Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label pulau pinang. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Satu malam di pekan feringgi

Dua puluh lima ringgit, bang..

Mahalnya.


Tak mahal bang. Kalau tak, empat puluh.

Tanpa banyak soal, kami ambil juga.  Bukan tak pernah merasa.  Pernah.  Banyak kali. Tapi itu dah lama dulu.

Kami bergerak meninggalkan tempat itu, melalui deretan gerai yang bermandikan neon. Manusia pelbagai warna kelihatan  berkeliaran, ada yang berurusan dan tak kurang yang hanya melihat-lihat. Urusan aku di situ sudah aku selesaikan tadi dengan membeli sedikit cenderahati buat anak-anak yang aku tinggalkan.

Malam-malam memang begini bang, kata dia agak termengah-mengah. Aku bayangkan peluh jantannya sudah meleleh ke dagu. Dan aku bayangkan dia mengelap dagu dan pipinya dengan tuala good morning  yang tersangkut di tengkuk.  Cuma tadinya aku tidak pula melihat tuala itu tersangkut di tengkuknya.

Suami aku mengangguk-angguk.  Entahkan dia nampak entahkan tidak anggukan suami aku.

Ha.. tu.. tengok tu, sambil dia menuding kepada sebuah beca yang membawa sepasang penumpang dan seorang anak.  Suami aku menoleh.  Begitu juga aku.

Dapat arab tu....

Kami tidak faham maksudnya.

Kalau arab, sekali naik tujuh puluh ringgit bang. Kadang-kadang lapan puluh ringgit.

Ooooo... kalau orang putih?

Pun sama bang.

Aku bayang aku berada di negara orang dan disembelih dengan harga yang karut marut.  Selalunya begitulah.

Akhirnya setelah ke hulu dan kemudian ke hilir, kami sampai di hotel tempat kami menginap. Di situ sudah ada beberapa beca yang sedang menunggu pelanggan. Kalau bernasib baik, mereka akan mendapat pak arab ataupun mat saleh. Kalau kurang bernasib baik, dapatlah melayu kuala lumpur seperti kami. Janji rezki masuk.

nota:
Bandar feringgi pada siang hari kelihatan damai. Menjelang petang penjaja menolak kereta sorong masing-masing dan meletakkannya di kaki lima pejalan kaki. Penuh sepanjang jalan. Pada waktu malam tempat itu meriah dengan penjaja yang menjual berbagai-bagai jenis barang dan juga pembeli yang tercari-cari barang yang boleh dibawa balik untuk dijadikan kenangan.


ibundo
(aku sudah menukar nama kepada yang lebih melambangkan umur)

Thursday, June 16, 2011

masih di sini

Laut teramat garang pagi tadi. Aku meliht ombak bergulung-gulung marah terus menghempas pantai. Ia mengingatkan aku pada ketidak-siuman sang bapa atau sang ibu membantai anak-anak yang tidak berupaya  berbuat apa-apa. Begitulah si pasir. Menyerah kalah pada ombak yang nyata lebih berkuasa. Ia sentiasa dihenyak ke depan dan dibanting ke belakang.








Aku lihat anak ini berseorangan.  Seperti aku kerana suami sedang berada di bilik seminar. Tapi aku dengan anak ini lain. Aku tidak bermain di gigi air.  Anak ini perlukan perhatian orang yang lebih dewasa dan tidak dibiarkan berseorangan bermain air di tepi pantai. Mana tahu ombak bertambah marah  dan membuat sesuatu pada budak ini.



Pada hari keempat sememangnya kebosanan sudah mula bertakhta. Aku teringatkan anak-anak di rumah yang pagi petang siang malam makan masakan bibik. Juga teringat pada Faris yang demam masa aku tinggalkan. Juga teringat pada Maryam yang sudah berumur 5 bulan tetapi mempunyai berat 6 kilo. Masing-masing menyalahkan susu friso yang menyebabkan anak masing-masing tembam.

Makan di sini tidak dapat berdiet macam di rumah. Malam kelmarin makan nasi briyani di restoren lebanon.  Sedap nasinya. Tengahari semalam makan nasi kandar di gurney drive. Memang penuh berkuasa nasi  kandar ini.  Menggelodak isi perut aku yang 2 jam sebelumnya disumbat dengan beberapa ulas durian. Tengahari ini belum merancang lagi mahu makan apa. Kadang-kadang aku hidup untuk makan dan bila pikiran mengatasi perut, aku akan makan untuk hidup. Pekara biasa bagi semua orang.  Betul begitu?








Pagi semalam berkesempatan ke spice garden. Masuk hutan yang dibela.  Hajat hati mahu mengambil gambar seberapa banyak serangga yang boleh tetapi binatang kecil ini liar tidak boleh dihampiri.







Nampak katak di celah kelopak bunga itu?



Sekian.  Jumpa lagi  insyaAllah.

kakpah

Wednesday, June 15, 2011

eat wind

Ia mengingatkan aku pada masjid Rahmah di Jeddah.  Masjid terapung yang bukan benar-benar terapung. Namun mempunyai keunikan tersendiri kerana didirikan dikaki laut dan dilagukan dengan desiran ombak setiap kali ia merempuh tiang-tiang sebelum terhempas di pantai.


Masjid Terapung, begitulah nama yang diberi dan terletak di Tanjung Bunga cuma beberapa kilometer dari tempat kami menginap di Batu Feringgi.

Sudah ambil gambar masjid tu? , hasben menunjukkan pada sebuah masjid kecil tidak berapa jauh dari masjid terapung. Dan sebenarnya aku tidak nampak kewujudannya sebelum hasben aku aku berkata demikian.
Terus aku mengambil gambarnya.


Menurut apa yang dikabarkan kepada hasben aku dan dikabarkan pula kepada aku, tempat ini dahulu teruk dilanda tsunami. Banyak rumah yang rosak tetapi masjid kecil di atas tidak terjejas sedikit pun. Kerajaan membuat penempatan baru untuk mereka yang terlibat dan dibina pula masjid yang baru jua. Masjid yang lama ini dijadikan tempat anak-anak mengaji agama.

flat yang dibina di depan masjid menggantikan tempat tinggal yang musnah.

Orang Pulau Pinang boleh sahihkan cerita ini?


Kemudian kami mencari jalan, berputar-putar untuk ke Bukit Bendera walaupun sudah berkali-kali ke sana.
Sungguh teruja menaiki keretapi baru yang cuma memakan masa 4 minit untuk sampai ke atas.


Dan bila sudah sampai di atas, tidak banyak yang mahu dillihat selain pemandangan ke bawah melihat georgetown yang kelabu dilitupi jerebu. Setelah bersolat zohor di masjid bukit bendera, kami termakan hasutan pemandu buggy untuk naik ke atas lagi melihat banglow peninggalan beratus tahun. Sememangnya kami belum pernah sampai ke tempat yang lebih tinggi itu.

Rupanya di sana juga ada jambatan gantung yang sudah tergantung kegunaannya.



Pulau Pinang.  Tidak banyak tempat untuk aku melawat-lawat. Tapi melihat keindahan alam ciptaan Allah ini sangat-sangat memberi keinsafan.










Ramai pelancong arab di sini.  Dan ramai juga pelancong orang putih yang saja suka-suka pakai bra dan spenda yang tersepit kat celah montot. Sabau jer lah...

Jumpa lagi, insyaAllah.

kakpah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...