Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, September 21, 2008

BELAJAR MEMBACA

Ibu mana yang tidak mahu melihat anak kecilnya pandai membaca. Bapa mana juga yang tidak menggelabah sekiranya anak sudah berumur enam tahun tetapi tidak juga lagi boleh membaca. Rata-ratanya ibu bapa amat berkeinginan untuk melihat anak-anak mereka boleh membaca seawal umur 4 tahun.

Bolehkah anak yang berumur 4 tahun membaca? Boleh. Bolehkah anak yang berumur 3 tahun membaca? Boleh. Semuanya tidak mustahil tetapi bergantunglah kepada faktor-faktor tertentu.

Yang paling penting, anak ini diberi pendedahan awal. Kalau ikut kaedah Glenn Doman, semasa baby lagi anak sudah ditunjukkan dengan pelbagai flashcards. Kalau mahu anak cepat pandai kenalah kita bersusah payah sedikit untuk menyediakan reading sources mulai dari peringkat bayi lagi.

Faktor lain, the child readiness. Kadang-kadang kita yang beriya-iya nak suruh anak membaca tetapi anak-anak ini buat tidak peduli. Anak kita ni lebih suka bermain. Percayalah, mereka ni tak akan duduk diam depan kita. Kita suruh baca, dia boleh concenterate 5 minit saja. Lepas tu, mata melilau tempat lain. Jangan paksa, nanti darah tinggi naik. Anak-anak yang begini, kita kena pasang strategi. Kalau dia nak main, biar dia main. Main setengah jam, panggil baca 5 minit. Buat proses ini berulang-ulang. Biar kerap.

Faktor masalah pembelajaran juga boleh menyebabkan anak-anak lambat membaca. Antara masalah yang kerap dihadapi oleh anak-anak tanpa disedari oleh ibu bapa ialah autism dan dyslexia. Dyslexia lebih banyak terdapat di kalangan anak-anak. Cuba perhatikan, adakah anak-anak kita ini selalu membaca perkataan terbalik, adakah mereka ini ada masalah dengan huruf d dan b dan p, adakah kiri dan kanan selalu terbalik. Kalau mahu faham lebih lanjut lagi tentang penyakit ini, anda cuma perlu klik perkataan tersebut di internet dan macam-macam bahan ada untuk menerangkannya.

Apa-apa pun, untuk anak cepat membaca asasnya datang dari rumah. Sekiranya anak ini dihantar ke tadika setelah mempunyai asas, insyaAllah proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi mudah. Sekiranya anak ke tadika dengan 'kosong' maka proses pembelajaran akan berjalan sedikit lambat. Ini pun terpulang kepada child readiness. Kalau anak-anak ini cerdik dan bersedia, maka cepatlah dia dapat. Kalau sebaliknya, bantuan ibu bapa memang diperlukan di rumah. Ini adalah kerana waktu di tadika hanya 3 jam lebih sikit. Bila tolak waktu rehat, tinggal 2 jam 45 minit. Waktu ini dibahagikan pula kepada beberapa subjects lain.

Moral of the story, Kami cikgu-cikgu ni sentiasa bertungkus lumus mengajar anak-anak ini membaca. Kadang-kadang kami ni tak tidur nyenyak memikirkan cara macamana nak bagi anak-anak ni cepat pandai. Tapi yang kami sedih tu ada juga yang tak pandai-pandai. Kami takut kena marah. Takut kena marah dengan parents la. Jadi kami mintalah sangat-sangat sekiranya ada ibu bapa yang mendapati anak mereka tak pandai membaca lagi, bantu-bantu lah sama di rumah. Salam.

1 comment:

ASH said...

pokok pangkalnya ibu atau bapa kena rajin membaca bersama anak..
tu yang saya pelik..

anak saya, muhammad yang dua tahun sotongah tu pun dah kenal abc dan 123..
huda yang tak berapa nak rajin, tu pun dah boleh merangkak baca..mengira..even baca dalam bahasa inggeris three letter words..
itu yang tak rajin..

sihusna dulu..mentelaah rajin sikit..4 tahun dah boleh baca..tak teruk nak mengajar..dia belajar ngan kak dia saja..

hopefully by the time anak aulad ni membesar, jadi orang berguna belaka walaupun masa tadika cikgu macam nak pitam ngajor..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...