Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label menu. Show all posts
Showing posts with label menu. Show all posts

Saturday, September 4, 2010

KETUPAT vs NASI IMPIT

Di warta ada jual ketupat yang dah siap masak. Siap dengan rendang sekali. Tapi bila aku tujal ketupat tu, keras yang amat. Kalau campak ke dinding, dinding pun boleh berlubang. Suami aku kata dalam dunia ni cuma ada dua orang saja yang pandai isi ketupat. Satu, emak dia. Dulu lah. Sekarang ni emak dia pun kadang-kadang buat ketupat dah tak berapa nak jadi. Dua, aku. Wakakaka..




Dah dekat nak raya ni, otak dah mula merawang-rawang mikir apa nak masak pada hari mantai. Ketupat memang dah menjadi satu yang wajib. Sejak aku jadi setengah melaka ni je baru aku pandai buat ketupat. Baru-baru pun dah berpuluh tahun gak. Dulu masa zaman aku belum kawin daun ketupat pun aku tak pandang. Leceh lah menganyam-nganyam. Lepas tu kena isi beras pulak lagi. Dah isi beras, nak kena rebus pulak. Leceh. Dulu la..

Dan dulu, nasi empet yang dah readymade pun tak ada. Mak aku kalau nak makan nasi empet masa raya, dia akan buat nasi lembik. Lepas tu nasi tu dimasukkan dalam plastik. Lepas tu plastik yang ada nasi lembik tu dipenyek-penyek. Lepas tu dihimpit dengan lesung batu biar dia mampat. (berapa banyak lepas tu da.. ciklah mesti tolak markah karangan aku ni).

Tapi memang jaranglah kitorang makan nasi empet ni, apatah lagi ketupat. Memang tak masuk dalam menu langsung. Yang mesti ada ialah lemang dan rendang. Nenek aku terer masak lemang. Bila nenek dah tak kuat lagi, emak aku pulak take over. Dan akulah yang kena dera menjaga api dan pusing-pusingkan buluh lemang sampaikan muka aku birat kena bahang api. Itu belum masuk lagi kes penderaan pukul telur untuk buat kuih baulu haha..

Bila ada lemang, mestilah ada rendang. Dua tiga hari sebelum mantai bakal-bakal ayam yang nak dikorbankan sudah abah aku kurung dalam serungkup. Tiba masanya, srettt..kena sembelih. Emak buat rendang ayam. Rendang ayam kampung ni sedap. Bila emak aku yang masak, jadilah super sedap. Daging ayam kampung kalau masak lama-lama pun tak hancur. Tak macam ayam moden kat bandar ni. Terlebih masak je, habis jadi serbuk.

Abah beli daging jugak. Daging pun emak buat rendang. Ada rendang ayam. Ada rendang daging. Kadang-kadang makan sampai dua hari hingga tekak pun naik mual dan aku lebih rela makan sadin 'cap ayam'.

Ah!! itu semua kenangan lalu. Aku rindulah pada emak aku. Rinduuuuu sangat.




Menu untuk raya aku tahun ni? Ketupat, wajib. Hari Rabu dah boleh pergi pasar beli daun ketupat. Tijah tanya kenapa susah-susah nak anyam ketupat. Beli je lah yang dah siap dianyam. Jawab aku, yang dah siap anyam tu harganya sebijik 30sen. Lagipun dah tak fresh lagi. Baik aku anak beranak gotong royong menyanyam. Seronok.

Lawan ketupat; buat kuah lodeh, kuah kacang, kari daging, sambal. Ohya, Suami aku gemar makan ketupat dengan kari. Tak kesahlah kari daging ke ayam. Oleh sebab ayam aku nak buat rendang, maka daging itu aku buat kari je lah.

Lemang, beli. Jangan terkena macam dua tahun lepas, dah. Beli lemang tapi bila dibelah, berderai. Lemang pun beli setakat dua batang sudahlah sebab bila saudara mara datang, lemang yang dua batang tu akan menjadi berbatang-batang sampai basi tak habis makan.

Nak masak apa lagi ek. Tahun lepas aku buat laksa nyonya pada hari pertama raya. Tahun sebelum tu buat mee kari. Tahun ni rasanya nak buat laksa penang. Haha Jah, kau bolum raso lai ponangan orang pilah buek laksa penang. Bukan sotakat monjilat jari, dongan mangkuk-mangkuk dan sudu-sudu sokali kono jilat.

Apa bendalah yang aku merapu merapek meraban ni.


kakpah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...