Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, October 8, 2008

BUDI BAHASA

Orang Melayu ni kaya dengan budi bahasa. Itu orang kata. Betul ke. Aku rasa statement ini perlu diubahsuai. Perlu jadi "sebahagian orang Melayu ni kaya dengan budi bahasa". Sebahagian maknanya tidak semua.

Memang ada Melayu yang masih tebal dengan berbudi dan berbahasanya. Masih lagi amalkan "tumpang lalu" sambil terbongkok-bongkok tangan kanan lurus menunjuk lantai apabila lalu depan orang ramai. Aku dulu kalau lalu depan orang main terjah je, memang nak kena penampar jepun. Tapi sekarang ni, aku rasalah, kurang sangatlah orang yang menitikberatkan budi bahasa ni, terutamanya golongan muda. Yang tua pun apa kurangnya.

Cuba tengok kat kaunter-kaunter yang berurusan dengan orang ramai. Kalau dapat yang senyum, layan kita dengan ramah, sejuk rasa hati. Tapi ada juga tu yang layan kita nak tak nak. Bila kita tanya lebih-lebih sikit mulalah bibir dia terbalik. Bila dapat yang macam ni kita jadi tertanya-tanya. Penat ke berurusan dengan orang ramai ni. Kalau penat, tak payahlah kerja. Duduk je lah di rumah, tido.

Yang bawa kereta lain hal pula. Raya beberapa tahun yang lepas aku anak beranak pergi shopping di Metro Kajang. Nak cari parking punyalah susah. Dah puas menunggu adalah satu kereta ni nak keluar. Aku pun standby nak masuk. Siap bagi signal lagi. Sebaik je kereta tu keluar, ada satu kereta bukan main laju datang dari belakang terus masuk lot yang aku dah tenang tu. Bengkek betul. Aku hon banyak kali, dia buat dek aje. Dah tua. Bukan budak-budak.

Belum lagi cerita pasal bawa kereta main celah sana celah sini. Ada pula yang ikut kereta kita bukan main rapat lagi sampai nak tercium belakang kereta. Terpaksalah kita mengenepi. Apa yang nak dikejar laju-laju pun tak tahulah.

Kalau naik komuter banyak adegan orang yang tak berbudi bahasa ni. Anak-anak muda ni (yang melayu lah) ramai yang tak hormat kita yang dah tua. Berpeluk-peluk macam dah tak perlu nak malu-malu lagi dah. Kalau dah sakit sangat mata tu kadang-kadang aku tegur juga. Tapi selalunya aku buat-buat tak nampak aje. Gasak engkau lah.

Dalam komuter ni selalulah aku lihat makcik-makcik yang tak dapat tempat duduk tu dibiarkan saja berdiri (termasuklah aku. Naik kematu kaki aku berdiri dari KL central sampai UKM). Yang muda-muda ni enak je duduk. Di mana letaknya budi bahasa.

Kalau nak diberi contoh, terlalu banyak sangat. Bak kata Nabil, Lu pike la sendiri. Apa yang nak saya sampaikan di sini, kita janganlah bangga bila orang kata, Melayu ni kaya budi bahasa. Tak do mano e do. Orang putih yang kita anggap jahat tu ada kalanya lebih baik dari kita. Pengalaman aku di negara orang putih membuat aku memberi tanggapan sedemikian. Mereka yang di kaunter sentiasa dengan senyuman. Kalau dalam bas sudah penuh dengan orang, ada sahaja yang bangun memberi tempat duduknya. Kalau membeli belah tangan penuh dengan barang, ada saja tangan yang membukakan pintu untuk kita.

Yang menjadikan kita berbudi bahasa bukan sebab kita Melayu. Korang pike la sendiri.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...