Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, September 22, 2008

CEPAT MEMBACA BAHASA MELAYU

Anak-anak tidak perlu mengenal abc untuk kita mengajar mereka membaca. Huruf-huruf tidak mempunyai makna. Yang mempunyai makna ialah bunyi kepada huruf -huruf tersebut. contohnya, huruf b bunyinya 'beh', r bunyinya 'reh'.

Untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu saya sarankan, ajar dulu bunyi huruf-huruf vokal : a e i o u (ingat! bunyi kepada huruf itu). Kemudian ajar sukukata. Gabungkan bunyi 'beh' dengan bunyi 'ah', jadilah lah 'ba', 'beh' dengan 'eh', jadilah be dan begitulah seterusnya. Gabungan 'beh' dengan bunyi vokal-vokal akan menjadi sukukata ba be bi bo bu. Apabila anak sudah boleh membaca sukukata tersebut, bena perkataan pula. Contohnya: baba, bibi, bubu, bobo.

Ada perkataan yang kita jumpa berulang-ulang, perlu dihafal oleh anak. Perkataan seperti ini, itu, dan, ada, apa dan banyak lagi boleh kita ajar tanpa perlu mengikut kaedah fonik. Buatkan flashcards untuk perkataan seperti ini dan tunjukkan berulang-ulang kepada anak. InsyaAllah anak boleh mengenalnya dalam masa yang singkat.

Kemudian, kita bolehlah buat ayat pendek dengan menggunakan perkataan dari sukukata yang telah kita ajar tadi. Contoh: ini bubu. ini baba. baba ada apa? baba ada bubu. Be creative. Jangan hadkan kepada buku sahaja. Kita boleh mereka ayat-ayat kita sendiri. Cuma untuk peringkat awal, hadkan kepada huruf kecil sahaja. Jangan campur dengan huruf besar, nanti anak confuse.

Bila saya mengajar anak membaca, saya akan ajar cara berperingkat. Jangan terlalu ambitious. Biarkan anak menyusur, merangkak, bertatih, berjalan dan barulah berlari. Jadi, cara saya, selepas sukukata ba be bi bo bu, saya akan beralih pula ke ca ce ci co cu. Sama seperti mula-mula tadi, bena perkataan baru. Cuma sekarang ini gabungkan sukukata yang baru anak belajar ini dengan sukukata yang lepas. Contoh perkataan: baca, bucu, cuba, cucu, cuci, beca.
Buat pula ayat. ini beca. ini beca baba. baba cuci beca ini.

Ajarlah sukukata mengikut urutan abjad. Kalau kita tekun, rajin membaca bersama anak, tidak mustahil anak anda boleh membaca dalam satu bulan. Untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu, kami di Tadika Aulad menggunakan buku BACALAH AULAD. Kami gunakan teknik yang sama seperti yang saya nyatakan di atas. Kepada ibu bapa yang belum membeli buku ini, datanglah ke tadika. Harga cuma RM15.00. Tetapi beli sahaja belum jaminan anak anda boleh membaca. Anda perlu menggunakannya bersama-sama anak anda. Kepada sesiapa di luar sana yang berminat untuk menggunakan kaedah dalam buku ini, bolehlah buat pesanan. Tapi harga RM20.00 termasuk handling charges.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...