Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label pengisar. Show all posts
Showing posts with label pengisar. Show all posts

Wednesday, June 24, 2009

Pengisar Tepung


Acik telah menolong aku mengembalikan satu lagi ingatan zaman silam. Kepada adik-adik dan anak-anak yang tidak pernah melihat benda yang di atas, ia adalah satu alat yang digunakan untuk mengisar beras menjadi tepung basah.

Dulu-dulu tidak ada tepung beras atau tepung pulut segera seperti yang melambak-lambak di kedai sekarang ini. Orang dulu-dulu buat kueh koci juga, buat kueh kelepung (orang kampung aku tak panggil buah melaka. Tu orang melaka yang cakap. Orang kampung aku panggil kueh kelepung) juga, buat puteri mandi juga. Macam-macam kueh. Untuk membuat kueh, mestilah ada tepungnya. Untuk mendapatkan tepung, mestilah dikisar dulu berasnya.

Alat ini digunakan secara aktif pada bulan puasa sahaja. Pada bulan-bulan lain ia adalah satu alat terbengkalai yang dipenuhi habuk dan kalau silap letak boleh menjadi tempat lipas bertelur.

Bagaimana menggunakan alat ini? Beras yang hendak dikisar hendaklah direndam terlebih dahulu sehingga lembut. Gambar di atas tidak menunjukkan handle untuk kita memutarkan pengisar itu. Sepatutnya ada. Satu atau dua sudu beras yang telah lembut itu dimasukkan ke dalam lubang di atas permukaan. Masukkan juga sedikit air. Pusing kisar itu. Tak kiralah ikut putaran clockwise atau anticlockwise. Kisar satu arah sahaja dan kisar perlahan-lahan. Beras yang dikisar tadi akan meleleh mengikut lekuk di tepi kelilingnya dan jatuh mengalir ke bawah melalui muncung. Mestilah ada besen yang menadah di sebelah bawah. Proses tadi dibuat lagi sehinggalah semua beras habis.

Emak akan menyediakan satu buntil kecil sebesar lebih kurang 8 inci x 1 kaki. Beras yang telah dikisar tadi dimasukkan pula ke dalam buntil dan diperah airnya sehingga ia menjadi tepung basah yang boleh digentel untuk dibuat kueh koci atau sebagainya.

"janganlah kisar laju-laju bona. H'a tengok ni ha. Kan kasar kasar ni"
"Alah omak, oghang ponek lah"
"Makan tak ponek doh kan?"
"Ponek yo mak. Kono ngunyah. Kalau tolan yo tak ponek do"
"Weh pandai lak kau buek loya yo"
"Tak mak, buek lawak yo"

Kepada emak dan nenek, aku sentiasa rindu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...