Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, September 23, 2008

ADAM

Satu nama yang ringkas tapi indah. Satu nama yang digunapakai bukan saja oleh yang beragama Islam tapi juga yang bukan Islam. Satu nama yang gah kerana ia adalah nama kepada bapa segala bapa.

Kalau kita mahu rasa sedikit sofiskated kita sebut nama ini dengan sebutan keorangputihan "edem". Tapi kalau dah orang melayu sebut ajelah macam biasa. Kalau lidah jawa, kena tebalkan sedikit sebutan tu. Apa-apapun, yang aku pasti, anda akan bertemu banyak adam dalam hidup anda.

Adam yang mula-mula aku kenal adalah semasa aku bersekolah rendah. Budaknya baik, selalu belanja aku makan nasi lemak kat kantin sekolah masa rehat. Lepas tu dia pindah tak tahu ke mana sebab bapa dia polis. Di sekolah menengah pula aku bertemu beberapa Adam lagi. Ada yang baik, ada yang nakal. Tapi yang aku ingat ada satu budak ni nama bapa dia Adam dan budak-budak sekolah selalu matchkan aku dengan dia. Almaklumlah, namapun budak sekolah. Diorang ni kalau tak menyakat kita tak boleh.

Anak kepada sepupu aku ada seorang bernama Adam. Mak dia sebut 'Edem', sebab mak dia ni berkomunikasi dengan dia pun banyak cakap orang putih. Semasa kecilnya Adam seakan mempunyai dunia sendiri. Sampai umurnya hampir 3 tahun pun dia belum boleh bercakap. Bila dibawa checkup dia dikatakan menghidap mild autism. Sekarang ni ada di Texas kerana emaknya bekerja di sana dan sudah boleh berkomunikasi kerana kerap berjumpa dengan speech therapist.

Adam terkini yang aku temui adalah anak murid aku sendiri di kelas Jannatul Aad. Seorang murid yang cute, manja, baik hati dan setiap kali aku masuk kelas dia akan datang memeluk aku. Adam juga murid yang banyak cakap. Kadang-kadang cakapnya macam orang tua. Bulan Jun dulu banyak hari aku tak datang ke kelas sebab menjaga mak mertua aku di hospital. Murid-murid lain sibuk bertanya ummu mana. Cikgu Yati bagitahu ummu kat hospital. Adam cakap," ala takde mananya ummu kat hospital. Mesti dia pergi London tu". Aku ni jejak kaki kat London pun belum.

Adam ini juga tak duduk diam di tempat duduk. Duduk sekejap, lepas tu dia akan pusing satu kelas. Kalau tak pun, kejap-kejap nak pergi tandas. Bila aku tak bagi pergi, dia akan terkepit-kepit, "kang saya terkencing kat sini kang". Ada satu hari tu aku intai dari belakang. Rupa-rupanya dia masuk bilik mainan. Lepas itu aku dah masak dengan trick dia.

Adam ini juga kalau bagi homework tak pernah nak buat. Bagi buku, buku hilang. Bagi worksheet, tak ada yang aku dapat balik. Bila tanya ada saja alasannya. Lama-lama tak ada lagi aku bagi buat homework. Kerjanya aku paksa dia selesaikan di kelas sahaja. Itupun macam-macam alasan dia bagi. "ummu, saya buat sampai sini je ye. Saya penatlah". "ummu, saya baca sampai sini je ye, saya dah tak larat dah ni". "Ummu, susahlah buat matematik ni. Buat nanti je la ye".

Sekarang dah bulan September. Tulisan Adam masih belum cantik. Adam sudah boleh baca BM tetapi belum berapa lancar. Bacaan BI pun masih slow. Buku Peter and Jane baru buku 2. Matematik, alahai!! Adam....Adam.

1 comment:

hidayah said...

anak murid saya yang nama Adam dulunya asyik asyik minta nyanyi nasyid 25 rasul..adam, idris..nuh..hud salleh..

"tengok..nama kita ada dalam nama nabi.nabi..."katanya pada kengkawan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...