Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, September 19, 2008

KERENAH ANAK-ANAK VS KERENAH IBU BAPA

Bila kita berada di dalam arena berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak kita sudah semestinyalah berhadapan dengan pelbagai kerenah kanak-kanak dan dalam masa yang sama juga kita terpaksa berhadapan dengan kerenah ibu bapa mereka.

Kerenah kanak-kanak ini ada macam-macam. Ada yang pendiam, ada yang suka bercakap, ada yang kuat merajuk, ada yang kuat menangis, ada yang kuat mengacau orang, ada yang sopan, ada yang nakal dan bermacam-macam lagi yang dapat kita fikirkan. Bagi kami guru-guru, perangai kanak-kanak seperti ini adalah normal dan insyaAllah kami dapat menanganinya. Untuk kanak-kanak yang baik, sopan, pendiam, kami tidak mempunyai banyak masalah pendisiplinan tetapi untuk kanak-kanak yang nakal dan kuat mengacau orang kami gunakan pelbagai strategi untuk mendisiplinkan mereka. Itulah dia kanak-kanak.

Tetapi adakalanya untuk menerapkan ilmu kepada akan-anak ini merupakan satu cabaran buat kami. Kalau anak-anak ini jenis seperti kapas menyerap air, tugas kami menjadi begitu mudah sekali. Namun kanak-kanak tidak semuanya sama. Ada juga jenis yang lambat dapat. Pelbagai kaedah digunakan tetapi hujung dapat pangkal lesap. Balik ke pangkal hujung pula lesap. Tetapi kami sabar kerana prinsip kami anak-anak ini belum 'ready' dan kami berterusan menyediakan landasan untuk mereka. Itulah dia kanak-kanak. Sama tetapi tidak serupa. Dan kami tidak jemu-jemu memberi didikan kepada mereka yang tidak serupa ini.

Bagaimana pula dengan kerenah ibu bapa. Menangani kerenah ibu bapa adalah lebih peningkan kepala. Ada ibubapa pantang anak mereka kena jentik sedikit (mengikut istilah yang orang selalu guna), menggelabah komplen pada guru. Yelah,namapun kanak-kanak. Mata cikgu pun tidak sentiasa pada anak-anak. Bila guru tak pandang, masa itulah pula mereka ni buat hal. Dah terjerit kata "dia tumbuk saya", "dia cubit saya" etc etc. Majoriti ibu bapa amat memahami situasi seperti ini. Yang suka komplen mungkin jenis yang memang suka komplen.

Bagi ibu bapa kepada anak-anak yang kurang 'menyerap', kami faham akan kerisauan mereka. Percayalah, kami juga risau. Seperti yang dikatakan tadi, kami tidak jemu-jemu mencuba dan alangkah baiknya jika ibu bapa sama-sama membantu di rumah.

Kami sedia menerima teguran. Berilah kami teguran yang membina. Tanpa teguran kita tidak tahu dimana silapnya kita. Tetapi janganlah menegur sehingga kami menjadi keluhkesah seperti mana yang berlaku di aulad jasmin pertengahan tahun ini. Oleh kerana perselisihan faham di antara seorang guru dengan seorang ibu dan perselisihan ini tidak ada kena mengena pun dengan perjalanan tadika, kami terpaksa memberhentikan guru tersebut. Seorang guru yang dedikasi dan mempunyai reputasi yang baik dalam pengajarannya. Halnya, sang bapa beriya-iya mahu membawa hal tersebut ke pihak atasan. Kami tersepit di tengah dan customer is always right.

1 comment:

hidayah said...

sayangkan isteri, tinggal tinggalkan..
Ya lah sebab bila ditinggalkan semakin hari semakin sayang...

sayangkan anak, tangan tangankan...
boleh ke??? dah tak relevant dah kut peribahasa ni dengan anak anak sekarang...

hmmm sayang anakku sayang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...