dia diperlakukan sedemikian.

Beberapa bulan kebelakangan ini vitara aku sering keluar masuk workshop. Pada suatu hari ia tidak boleh dihidupkan. Suami memanggil pomen ke rumah. Sesuatu yang aku anggap kelakar tahap antarabangsa berlaku. Pomen itu berjalan ke tepi vitara dan melempang body kereta itu betul-betul di tangki petrol. Dia masuk ke dalam kereta dan cuba menghidupkannya. Taraaa!!!..
Enjin kereta mengaum.


Pada aku perbuatan mengetuk, melempang, menyepak benda-benda atau alat yang rosak adalah lebih menjahanamkan daripada memulihkannya.


Ooooopss... kenapa agaknya ya, apabila kita tersilap perkiraan atau terlupa kita selalu melempang dahi kita?






p/s Semalam aku baru beli remote astro. Yang ada ni dah terbarai dihempas dek Faris.


kakpah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...