Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, September 22, 2008

MASAK

Tengah fikir apa yang nak dimasak untuk berbuka puasa, teringat pula nak buat sedikit coretan tentang masak ni. Zaman kanak-kanak hingga ke zaman remaja pun aku memang tak pandai masak. Tak pandai masak sebab memang aku tak nak belajar masak pun. Aku lebih suka baca buku, buku cerita atau main dengan kawan-kawan daripada aku turun tangan kat dapur. Mak pun jarang membebel. Maklumlah, anak bongsu dan mak aku pun masak untuk kami bertiga saja: mak, abah dan aku. Jadi, tak banyak kerjalah. Bila aku masuk asrama, lagi lah bertambah pemalas aku tu.

Bila aku mula belajar masak? Selepas aku kawin. Masa tu umur aku 23 tahun. Ada sekali suami suruh goreng daging. Aku lumur daging dengan garam dan kunyit dan aku goreng macam goreng ikan. Suami aku menyeringai mengigit daging yang liat. Semasa aku kat US aku teragak sangat nak makan buah melaka. Masa tu aku mengandungkan anak yang pertama. Cari gula melaka di kedai oriental, dapat. Lepas tu aku blender beras dan perah airnya. Jadi. Sama macam yang mak aku selalu buat. Aku potong gula kecil-kecil, masukkan dalam tepung beras tadi dan bulatkan. Aku didihkan air, dan masukkan tepung dalam air yang mendidih tu. Hati aku dah kembang dan bangga dah, mesti jadi punye. Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, apasal lak kuih tu tak naik-naik. Kalau tak silap aku kuih tu akan naik ke atas bila dah masak.
Mungkin silap teknik kot. Oleh sebab lama sangat tunggu, aku angkat je lah tak payah tunggu dia terapung lagi. Aku dah lupa aku gelek atas kelapa parut ke tidak tapi yang aku ingat, bila kuih tu dah sejuk aku pun makanlah dengan tak sabar-sabarnya. Tapi apasal lah kuih tu keras. Baling kat dinding gerenti dinding retak. Memang sahlah kuih buah melaka aku tak menjadi.

Nasib baik suami aku tak ada di rumah masa tu sebab ada kuliah. Aku campak aje kuih tu dalam tong sampah. Takut kena marah aku letak nun jauh kat sebelah bawah tong sampah. Mesti dia tak nampak. Aku tulis surat pada abah suruh tanyakan emak kenapa kuih aku tak menjadi. Mak tanya balik, kamu pakai beras apa. Nak buat kuih tu mesti guna beras pulut. La, patut la gagal. Aku pakai beras nasi biasa rupanya.

Tapi sekarang ni aku dah tak macam dulu. Untuk suami dan anak-anak yang suka makan, macam-macam resepi lazat aku boleh sediakan. Untuk anak-anak perempuanku, jangan jadi macam emak.

Tengok lah apa yang aku dah boleh buat. Ada macam-macam lagi tapi gambar tak ada.


2 comments:

ASH said...

pasai goreng gaging tuu..saya pun pernah goreng daging sejibik macam kak pah buat...
tapi time tu saya form two..
ha ha ha..
kira masih boleh di maafkan..

bab buah melaka..
kuih paling senang tu, saya dah khatam waktu form one lagi..
he he he..

Bonekahati said...

Salamz kenal... terima kasih dgn pembukaan blog ini. semoga segala idea puan dapat dikongsi bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...